6.5.10

Perkara aku belajar minggu ini

Macam dah lama tak tulis blog rasanya walaupun sebenarnya baru beberapa hari. Walaupun belum habis minggu ini, tapi perlu aku katakan mencabar, jadi mewujudkan benda yang aku boleh pelajari dan aku beritahu kau semua juga.

1. Apa yang kau rasa sekarang tidak semestinya akan bertahan sampai bila-bila, contohnya kau ambil keputusan untuk memotong kemaluan kau dan menjadi wanita, mungkin itu yang kau rasa sekarang, bukan 10 ahun lagi, jadi penting untuk kamu melihat semula setiap keputusan yang kau akan buat, dan jika kau telah pon buat keputusan itu,iaitu sudah pon memotong kemaluan kau, tak salah untuk sentiasa membuka peluang yang ada, jika kau rasa kau dah tersalah buat keputusan, mungkin orang cakap kau bodoh, tapi lebih baik bodoh sekejap dari bodoh selama-lamanya. Jangan ego dengan diri sendiri.

2. Untuk pertama kali dalam hidup aku aku rasa aku menjadi lelaki yang menjengkelkan, kau tau jenis lelaki yang jenis kena reject tapi terkejar-kejar? dan aku cuma rasa aku perlu berhenti. Sebab aku tersedar aku telah berubah menjadi bukan diri aku yang sepatutnya.

Jadi benda yang kau, jika kau lelaki, dan aku patut belajar ialah jangan jadi lelaki bodoh yang terkejar-kejar. Tak cool la macha.

Bukan aku berlakon cool, tapi aku cuba ingat balik macam mana aku sepatutnya.

3. Ini kerana akhirnya tidak kira betapa kau suka, kalau orang tak suka kau, lebih baik kau tidak menjadi orang yang menjengkelkan.

4. Dulu aku pernah tulis, apa saja yang kau nak, boleh dapat tapi cuma cepat, senang, lama atau susah. Tapi dengan syarat jika kau sentiasa nak dan tak berhenti untuk nak. Dan aku tau aku sentiasa nak. Dan itu yang buat aku jenis lambat putus asa.

5. Aku sentiasa ingin tahu bagaimana faktor kedudukan geografi boleh ada kaitan dengan sifat dan tabiat orang? aku rasa negara India boleh jadi case study yang menarik. Aku pon tak tau apesal. Antara tempat yang aku nak pergi untuk tengok-tengok orang.



p/s : Perasan tak button "like" kat bawah ni? haha.best2.

5 carutan balas:

syuddd. 6 Mei 2010 pada 9:19 PG  

Jika masih ada sekelumit harapan adakah kau akan terus mengejar menadapatkan apa yg kau nak dan sentiasa nak itu?

Bagaimana kalau kau tak berusaha untuk bekejaran sekarang akan buat kau menyesal kelak.
tak takotkah kau suatu hari kau terfikir
"kenapa la aku tak try harder.knapa aku perlu buat half way saja"

Tanpa Nama,  6 Mei 2010 pada 1:29 PTG  

kesian ko. hmm. aku hanya mampu membaca. kalau kau rasa kau dah jadi pengejar sehingga terkejar2 dan ianya seperti menjengkelkan, maka berhentilah. maybe you should stop it now and end things up. things just happens as its should. work something else. there is something worth it that you need to try and get it some more. maybe. hey bro, u're cool and stronger. i believe in you. and u must believe in yourself more!

:)

reverie 6 Mei 2010 pada 6:42 PTG  

Nombor 1:
Awek buat tatu nama balak dia Ahmad. 'Minah love Ahmad'. Kena main, kena tinggal. Kena keluar duit lagi, kena tahan sakit buang tatu. Kena redha bahawa tatu tu takkan hilang dan permanent.

Bodoh.c

Tanpa Nama,  7 Mei 2010 pada 1:57 PG  

encikKopi..
n0.2,kadang2 kita lupa kita telah mencapai tahap jengkel..kamu dah sedar..keputusan kamu: berhenti dari jadi begitu..tahniah utk kamu!
no.5, aku cdgkan kamu ke Chatuchak Market, bangkok. selain dapt membeli brg2 murah disitu dan menembak gambar, culture kat situ menarik..(mungkin juga boleh dikaitkan sifat mereka dgn geografi)satu contoh, mereka tidak makan sambil berjalan. kaitan faktor geografi?emmm..mungkin kawasan itu curam(err)..

apeklowek 16 Mei 2010 pada 7:00 PTG  

no 5. mungkin sebab manusia mengadaptasi..tp pasal kaum mcmn? mcm kat malaysia..sifat dan tabiat org berbeza ikut kaum ? padahal spatutnya manusia itu diciptakan sama ..tidak ada kajian sains genetik yang menyatakan kaum menentukan sifat..salah penjajah agaknya..men divide n rule! geografi..ada penjelasan saintifik aku rasa..slamat mengkaji!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP