10.5.10

Sebab lelaki sejati tidak perlu ada 'bestfriend'

DSC_0434


Jarang-jarang aku dengar lelaki ada bestfriend, kalau dia ada pon dia takkan mengakui yang mamat lagi tu sebagai dia punya bestfriend dan dia pon takkan mengakui diri dia sebagai bestfriend kepada mamat tu.

Jujurnya, kalau ada orang cakap yang dia bestfriend aku, mungkin aku akan menjauhkan diri.

Sebagai lelaki sejati yang gagah dan kuat, mempunyai tubuh badan yang sasa dan maskulin, kau tak patut mengakui yang kau mempunyai bestfriend, dan jika kau ada kawan yang sangat baik dengan kau, mendengar segala cerita-cerita kau, buat perkara semuanya sama, kau perlu tahu sendiri tanpa perlu mengakui antara satu sama lain.

Jadi antara sebab lelaki tak perlu mengakui bestfriend berbanding perempuan adalah kerana beberapa sebab yang aku dapat fikirkan.

1. Lelaki lebih gemar memanggil sebagai kawan-kawan, maknanya tiada perkataan bestfriend atau kawan baik digunakan. Kira kalau kita guna istilah kawan baik, macam kau asyik dengan mamat tu sahaja,macam bercinta, kalau guna kawan-kawan, dia macam lebih bebas.

2. Kerana jarang jumpa lelaki yang berpura-pura, jadi kau tak memerlukan bestfriend,iaitu orang yang sentiasa menyokong seluruhnya apa yang kau buat, berbeza dengan kaum wanita, mereka ini depan lain, belakang lain, jadi perlu untuk mereka ada bestfriend, kononnya sebagai orang yang paling dipercayai.

3. Bila guna istilah bestfriend. Bunyinya gay.

4. Siapa lelaki dalam wallet dia ada gambar dia dengan kawan-kawan lelaki siap ada tulis 'best friend 4eva'. Aku cucuk bontot dia dengan kayu.haha.

5. Mungkin lelaki jenis tidak kisah, sentiasa tahu apa yang patut diceritakan, apa yang patut disimpan. Jadi tak begitu memerlukan bestfriend untuk mendengar segalanya perihal hidup kau.

6. Sebenarnya tidak kisahlah kau ada bestfriend atau tidak. Tapi cuma jangan mengakuinya lah. Hilang kejantanan.

7. Aku benci gila bila aku nak tekel gadis contohnya, kawan dia yang lebih-lebih. haha. Bodoh gila. Macam masa sekolah dulu.

17 carutan balas:

syuddd. 10 Mei 2010 pada 6:45 PG  

bagaimana pula dengan lelaki yang sahabat baiknya seorang perempuan.?

Tanpa Nama,  10 Mei 2010 pada 7:30 PG  

wuwuw. egois entry ni.
ahah
:)

reverie 10 Mei 2010 pada 7:42 PG  

alaaaaaaa kopi. bukan kita bestfriend ke? hahahaha.

AkuKopiKauSiapa? 10 Mei 2010 pada 9:23 PG  

syudd:
ini antara lelaki dengan lelaki je..

dobot:
huhu..bukan egois..lelaki sejati

reverie:
sori la..lupa..kita bestfriend 4 eva n eva n eva.hahaha

Zulfadli Zainal 10 Mei 2010 pada 10:13 PG  

true, labelling is wasting time.

Asrulsani 10 Mei 2010 pada 1:19 PTG  

4. Aku slalu tengok kat skolah ke, kat U ke, kenapa perempuan selalu ada 'geng'?

kalau lelaki lain sikit, mungkin lebih kepada kenegerian (kadang2). tapi kalau perempuan, time makan ke, lepak ke, study ke, mesti dengan orang yang sama.

siapa perempuan kat sini, boleh bagi komen skit?

Hambali ® 10 Mei 2010 pada 5:55 PTG  

Bespren sama-sama laki kalo bersentuhan tak batai ayaq semayang.

hehehe

Shahrul Yusof 10 Mei 2010 pada 8:44 PTG  

Teringat kat cerita KL Drift 2 yang ditayangkan baru-baru ni. Syamsul akui Farid Kamil bestfriend dia dalam cerita tu. Bagitau kat kengkawan lagi tu. Tak pernah lagi aku jumpa budak yang bercampur dengan gangster buat hal cenggini. Siap tangkap gambar berdua buat frame lagi, satu letak atas meja, lagi satu siap gantung. Peh, gila gay.

girlfriday,  10 Mei 2010 pada 11:01 PTG  

betul. aku setuju entri ni egois. kalau lelaki yang rasa sejati mesti rasa bangga baca ni. hmm. tak taulah.

ok. aku perempuan. pendapat aku, perempuan ni memang beza total dengan lelaki bab2 perhubungan. perempuan sangat serius. termasuklah dalam persahabatan. sebab pempuan jenis yg suka libatkan soal hati banding banyak pk macam laki. so, bab2 soal hati, dia mesti ada someone who can fully trusted. bila dia dah ada kawan yang betul2 memahami, dia cuma cukup ada sorang kawan untuk faham dia. tak perlu banyak pun xpe. sebab tu lah, bila korg tgk pempuan ni nak pegi makan, mana2 mesti ada kawan. dan kawan tu mesti org yg sama. tu tandanya mereka tu mmg dah banyak share everything. sbb tu rapat.

beza dengan laki. yg sifat memang egois. xkira lah rahsia apa2 pun sebenarnya korg boleh share dgn semua org. sbb korg xde besfren. dan bg laki, pempuan n laki tu sama. sbb tu rasa nak jaga hati org tu susah sbb korg rasa semuanya sama. betul ke camtu?

so, jgn hairan kalau ada stgh pempuan, dia boleh cemburu bila kawan rapat dia akan rapat pada org lain. dan sbb tu antara pempuan dan laki, tahap kesetiaan dia beza.

hanya pempuan yg faham perasaan pempuan. dan hanya itulah sbnr2 kawan bagi aku. rapat mcm mana pun aku dgn mana2 laki, dia tetap beza dgn kawan pempuan sbb hanya pempuan yg memahami pempuan.

dan bagi aku, entri ini terlalu egois. ada je kwn laki aku yg mmg rapat berdua. sampai makan sepinggan, tidur sekatil, mandi sesama. haha. dan aku xrasa ianya cacat malah ianya sweet. haha.

tapi selalu je kitorg kata dorg gay. dorg pun mengaku je lah sbb terlampau sengal.

ok, just my 2 cents.

girlfriday,  10 Mei 2010 pada 11:06 PTG  

aku sebenarnya nak komen sikit je. aku cuma nak kata yg aku setuju point no.7 dalam entri ni. banyak je stupid girl buat camtu. aku pun xtau apesal. tapi bila baca komen2 korg ni, jadi terpanjang lak komen aku. sorry lah ye.

Nur Syaza Azrudin 11 Mei 2010 pada 12:40 PG  

Aku benci gila bila aku nak tekel gadis contohnya, kawan dia yang lebih-lebih. haha. Bodoh gila. Macam masa sekolah dulu.


BETOOOOOOL.bila nk mmbesar pun aku xtau.kdg smpai dh bertunang pun mcm tu.ya allah.tolong lah.belajar handle hal sendiri2.

Nur Syaza Azrudin 11 Mei 2010 pada 12:44 PG  

btw,
bab pbezaan laki n prmpuan, biasalah nama pun prempuan dan lelaki.

TAKKAN NAK SAMA?
KAU NAK KE JANTINA BERLAWANAN KAU PERANGAI SEJIBIK TERUS?

aku rsa menarik bila prmpuan dan lelaki berbeza.kalau x, xde la boleh nk complement each other.

so, prmpuan kena tahu diri dia lain dgn lelaki dan jgn expect lelaki utk berasa sama dgn dia maka berusaha utk memahami lelaki AAAND VICE VERSA.

aku suka entry ni.
=)

amie,  17 Mei 2010 pada 5:42 PG  

ada je kwn laki aku yg mmg rapat berdua. sampai makan sepinggan, tidur sekatil, mandi sesama.

thats definitely gay! hahaha sorry, itu agak lawak ;p

dayah 12 Jun 2010 pada 5:02 PG  

wahh. suka entry ni point num 7 ku stuju.
ncik kopi tanak best friend ngan saya ke, kehkehkeh

.o r k e d. 29 September 2010 pada 12:03 PG  

bro, na share buley ta? aku na bkak mta mukhsin sikit

Tanpa Nama,  23 Januari 2011 pada 11:27 PG  

aku perempuan.
aku suka lelaki egois mcm ni.
tp bukan ego xtentu pasal la kan.

bg aku, it's fine to be ego just to show u're not weak at times when u are the weakest.
[ader org faham ke ayat aku tu?haha]

abeautifulmind 9 April 2011 pada 11:03 PG  

haha mesti kelakar kalau lelaki tu sasa dan ada bestfriend. hahaha.

tapi betul jugak. suka sebab number 2. dan 7 tu kelakar.

eh kopi, aku suka lah baca kau pny blog :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP