30.6.09

idea tentang spoiler dan lain lain

1. Mula-mula perlu diingatkan aku bukan seorang yang tahu tentang ekonomi. Jadi bagi kamu yang membaca yang sangat hebat tentang ekonomi sila tolong jawab persoalan aku. Sebab malas pula aku mahu cari jawapan dalam buku, sebab aku tak minat ekonomi tapi terfikir sahaja.

ok,

Duit malaysia, iaitu duit kertas kita yang kita pegang atau simpan dalam dompet itu pastinya dikeluarkan oleh bank negara Malaysia bukan? Jadi tak bolehke kalau kerajaan Malaysia ini cop sahaja duit banyak-banyak dan bahagikan kepada orang semua. Kalau begitu takde lah projek yang tergendala atau orang-orang miskin.

Sebagai contoh ada projek pembinaan jambatan, tapi kerajaan tak cukup duit. Jadi buat sahaja duit 5 juta dan buat.

Kira tipu lah, konon malaysia nak beli kapal terbang dari singapura, buat duit 8 juta, pastu beli.

Siapa yang kawal berapa banyak duit boleh buat? tempat buat duit pasti ada pekerjanya kan? Maknanya hari-hari buat duit lah? Jadi asal tak boleh buat duit banyak?

Aku tau soalan aku kelihatan bodoh, tapi aku cuma tertanya-tanya sahaja.



2. Selalunya sebelum kita beli buku kita akan lihat belakngnya bukan? mahu lihat spoiler. Mahu tahu serba sikit jalan cerita. Jadi apa kata buat spoiler yang lebih kurang begini,

" Buku yang sungguh tidak bermakna ini hanya akan membazirkan duit anda sahaja kalau anda membelinya. Penulis buku ini lebih banyak menceritakan tentang dirinya sendiri dari membincangkan hal yang penting. Buku ini sepatutnya dibakar. Tolong jangan beli, tolong jangan baca. Jika anda menjumpai buku ini di kedai buku dan ianya dibalut dengan plastik, pergi minta tolong pekerja bukakan plastik ini dan buka mukasurat 34.

Maaf ayat aku di atas tak menerujakan, tapi apa yang aku mahu cakap ialah spoiler di belakang buku mempunyai ayat yang beritahu konon buku tu tak bagus lansung. Jadi orang macam tertanya-tanya lah konon.

dan tentang mukasurat 34 itu, cadangan aku ialah tidak ada mukasurat 34, kiranya selepas muka surat 33 terus mukasurat 35.

Atau mungkin mukasurat 34 ada di belakang sekali, atau mungkin ada mukasurat 34 tetapi muka surat itu macam dilubangkan ditengah tengah ataupun di perkataan-perkataan tertentu yang akan membuatkan pembaca teka sendiri apa perkataan yang paling sesuai letak kat situ.

konon nak tunjuk nampak peliklah.

bodoh je..

28 carutan balas:

Z 30 Jun 2009 pada 1:18 PTG  

haha..sbb tu ade org buat ayat: "ko igt aku chop duit ke?" :p

spoiler mcm tu lebih kpd reverse physiology, aku rasa org akan lebih interested nk bli.

try ar

k|ree 30 Jun 2009 pada 6:35 PTG  

mungkin aritu,apis tya akak..akak jawab cam tak betul kan...?okie..cuba apis pikir..kalau lah kita boleh cop duit sesuka hati...
kenapa ada negara yang miskin..?macam indonesia...

.:fifi:. 30 Jun 2009 pada 7:00 PTG  

klu lah kte boley wat duet sske ati,
kompem la lbih rmai lg yg akn mnjdi lmak..
i men xmo kje.nk duet wat snirik..
klu mcm 2 smpai ble nk membangun???
msing2 mmbnggekn dri snirik
blumba nk wat duet bnyak2 tp msing2 adlh 'bdoh' coz hnye mmpu mmbuat duet ttpi tdak pd bnde yg len...


pkir2knlah..

Chatterbox 30 Jun 2009 pada 8:18 PTG  

aku tertanya-tanya berapakah kos untuk membuat sekeping duit tu
ada sesiapa tahu kah?

tak reti nak explain,  30 Jun 2009 pada 8:25 PTG  

inflasi, kuasa beli, dan indeks harga konsumer.

Cikpuanmuda Juju 30 Jun 2009 pada 8:40 PTG  

aper yang aku bacer ney?
ngah fikir

Zuralimusa 30 Jun 2009 pada 10:00 PTG  

kalau m'sia tempat chop duit jadi US tempat apa pula?

pacik raman,  30 Jun 2009 pada 10:08 PTG  

mcm ni la mushi...ini pendapat aku..

psl buat duit ngan buku tu kn?

amik sbg contoh, sorg budak name Aman, kt rumah die ade mesin cop duit, die cop duit tu pastu die beli buku tu.

AZ 30 Jun 2009 pada 10:49 PTG  

bro, nak buat duit pun kene ada duit juga. sbb tu kot malaysia takleh nak buat duit byk sgt.

kalau spoiler buku mcm tu aku akan tertanya tanya tp aku takkan beli. terlalu pelik. hahah.

aten chan 30 Jun 2009 pada 11:03 PTG  

aku penah jumpe buku camtu,kat belakang die tulis yg buku tu memang xbest,pastu ade huraian panjang kenape buku tu xbest. membe aku tertarik nak beli tapi aku xtertarik langsung nak pinjam bace.haha.

omarkhayam 30 Jun 2009 pada 11:21 PTG  

raman terbaik. cop duit pastu beli buku.pastu org yg jual buku tu kira rugi la.sebab dia tak der mesin cop duit.klu dia ader mesin tu, mesti dia tak jual buku.dia jual duit jer.

harris 30 Jun 2009 pada 11:22 PTG  

aku pon penah fikir mcm ko dlu knp xbuat duit byk2 pas2 bg kt rakyat..

org ekonomi ckp xbley..sbb pasal inflasi n kuasa membeli..klu semua rakyat ada duit..xda siapa nak berniaga..dan blabla2..lu fkir la sndiri...

Tanpa Nama,  1 Julai 2009 pada 12:26 PG  

dari suruh kerajaan buat duit banyak-banyak,baik suruh kerajaan buat cop banyak-banyak dan edarkan kepada rakyat.biar rakyat cop duit sendiri.

hahaha.

cik nurulain 1 Julai 2009 pada 12:56 PG  

ahahah~ diloz aku suka idea ko.

oi mushi, banyak betul benda kau terpikir lah.

yang psl buku tu kau patut wat la. kn ko nak publish blog ko. haha~ tengok pegi dia mcm mana.

harisu sama 1 Julai 2009 pada 2:05 PG  

bukan xboleh print duit banyak2..tapi kalo banyak sgt akan mengakibatkt 'hyper-inflation'. google kalau nak tahu dgn lebih lanjut sbb aku pon xarif sgt bab ekonomi nih. Duit ni mcm barang2 lain gak. kalau hasilkan banyak sgt, nilai die akan turun. Kalau nilai matawang kita turun, ekonomi pon turun. Sbb tu kerajaan kene control berapa byk duit yg dicop.

tezuka87,  1 Julai 2009 pada 4:31 PG  

salam...
stuju ngn harisu sama....
better tanya economist bcoz they noe better...




p/s - better buang word verification...org lagi sng nk tinggalkn comment...

Tanpa Nama,  1 Julai 2009 pada 7:15 PG  

aku xtau bnda ni betol ke x...
sbb ni jadi lame dlu..
time aku skolah rdh..skrg aku dah wat degree pon..
ade sorg cikgu aku yg cite pasal cop2 duit nie..
time tu aku drjah 5 kot..
dia cikgu BI aku, cikgu cina, ppuan..
dia kata..kekayaan atau jumlah duit ni based on jongkong emas..
ade 1 bank kt oversea sane tmpat org simpan jongkong emas bg stiap negara..kalau kite nk cop duit, kena amek jongkong emas tu n tuka jadi duit..so kalau senang2 je asyik nk tuka emas utk cop duit je, jumlah jongkong emas yg negara kite miliki kat 'bank' tu akan jadi kurang dan seterusnya bwat negara kite jadi miskin..
serius aku xtau betol ke x..
tp mmg cikgu aku ade cite pasal cop2 duit nie..cume time tu aku kecik lagi nk paham n aku agak x paham BI dia masa tu...sori kalau salah ke merapu ke ape..aku sndri masih lg tertanya2 smpai skarang..

- MiSs AnOn -
~ silent reader blog ni selame nie

popsoda,  1 Julai 2009 pada 8:01 PG  

yang aku nak komen, pasal buku tu. cool. aku suka!! haha

zaRain 1 Julai 2009 pada 9:13 PG  

setuju dgn miss anon..
cemana aku tawu ..hehe takyahla cite..

tp duit tuh sebenanye hanya kertas.. dia adalah representative kepada nilai harta yg sebena..atau aset negara... so mcm miss anon ckp psl jongkong..maknanye bape byk nilai aset yg malaysia terima.. malaysia akan 'wakilkan' dlm bentuk wang.. lalu tercoplah wang wang yg ada dlm poket kau, wallet kau dan sebagainyee....

AkuKopiKauSiapa? 1 Julai 2009 pada 10:25 PG  

zakiah:
jap..ape kene ngene?

kiree:
sbb tu apis tanya

sciatic:
aku bukan ckp setiap org buat duit. aku ckp kerajaan yang cop duit. untuk buat apa-apa pembangunan.

amp:
haha. masa kecik2 aku igt yg macam kilat-kilat dekat duit kertas tu bernilai lah. mcm emas lah. sbb aku fikir takkan kertas bodoh satu dunia boleh panggil duit. then dia jadi bernilai. padahal kertas je. mesti kat kertas tu ada benda yang ebrnilai kan.

tak reti nak explain:
ok..tak faham.

miss juju:
tentang spoiler dan lain-lain

chu:
ape kene ngene?

pakcik raman:
hahaha. kelakar. pandai kamu relatekan.

azlina:
jadi nilai kertas 10 ringgit sama dengan 10 ringgit? takkan beli? aku igt bes. haha

aten:
huhu. tengok orang kot.

omarkhayam:
haha.. dah mengarut dah. baik dia jual mesin tu je.

harris:
mungkin tak bagi secara terang duit tu kat rakyat, bagi dari segi projek pembangunan atau apa-apa.

diloz:
hahahahahaha. sengal.

ainisz:
harapan lah nak org publish. tunggu 3 tahun menulis dulu.

harisu:
terima kasih. aku sedikit faham logiknya.

tezuka:
nanti kang byk komen mengarut suruh kau masuk website porno plak.

miss anon:
sangat logik. tapi..tak boleh tipu ke? ada inspection ke?

popsoda:
meh beli idea aku tu, aku jual. haha

zarain:
ok, aku faham. tapi tak boleh tipu ke? mesti boleh kan? ah sial.. aku benci ekonomi.

reverie 2 Julai 2009 pada 5:17 PG  

Soalan 1.
Boleh cop duit banyak-banyak. Tapi nanti ekonomi negara kita jadi macam Zimbabwe punya. 1 us Dollar sama dengan 1 juta Ringgit Malaysia ke. Maksudnya nilai Ringgit jatuh teruk. Macam apa yang jadi dekat Indonesia dan lain-lain.

Soalan spoiler.
hahaha. ini benda avant garde. Cubalah buat. Aku rasa ramai orang beli.

tang page tu,
Aku rasa tak ramai yang akan perasan tak ada page 34.

neyda,  2 Julai 2009 pada 8:56 PG  

en.mushi,
neg kte akn m'alami inflasi
cm pe yg jd kt negara kita skrg
skrg pn da worst,xtaw lar cmne akn jd kt neg kita if pm nk ekot idea ko ni.
mmg bodo ar dye kn.

ala,sng ko igt jew blk sej yg ko blaja mse f4 2
yg psl pndudukn jepun kt mesia n psl duit daun pisang
2 lar gne nye blaja sej
reti??

n sbb2 len aku x reti sgt nk trg

nabila farhana,  2 Julai 2009 pada 9:14 PG  

lerrr. neyda nie mcm mara plak. en. mushi saje tanye pendapat. haha. relax la. org laen ok je menjawab. pape ntah. hahaha.

AkuKopiKauSiapa? 2 Julai 2009 pada 9:48 PG  

reverie:
ok.logik untuk soalan yang pertama.soalan kedua, orang tak perasan. tu yang bes.mungkin lepas habis baca bila bosan-bosan baru terfikir nak baca spoiler, baru perasan sebenarnya takde mukasurat 34.

neyda:
bertenang lah, memang aku tak tau, sebab tu aku tanya, semoga dengan kewujudan orang-orang bijak seperti kau dapat menerangkan kepada aku.

mungkin aku patut belajar ekonomi dan sejarah di sekolah menengah dan kau patut masuk darjah satu untuk belajar mengeja dalam bahasa melayu.

nabila farhana:
huhu, mungkin terlampau marah dengan kerajaan, dan marah kepada saya. mungkin juga seorang guru yang tidak suka soalan bodoh.

neyda,  2 Julai 2009 pada 10:45 PTG  

hahahahaha..
gaya marah ke??
tak sedar pulak.
kena ambil kelas psikologi lar lepas ni.
bagaimana nak menulis dengan menyampaikan emosi positif together dalam tulisan.
atau mungkin saya perlu belajar dari awak je kot..
macamana dengan kelas ejaan saya?
any improvement?

sarah 4 Julai 2009 pada 4:02 PG  

aku pnah ty membe aku soklan same psl duet tuh tyme lunch.gila lah.ade gak org berpikiran mcm aku.

Tanpa Nama,  5 Julai 2009 pada 4:14 PG  

hahahahahahahaha! mcm kau sorg je pk mcm tu. aku pun ade pk gak. hahaha.

a . i . n 5 Julai 2009 pada 11:00 PG  

pasal duit, aku tahu semua ada fikir benda mengarut macam tu. aku bukan pakar ekonomi juga, maka tak mampu nak jawab. neyda tu over marah. mushi jawab dengan cool. bagus. haha..

pasal spoiler. aku akan beli buku tu. tiba-tiba mukasurat34 ada dua helai. haha..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP