18.5.10

Bantu aku untuk bantu kamu

bodoh gila tajuk aku rasa, takda kene mengena lansung.

Tapi aku rasa aku perlu pendapat kamu semua, dan mungkin sedikit berkongsi.

begini,

Seperti yang ada antara kamu tahu, aku ada kamera d40 x. Semalam aku tengok satu kamera ni dekat juco maluri. RICOH GXR, dan aku try dan aku serius jatuh cinta dengan kamera tersebut. Ia cuma point and shoot camera sahaja, tapi rupa bentuknya yang seksi dan mengghairahkan tu betul-betul buat aku duduk lama dekat kedai tu sambil borak2 dan testing kamera tersebut.

aku letak status kat FB aku yang betapa kau mahu kamera tu dan Diloz (antara fotografer yang aku suka) komen yang baik upgrade body dan aku reply yang aku nak bawa kamera untuk berjalan, bukan untuk buat amik gambar orang dah.

Lepastu aha van der woodsen cakap, panasonic GF1 lagi better. Dan aku google, dan seriously aku agak berminat dengan hasilnya, tapi aku kurang suka rupanya. Tapi akhirnya hasil lebih penting kan?

Jadi sekarnag aku berkira-kira. Ini apa yang aku ada sekarang.




Nikon SB800 (RM1000)+ Nikon D40x (RM1800)+ Nikkor 35mm f1.8(RM800).

Yup! aku nak jual kesemuanya dengan RM3600. Tapi bukan sekarang, dalam sebulan-dua bulan lagi, sebab aku nak habiskan jadual aku tangkap gambar dulu. Jadi siapa yang nak beli, kamu boleh kumpul duit mulai dari sekarang!! haha

Aku nak jual sebab aku nak beli point and shoot kamera yang lebih mudah. Antara yang dalam list ialah :

1. RICOH GXR

2. Panasaonic GF-1



3.Olympus ep-2

Jadi bila aku jual kamera aku, dengan serta mertanya aku akan stop ambil gambar yang berkaitan event, seperti tunang, birthday, kahwin atau apa-apa je yang event. Aku cuma akan ambil gambar outdoor sahaja.

Sebab utama aku nak pakai point and shoot ialah sebab aku nak bawa kamera aku jalan-jalan, sangat malang bila aku berjalan, aku nampak moment yang cantik, dan aku tak dapat tangkap gambar sebab aku takde kamera yang kecil yang aku boleh bawa kemana-mana.

Sebab setakat ni kamera aku guna untuk ambil gamabr orang je sekarang, rugilah kan? Sebab aku minat nak tangkap gambar, tapi tak bawa kemana-mana, sebab malas nak bawa kamera besar, jadi aku memerlukan kamera kecil, dengan kualiti yang cukup-cukup pon takpa.

Jadi apa pendapat kamu?

patut atau tidak?

P/S : sabtu ini aku ada ambil gambar di putrajaya, gambar kawan-kawan, sesiapa nak ikut dipersilakan dan nak menolong aku serta tangkap gambar bersama, kasi aku email, kalau boleh lelaki. nanti aku belanja la korang makan.

17 carutan balas:

Asrulsani 18 Mei 2010 pada 8:46 PG  

firstly, kalau aku la kan.. aku akan kumpul duit sampai cukup untuk beli kamera point n shoot tu. yang dslr tu aku tak kan jual.

berapa harga kamera yang kau usha tu sampaikan kau nak jual dslr?

pasal ricoh, sebab bentuk kamera. panasonic pulak pasal kualiti gambar yang diambil. yang olympus tu pulak kenapa boleh ada dalam list kau?

p/s: sabtu ni tak free. kalau ada foto session lagi pls inform. kalau tak busy, dekat, aku join.

amie,  18 Mei 2010 pada 9:06 PG  

Hi, abang aku dulu pun pernah nak beli Olympus E-P1 so he did researches on E-P1 & E-P2, bila dia jumpa Olympus E-PL1. Aku tak taulah apa kelebihan E-PL1 tapi dia kata macam lebih kurang GF1 (kalau tak silap aku lah dia kata camtu) but of course la GF1 lagi power. Jadi after dia research and reseach, dia beli E-PL1. And aku rasa E-PL1 pun not bad after trying it for few times.

Aku ada upload 1 gambar and 1 video on my flickr (http://www.flickr.com/photos/amieshah/).

p/s: sorry kalau tak membantu langsung hehe

shijuka 18 Mei 2010 pada 10:42 PG  

weh kebetulan lah kite. aku pun baru usha lumix td. mmg seksi hoh! n yahh mcm kau jgk, sejak bergiat dgn slr ni aku kurang produktif utk capture bnd2 yg art kat mate aku time tu jugak. last2 fon camera jgk yg jd mangse, and editing mmg main peranan lah kan. sbb mmg malas nk bwk cam brt2 ni. pns is wayy different, tp mmg best klu dpt main manual. aku pun nk tolak slr aku for a pns weh. tp tepakse hold dulu, n mybe hanye tolak wide lens utk angkat a zenit ttl. lg seksi. sbb aku sgt frust bile amek gmbr tak blh stret hantar kedai cuci mcm zaman jepun dulu2. rase debaran nk tgk gmbr tu jd ke tak mmg... uhh menseksikan diri aku lg. weh ricoh tu kau tgk brp rm?

hans 18 Mei 2010 pada 1:37 PTG  

aku rasa aku sokong komen pertama
jgn jual DSLR tu
kumpul duit
beli camera lagi satu
so ko ada 2 advantage pasnih
pendapat aku jer lah
apa2pun keputusan terletak ditangan ko
ikut gerak hati lebih baik

NHAF 18 Mei 2010 pada 2:25 PTG  

kalau dah jual DSLR, gambar untuk convo tak amik eh? :(

AkuKopiKauSiapa? 18 Mei 2010 pada 6:16 PTG  

ask:
bajet aku untuk compact tu dalam rm3500 lah.

ricoh tu rm4000,
gf-1 dalam 3600++
olympus pen bawah 3000 boleh dapat kot.

sebab tu aku nak jual.

shijuka:
ricoh tu 4k lebih kurang..siap dengan 50mm.

haha debaran eh? teringat zaman lomo dulu.huhu

hans:
kalau kumpul duit..aku kena tunggu dalam 10 tahun lagi kot.haha

amie:
mula mula aku patut cakap.

gambar kau cun weh!! haha. serius,

video tu pon smart, aku suka idea tu, brape lama ko biarkan kamera tuh? masuk dengan lagunya.

aa..gambar dalam set "people" tu pakai ep-1 ke?

sebab cantik.

tanx, sekarang aku antata ep-1 ngan gf-1. tapi ep-1 lebih murah.

hafizah:
amik..tapi aku pakai compact je lah. haha. sama je.

apeklowek 18 Mei 2010 pada 6:49 PTG  

aku rasa la kan..
ko x yah jual dslr..
sbab ada tym ko akan rs ko mmrlukan dslr..so ko angkat pns yang simple ntuk jalan jalan hari hari..sbab ntuk certain event or ko g travel tmpt tmpt x biasa ko still ada slr yg bole amek wajah wajah bez dr jauh..
x pun..ko xyah jual kamera..ko jual lense tu je..500?

AkuKopiKauSiapa? 18 Mei 2010 pada 7:06 PTG  

apek lowek:
urmm..betul gak..nanti menyesal kang?
tapi yang lumix tu still boleh attached ngan lens leica..tapi harga dia mahal gila la..

500?
haha..pandai la ko..nak cucuk kat 2nd body ke?

Tanpa Nama,  18 Mei 2010 pada 8:56 PTG  

weh nak tgk picca dr lomo kau dulu2! ade flickr ke? up kt suka2foto ke

Tanpa Nama,  18 Mei 2010 pada 9:11 PTG  

apeklowek ni kawan kau eh? kenapa tak update fotoblog dia? nice pictures

AkuKopiKauSiapa? 18 Mei 2010 pada 9:28 PTG  

tanpa nama:
masuk sini

http://akukopi.blogspot.com/2009/03/gmbr-filem-dulu2_31.html

gambar dulu2.

amie,  19 Mei 2010 pada 12:05 PG  

trimas! hehe
video tu aku biar dalam setgh jam ke sejam cmtu..xigt..yg set people tu aku guna d40 :D

yup e-pl1 murahla rasanya dr gf1..abg aku beli hrtu RM2499..tp skrg dh menyesal beli awal2 sbb skrg ada promotion e-pl1 + 14-22mm + satu lagi lens aku xigt ape + adapter dlm RM3000 cmtu..haha tryla usya..kt sana mungkin murah lg kot.
p/s: btol tu, xyahla jual kamera kau..tuka body pun ok..

Dammit 19 Mei 2010 pada 4:29 PG  

Aku rasa tak payah jual. Dengan camera ko ada, ko boleh kumpul duit sampai dapat beli camera point n shoot. Jadi ko ada dua-dua dan tak perlu korbankan salah satu. Oh, antara tiga2 tu, aku suka GF-1.

AkuKopiKauSiapa? 19 Mei 2010 pada 5:21 PG  

dammit:
sekarang aku takde elaun..duit aku amik gmbr tetiap minggu tula buat duit belanja.

amie:
aa..pttlah.

cik diy 23 Mei 2010 pada 9:09 PG  

kira masih bleh lg laa, kalu utk amik pic convo?! ingat da x amik lgsg daa.. huhuu... nasib baik!!!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP