20.5.10

sikit pasal benda bodoh

Aku rasa, belakangan ni aku asyik cerita pasal diri sendiri, perubahan menjadi orang tulis blog yang asyik cerita pasal diri sendiri. Asyik cerita perasaan dan siri motivasi sangat memebrikan aku tekanan.

Aku teringat zaman dulu aku menulis dengan idea yang bagi aku inovatif, aku pon tak tahu mana pergi semua benda-benda tu. Munkin sebab dulu aku menulis di buku, lepastu baru transfer ke blog, jadi pakai tangan sealunya memang cepat sikit idea keluar. Sekarang terus di komputer, agak lambat sikit,

Tapi tak mengapa. Terus ke topik,

ok,

1. Benda bangsat aku buat masa bawa kereta, konon ada kereta belakang bawa kereta macam bangsat, main cucuk-cucuk angin, kadang aku akan speed sampai ada kereta di sebelah aku, dan aku slow supaya kelajuan aku sama dengan kereta sebelah yang agak perlahan, jadi dia dah tak dapat nak potong, sebab dah kena block. haha

2. Lepastu kalau ada traffic light, aku sengaja biar kereta bangsat tadi berhenti sebelah aku, dan kebiasannya aku tau dia pandang, jadi aku buat-buat korek hidung dan buat muka bodoh. Gila menyakitkan hati.

3. Dulu time sekolah aku tanya member aku, "weh, telur kau ada bulu?" member aku cakap, "ada". lepastu aku buat-buat muka terperanjat dan cakap, " weh..asal telur kau ada bulu weh? mana ada orang ada bulu kat situ. Gila pelik kau. pergh", lepastu aku macam kecoh-kecoh kat member aku lain dan semua orang buat-buat muka pelik sebab telur dia ada bulu. Lepastu budak tu cuak. hahaha. bangang.

4. Dulu time sekolah ada call free yang kalau kau call, nanti orang yang kita call tu kena bayar kan? (budak asrama mesti tau)

Jadi, aku call operator tu dan tanya, "hello, nama saya sapok biki, macam mana saya nak betulkan tv yang rosak eh," lepastu mamat operator tu marah gila babi dan cakap, " kau bukak tingkap rumah kau!!kau campak tv tu kat luar!!lepastu kau bakar rumah kau dengan kau sekali!!" lepastu dia terus letak fon.

Secara logiknya, takde kena mengena lansung campak tv keluar tingkap rumah dan bakar rumah aku, baik bakar je rumah. bodo gila operator tu punya cadangan.

5. Masa aku sekolah rendah dulu, aku dengan jiran aku turun dari bas sekolah dekat rumah orang lain. Lepas tu rumah orang tu ada interkom, lepastu aku tekan, dan cakap hello hello hello, lepastu dia pon cakap hello balik, lepastu aku jerit-jerit kat interkom dia. Lepastu dia marah.

6. Esoknya kami buat benda yang sama, tekan interkom dan cakap hello hello hello, bila dia cakap hello balik je, kitorang hentak interkom tu guna kayu sampai pecah. gila jahat.

7. lukis gambar kote banyak-banyak kat muka dan penuh satu badan member aku time dia tido.

8. Letak pisang kat ekzos jiran aku muat-muat dan tunggu sampai dia start enjin.

9. Spray air dalam ekzos jiran aku. banyak.

10. Curi semua sampul ang pow yang jiran aku gantung kat pokok depan rumah dia, nanti esok dia gantung lain, then aku curik semua lagi. Sebab mana tau ada duit ke. bodo gila.

Apa lagi ntah, aku pon tak ingat,

Sekarang dah matang.

16 carutan balas:

Razman 20 Mei 2010 7:02 PG  

sah kau bodoh. haha

iyllienaz 20 Mei 2010 7:56 PG  

haha..sewel masa muda2 dulu..

syuddd. 20 Mei 2010 8:06 PG  

siut kau.patut kurus.dari kecik tak duk diam.
tiba-tiba aku rasa kau ni mcm Siv. watak dlm komik under 18teen

FiQa 20 Mei 2010 8:18 PG  

ini mcm umah cina yg in btween umah aku ngn ko dulu kn ?

gile ah. aku pn pcaya ade duit dlm sampul toh.

tp mcm bangang pn ade. ape jadah gantung angpow ada duit kt pokok limau dpn umah kn ?

apis .. apis .. :D

AkuKopiKauSiapa? 20 Mei 2010 9:28 PG  

fiqa:
alongg!!!!
wahaha..mcm mana kau boleh baca blog aku ni weh?hahahahahahaha

kiter curik sesama ke?

aa..btol la..uncle yang jual ikan tuh.haha. jual ikan tapi pakai merc. siut betul. tak paham aku.

asks 20 Mei 2010 10:45 PG  

member kau yang mana kau tanya telur dia ada bulu ke tak.... aku macam kenal je...

reverie 20 Mei 2010 6:08 PTG  

cait. sah orang melaka. hahaha.

melon. 20 Mei 2010 9:04 PTG  

aiyak, sapok biki? kreatif.

popsoda,  20 Mei 2010 9:50 PTG  

no 7 terbaekk... haha

popsoda,  20 Mei 2010 9:56 PTG  

no.5 dan no.6 aku rasa selalu buat gitu time skolah. haha. dulu aku punya habit jenis suka main gendang2 kat meja skolah, pegi pukul2 meja mcm kompang. pastu 1 hari, aku buat camtu kat dinding rumah warden, p gendang2. aku tak perasan pun pun buat camtu, sbb dah mmg habit. sekali dia jerit pegi marah kuar nak tengok sapa p gendang2 rumah dia. terus aku lari. haha

Pije. 20 Mei 2010 10:31 PTG  

weh.aduk asrama dulu ada guna telefon tu.
aku call kata nak cakap dengan ayam y belakon dalam chicken run tu.
pakcik tu kata aku bodoh lepas tu aku bodoh kan dia balik.

pada hal dua2 pon bodoh.
heheh

klaka la hawau entry kali ni.
;B

AkuKopiKauSiapa? 21 Mei 2010 12:12 PG  

razman:
peh..pedih. haha

ilienaz:
bukan muda, kecik-kecik.

syudd:
Malangnya aku tak penah baca komik tu.

asks:
member aku time skolah dulu.

reverie:
haha.biasa.

melon:
masa tu '98. time komanvel. sapok biki tengah feymes.

posoda:
haha..aku ketuk bilik member aku mcm tu.kena maki.

pije:
kau rindu jonker walk nak berlakon konon orang melaka eh?haha

malekabdillah 21 Mei 2010 12:19 PG  

haha. mende la perangai ko ni. haha.

hans 21 Mei 2010 1:30 PG  

hahahaa
apa jadah la prangai ko derr?
xsenonoh
sapok biki yg tak tahan dengan curi angpow yg tak berduit
hahahaha

GuLa 21 Mei 2010 1:09 PTG  

no 4 tu dah buat aku senyum sorang sorang. haha.

aku dulu selalu buat operator tu baran pasal aku saja nyanyi nyanyi lagu anuar zain dekat dia.

Sampai satu tahap dia potong line telefon blok aku tu sampai lah aku keluar asrama pun dia tak sambung2 lagi.

Taufiq 25 Mei 2010 2:04 PG  

weh munshi..aku cm knal je situasi no 3 tu..hahahahahahahahahaha...kejadian kt dlm bilik blok AG kn...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP