12.5.10

Tentang membaca manusia

Membaca perangai orang bukan bermaksud kau melabelkan orang. Cuma bagi aku ia berguna supaya kau sentiasa tahu apa nak buat. Ada orang memang dilahirkan dengan bakat sedemikian macam kawan aku seorang yang sentiasa dapat tahu perangai orang dengan hanya melihat muka kau sahaja. hebat kan? aku respek gila.

Jadi mungkin kau tak ada kehebatan yang begitu.

Kalau kau betul kenal aku, kau akan tahu yang aku seorang yang selalunya akan dapat agak perangai orang, terutamanya lelaki. perempuan susah sikit. Sebab bagi aku lelaki ini patternnya tidak banyak berbanding perempuan. Jadi mudah sikit. Ramai juga orang tanya cara aku teka. Dan aku cuma jawab begini selalunya.

Kunci utama dalam membaca orang ini bagi aku cuma perlu faham konsepnya. Konsepnya yang pertama ialah kau perlu tahu yang perkara yang negatif ialah melengkapi dengan perkara yang negatif. Disebabkan kau perlu tahu perkara atas dunia ini semuanya seimbang. Sama juga perangai manusia.

Begini contohnya, setiap perkara semua melengkapi kan? Jadi begini, jika orang itu seorang yang sensitif, cepat terasa, dia mungkin seorang yang pandai pujuk, jika dia seorang yang sangat direct, mungkin dia seorang yang tak pandai pujuk, jika dia seorang yang yang sangat protective, mungkin dia seorang yang jahat waktu dulu, jika dia seorang yang sangat selalu bercakap sorang-sorang tentang diri sendiri, mungkin dia seorang yang mengambil berat tentang orang lain. Jika dia seorang yang panas baran dengan cepat, mungkin dia seorang yang sweet sebenarnya. Jika dia jenis yang sentiasa yang jenis memaksa dan mendesak, mungkin dia seorang yang berwawasan dan berusaha.

Dan seterusnyalah yang kau perlu lihat sendiri di sekeliling kau. dan cuba analisa. takkan aku nak list kan satu-satu kot.

ok,

Lagi satu konsep yang biasa ialah kau list kan, dan yang ini selalunya berubah-ubah dan tidak menentu, banyak faktor lain yang mempengaruhi yang agak sukar diagak.

jadi begini contohnya, contoh aja tau, seorang yang kuat makan akan kuat tidur, gila seks dan seorang yang peramah.

Jadi bila bila seseorang itu kuat tidur dan dan gila seks, terus-terusan kau tahu yang dia kuat makan dan seorang yang peramah.

Senarai ini tidak menentu, ia tiada yang tepat mengenai jika seorang itu begitu,begitu dan begitu, ia akan begini, begini, begini. ia datang sendiri.

Benda itu perlu kau perhatikan secara sendiri, dengan hati yang sensitif.

Cuma satu apa yang aku ingin beritahu sebenarnya ialah, cuma jangan hipokrit bila kau senang sangat membaca orang lain, kerana tiada guna untuk,orang putih panggil bent over backward dan kemudian tidak dihargai lansung.

4 carutan balas:

Tanpa Nama,  12 Mei 2010 9:39 PG  

kenapa kau asyik cakap psl seks eh?

AkuKopiKauSiapa? 12 Mei 2010 9:48 PG  

punya banyak aku cakap..asal kau perasan yang tu je?

ringo 12 Mei 2010 10:21 PG  

aku tak rasa dia banyak cakap pasal seks pun. paling2 yang berbaur lucah pun cucuk bontot dengan besi atau kayu je.haha.

kopi, aku rasa kau perlu baca buku John Macionis la. terbaik untuk memahami pattern manusia.

hans 13 Mei 2010 6:37 PG  

hahha
maybe yg seks sahaja sampai dekat Tanpa Nama tu
haha

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP