mungkin usul bodoh untuk arkitek
aku kerja di menara etiqa di tingkat atas, belakang klcc. ada tempat isap rokok menghadap ke luar, bila mahu isap rokok memang itu tempat aku lepak. jadi memang pemandangan ialah bangunan tinggi yang membosankan. kurang betul warna hijau. sakit mata.
jadi sambil isap rokok aku perhati bangunan tinggi-tinggi. dan aku perasan setiap bangunan tidak melengkapi satu sama lain. kiranya, setiap bangunan berdiri dengan sendiri, setiap bangunan ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. daripada setiap bangunan itu berlawan antara satu sama lain, apakata wujudkan persefahaman dan perkaitan antara setiap bangunan.
ok, cuba bayangkan satu boulevard yang besar, kesesakan lalu lintas yang terus, di depan mata semua pemandu ada bangunan yang berkaitan antara satu sama lain. mungkin aku perlu jelaskan dalam rajah. sebentar. aku mahu lukis kejap.
ok
bangunan a terletak di depan, bangunan b letak di belakng, tapi bila dilihat dari kedudukan yang selari, dia akan jadi bentuk c, macam lilin kot.hahaha
kirakan, jika dilihat dari jauh, bangunan A dan B berkait dengan membentuk sesuatu bentuk yang lain. kiranya bila orang memandu, terutamanya dalam kesesakan lalu lintas, bangunan yang dilihat di depan mata bukan sahaja besar, tinggi dan cantik semata, tapi membuatkan orang ingin terfikir-fikir dengan bentuk yang terhasil bila dua bangunan itu dilihat selari.
ok, macam aku cakap tadi, boulevard besar, lalu lintas sesak, depan mata semua bangunan yang buat kita terfikir, seronok kan?
atau mungkin sudut pandangannya ialah dari bukit ampang sebagai contoh, kalau bangunan-bangunan yang dilihat dari atas bukit tu semua berkait antara satu sama lain untuk membentuk sesuatu bentuk yang lain, mesti lagi best.
ok,
aku tak tau kalu sudah ada konsep sebegini, sebab aku bukan baca buku arkitek pon. tapi kalau dah ada, bagitau ye, sbb aku nak tau cara pengaplikasian dia.
15 carutan balas:
wei..rjh tuh lukis sndr ka?
ahahhahahah
dasat..
rajah tu gile huduh.kau x reti draw line ke kat paint?ai~
maybe stp bangunan mahu mengekalkan identiti masing2 kot.contoh ar menara tabung haji dengan bangunan umno.kalu nk jadikan bangunan itu bersefahaman boley masuk ker bentuknyer gitu?
aku tak dpt byngkan..erkkkk
tak mustahil untuk di buat.
kalau negara itu pada asalnya kosong seperti padang pasir.
huhuhu!
tiramisu:
ko tak faham ape aku ckp kan?
emma:
boleh, tapi jadikan bangunan lain sebagai penunjuk la. kirakan bina bentuk lain merujuk drpd bangunan sekeliling kawasan tapak.
hah.boley je..
meh dtg putrajaya.planning dia agak menarik.bangunan cantik walaupon x same~er.sbb x same tu la dia nampak cantik kot.jd xbosan.tp planning kne power..itu saje
Kontraktor lain2. Susah macam tu. tapi idea bagus. Selari 3 bangunan keluar bentuk ketupat ke. Baru Malaysia.ha ha.
test
itu ko tgk keseluruhan die kan. haa.. cube ko tgk dari segi detailing die. cam trend skang kan bgunan dah byk pki louvers sume tuh.. nak kasi die unite dari segi bentuk susah kot..
ikut client ko jugak.klu pe`el die pelik.. buatnye nak bentuk mcm marshmallow.. tuh wujudnya zouk.
hoho..mai secawan!!
ala, kalau tengok dari bangunan B kesian la bangunan A, mesti tak nampak punya.
work as drafter@archy act..? x bace fully ur blog. malas. so, arap maaf if salah mane2 wokeyh. sbb baru tejumpe ini blog. anyhow, nice writing.
x pahamla org smoking ni.kat kotak (dunhill) dah letak gmbar2 yg menginsafkan, tp still smoking. mmg "tegar" btol org2 jenis ni..ahahx
hi.
im here to share my opinion.
hehe.
setiap bangunan tu di design lain2, based on the surroundings, based on the users, based on what kind of buildings are they building.
kalau mcm bangunan yang u cakap atas tu, maybe designer dia nak wujudkan contrast dengan surrounding. bukan semua tempat nak semua bangunan yang dibina tu harmoni, ada banyak yang nak create contrast.
kalau nak kata wujudkan persefahaman dan perkaitan, ikut designer bangunan tu, mungkin sama era, sama style ie; modernisme traditional decon ? maybe penggunaan material ada persamaan ke.
kalau berbeza maknanya it is actually creating history, different time, different materials,different styles.
setiap bangunan melambangkan what era are they building it at that time.
benda ni subjective, boleh tengok dari banyak sudut.
im here to share though, sorry if you find it rather confusing.
much love, ;)
-deee k.
tanpa nama:
ok, aku faham maksud kau. n aku rase betul lah kau cakap.
macam semua bangunan nak tunjuk identiti masing2 kan?
dan ape yang aku cuba cakap ialah apa kata dari ingin menonjolkan identiti masing2, apa kata semua bangunan itu melengkapi,
terima kasih untuk pendapat tu.
lagipon aku bukan dalam jurusan arkitek. huhu
bengunan i mengadap menara perak. each time jalan2 keluar lunch pegi UOA ke pavilion ke aquaria ke, i always think "Kesian Mandarin Oriental nih, dibayangi oleh KLCC yang tinggi".
*peace*
xpernah nk perasan bgunan kt k.l, coz selalu sibuk dgn jalan. kalau kat singapore, mmg mereka reka bangunan saling melengkapi, tapi mengikut feng shui.
e.g: bangunan A berbentuk tajam, mcm pisau, then mesti bgunan B yang menghadap A, ada element air supaya bangunan itu tidak mati. kan air walau dicincang, takkan putus.
byk lagi cntoh lain. mmg kagum setiap kali g sana.
Catat Ulasan