2.5.10

Mungkin ini cara berkomunikasi

Kalau aku tulis begini atau begitu, bukan maksudnya aku buat yang begini atau begitu, apa yang aku tulis selalu apa yang aku lihat disekeliling, dan akhirnya aku kompilasikan.

1. Bila kau ada masalah dengan pak guard atau dengan polis, cuba buat orang itu macam berkuasa, macam dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja dengan kau. Contoh ayatnya macam ni, "alamak pakcik, minta maaf sangat-sangat. Saya tau pakcik boleh saman saya, tapi kali ni je saya masuk lambat, itu pun sebab ada masalah tadi, lain kali saya balik awal"

Jadi secara tak lansung kau macam mengakui kehebatan pak guard tersebut, dan selalunya mesti dia berbangga, ceramah-ceramah sikit, pastu kasi kau lepas.

2. Kalau kau lelaki, kau nak cakap kau suka kat sorang perempuan, cuba kau cakap dengan bersusah payah dengan dia. Selalunya akan lebih kelihatan comel bila kau agak tergagap sikit di sesetengah bahagian dan macam kelihatan nervous untuk bercakap.Cuba tengok cerita Juno, tengok cara Michael Cerra cakap dalam cerita tu. Ini supaya kelihatan macam kau berusaha dan tak biasalah kononnya. Tapi selalunya memang kau tergagap kalau nak cakap suka kan? haha

Dan elakkan trick bangsat macam, "i ada benda nak cakap..um..tak payah la.." esoknya..,"i ada benda nak cakap.penting..um..nantilah"..

Buat orang menyampah ada lah.

3. Jangan beri alasan, atau merungut dengan bos kamu, kalau diberi kerja bertimbun cuma cakap, "saya boleh buat, tapi mungkin lambat sikit sebab sekarang banyak benda kena buat"

4. Ada perkara yang kamu rasa tak kurang ajar untuk kamu, tapi kemungkinan kurang ajar untuk orang lain. Aku selalu dalam situasi macam ni, mungkin sebab berdarah Melaka, jadi cakap-cakap aku kebanyakannya memang sarkastik dan sedikit kasi orang panas hati.

Cuma fikir, tak salah jaga hati orang lain. Jadi minta maaf pon dah cukup.

5. Kau paling perlu berpura-pura bila cakap dengan orang tua, banyakkan mengangguk tanda setuju, kurang kan cakap tanda setuju dengan apa dia cakap, banyakkan senyum tanda setuju juga dengan apa dia cakap. Jadi apa-apa pon, cuma jangan melawan dengan orang tua. layankan je.

6. ape lagi? da takde idea

5 carutan balas:

kucingberlari 2 Mei 2010 pada 8:57 PG  

klaka2.....and cool....
tapi part yg nk ngurat awek tu cm siot je bro...
hahaha....
owh...selama ni tu rahsia lu ngurat pompuan eh... ;p

Tanpa Nama,  2 Mei 2010 pada 10:55 PG  

Agreee!
:)

Razman 3 Mei 2010 pada 5:21 PG  

skil ngayat pak guard tu aku mmg slalu aplikasikan. n mmg ada tolak ansur. tp klu mak guard, mmg babi. bebel mcm sial, pastu saman tetap saman.

Asrulsani 4 Mei 2010 pada 5:23 PG  

tu kalau laki.. kalau perempuan nak cakap macam mana?

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP