27.5.10

siapa pegi youth '10 dia bodo

seperti biasa tajuk tiada kena mengena lansung dengan apa yang aku akan tulis.
tapi mungkin tajuknya hanya untuk beritahu yang aku sebenarnya terasa macam nak pergi juga tengok-tengok apa ada disana, tapi disebabkan pastinya aku ada hal lain, yang pastinya lebih penting, kemungkinan aku tak pergi. Tapi kalau pergi pon sorang-sorang, gila bodoh. Jadi aku umumkan siapa pegi youth '10 dia bodo. haha.


Sudah alang-alang kita di topik remaja, biar aku cakap sikit pasal remaja dan aku lebih gemar gelar sebagai orang sekarang. Sebab remaja bunyinya macam geli dan terlampau buku teks.

Orang-orang sekarang ini pastinya mewajibkan diri mereka untuk mempunyai Facebook. Dan juga ada yang ada blog, dan sekarang seperti hangat ialah Formspring yang bodo tapi seronok untuk menghilangkan kebosanan.

Orang sperti aku yang menulis blog, dan aku rasa seperti pembaca aku yang aku sayangi ini macam terlampau kenal aku pula yang akhirnya aku mengambil keputusan untuk kurang cerita hal berkaitan aku atau yang berkaitan disini. Kerana mengakibatkan orang-orang disekeliling aku tak semena-mena terlibat sama.

Kerana ia boleh jadi menjengkelkan.

Cerita pasal menjengkelkan, aku terfikir semasa aku menulis ini tentang beberapa perkara yang menjengkelkan.

1. Orang yang suka merenung orang lain.
2. Orang yang suka berdengus dan tidak duduk diam ketika di masjid.
3. Orang yang berborak dengan aku dan menceritakan benda yang sama berulang-ulang kali.
4. Mat rempit yang cakap kuat gila babi.
5. Orang yang beratur di belakang aku terlampau dekat jaraknya, kemudian berdengus-dengus pula. Terutamanya masa beli tiket naik tren ataupon beli tiket wayang.

Cerita pasal wayang pula aku teringat,

Aku nak tengok prince of persia. Sebab dulu aku main game dia, sekarang cerita dia sudah keluar. Gadis dalam tu pon macam hot. Harap berbaloi.

Sekarang aku tulis blog dah macam makcik-makcik, cerita tukar-tukar.

7 carutan balas:

a . i . n 27 Mei 2010 pada 1:49 PTG  

perenggan keempat itu bagus. kau sedar dengan cepat. orang keliling yang ambil tahu kadang-kadang lebih suka melihat kejatuhan. jadi, jangan tunjuk semua perkara sangat.

pasal wayang, aku dah tengok prince of persia. terbaik. mesti tengok!

AkuKopiKauSiapa? 27 Mei 2010 pada 7:35 PTG  

ain:
btol. aa..best eh? jap lagi jugak aku pegi tengok.haha

Reyna Ren 28 Mei 2010 pada 12:28 PG  

i like the way u tulis-tulis ;)

apekzer 28 Mei 2010 pada 12:53 PG  

this is just then way we jam , we jam...

NHAF 28 Mei 2010 pada 6:51 PG  

LOL. tak memasal cakap org yg gi youth'10 bodo, just because kau tak pergi.

hahahahaha.

fndrocka 28 Mei 2010 pada 11:19 PG  

takdelah hot sangat gadis dalam tu.tapi dah dia princes hruslah kamera kasi dia nampak hot kan

Asrulsani 29 Mei 2010 pada 10:44 PG  

aku dah pergi youth'10, tapi aku tak pergi sorang2. jadi aku tak bodoh. haha..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP