12.6.09

geng budak-budak seluar dalam

Maaf, tajuk diatas tiada kena mengena, cuma aku suka bunyik die. Macam geng bus sekolah la. Tapi yang ini semua pakai seluar dalam dan orang jahat tidak pakai seluar dalam.

ok,

Sekarang aku tengok banyak iklan kemasyarakatanlah, macam kaum bersatulah, membacalah, hormat orang tua la, macam-macam la,, Jadi aku pon nak jugak cuba fikir idea untuk iklan.

Jadi tadi seperti biasa dalam tren aku terdapat idea lagi.

Mula-mula,

Babak pertama

Tunjuk luar rumah, pagi pagi subuh, nampak lampu bilik dipasang(pandangan dari luar rumah)

Seorang perempuan mengandung sedang tengok cermin dekat rumah, cermin panjang, perempuan tu tengok sisi kanan, sisi kiri, pegang-pegang perut dia, lepas tu senyum. Sudha siap nak pergi kerja.

Babak kedua

Tunjuk dalam tren, ramai orang, perempuan mengandung berdiri, buat muka kesian. Ada orang yang duduk buat-buat tak nampak, ada yang pandang buat tak tau. Tiba-tiba ada lelaki agak tua berdiri dan bagi perempuan tu duduk. Perempuan mengandung tu senyum dan duduk dan cakap terima kasih.

Lelaki agak tua tu senyum bangga.

Babak tiga

Di tempat kerja, lif ramai orang, semua orang perlu beratur sebab ada dua lif sahaja. Betul-betul sampai giliran perempuan mengandung lif sudah penuh. Perempuan mengandung buat muka kesian lagi, ada yang buat tak tahu ada yang buat-buat tak nampak. Kemudian ada budak muda keluar dari lif dan kasi perempuan tu masuk sebab tak nak perempuan mengandung tunggu lama. Penat.

Babak empat

Perempuan mengandung marah-marah dan beremosi. Semua orang buat-buat paham. Tunjuk muka-muka pekerja wanita muda macam mengumpat-ngumpat. Yang lelaki malas nak layan. Semua konon-konon faham. Sebab perempuan tu mengandung. Emosi sikit tak stabil.

Perempuan mengandung bebel sorang-sorang.

Babak lima

Perempuan mengandung balik kerja, sudah sampai rumah. Dia tengok-tengok cermin lagi. tengok sisi kiri, tengok sisi kanan.

dia pegang-pegang perut dia.

Kemudian dia angkat kain baju mengandung dia.

lepastu keluarkan bantal yang digunakan sebagai penyamaran menjadi perempuan mengandung. dan senyum.

keluar mesej, "Orang Malaysia semua baik hati, cuma jangan ambil kesempatan"

-tamat-

22 carutan balas:

@DdY 12 Jun 2009 pada 10:30 PG  

ako baru nak kate idea ko ni familiar..
skali bace sampai bawah...
T_T


ape ni bro..ko wat ako tergelak ar weh!haha!

cik nurulain 12 Jun 2009 pada 10:34 PG  

boley thn ar...
separuh jln baca macam boring je..dull je babak2 ko...
skali ending dia...hahah~

pensukebulan 12 Jun 2009 pada 10:54 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pensukebulan 12 Jun 2009 pada 10:56 PG  

ending ko slalu pelik2. haha tp menarik la

emma songall 12 Jun 2009 pada 11:33 PG  

ok.
ini sememangnya cool.
macam nak try jer.
LOL

reverie 12 Jun 2009 pada 12:39 PTG  

Ironical betul. Apa kata masukkan unsur sadis sikit. Tengah2 dia sesak2 dalam lif, bantal tu terjatuh. Lalu, kau fikirkan lah apa terjadi... Nais!

J 12 Jun 2009 pada 8:52 PTG  

Haha. Aku takpayah baca sampai habis, and aku dah tau ending dia apa! terasa hebat la plak. :P :P

AkuKopiKauSiapa? 12 Jun 2009 pada 9:09 PTG  

reverie:

idea yang bagus, terima kasih, jadi,.

itu episod pertama, episod kedua dia buat lagi, sama lah iklannya sebijik.

semua sama, sampai part dlm tren, die sedang berdiri. lelaki yang agak tua tadi tu pon nak baru berdiri nak kasi tempat duduk.

tiba-tiba jatuh bantal tu, pastu semua senyap, perempuan mengandung terkesima, lelaki agak tua tu ternganga mulut, semua orang ekeliling pandang,

suasana sepi lah.

pastu ada budak sekolah angkat bantal tu dan bagi balik dekat perempuan mengandung tu dan senyum.

semua orang sekeliling buat aktiviti macam biasa, orang lelaki agak tua still bagi tempat duduk,

perempuan mengandung malu-malu.

keluar mesej,

orang malaysia memang baik hati.

-tammat-

j:
huhu, aku tak tulis lagi aku dah tau citer die dah. haha

hans 12 Jun 2009 pada 11:21 PTG  

Kalau aku try benda nih ko rasa aku berjaya tak dapat simpati orang?
haha

FdausAmad 13 Jun 2009 pada 5:31 PG  

ramai gila makwe lepak kt blog lu..
gua jeles abis beb..

Gua nak sama..Jom FOLLOW blog gua..

-itu kira mencarut jugak ke?-

reverie 13 Jun 2009 pada 5:49 PG  

haha. bila nak buat weh? Aku nak masuk casting kau ni.

Haris,  13 Jun 2009 pada 7:52 PG  

Hahaha. Entry ko ni memang mampu buat aku gelak sorang-sorang la. Haha!

AkuKopiKauSiapa? 13 Jun 2009 pada 8:22 PG  

addy:
ko asek gelak je aku tulis, padahal aku ni seorang yang serius.huhu

ainis:
aa..memang saje buat cite ni bosan dan tanpa cakap-cakap.

sukabulan:
Aku cuba fikir lain nanti.huhu

emma songal:
harap ada orang layan. hahahaha. main-main.

makcik jual kepek:
ape la nama kau ni makcik jual kepek, tak market lansung. haha. lek zen, jgn marah.

mohd:
malas nak type pepanjang nama kau, aa..good idea? nak beli? huhu.

hans:
mungkin orang cuma ingat kau berperut buncit je,

fdaus ahmad:
sori weh. gua tak kongsi makwe. ahaha

reverie:
bila nak buat? aku takde pengalaman lansung megarah atau berkaitan filem. haha

haris:
huhu, baguslah. tambah dosa aku. haha

.:fifi:. 13 Jun 2009 pada 8:43 PG  

hahaha..aiyoyo..br nk puji..skali ending..tetttttt..cit porah..huhu

ellies23@yahoo.com,  14 Jun 2009 pada 5:24 PG  

biasa aku pkai samaran Rozzin, sb ada org pandai2 jd aku.. "Orang Malaysia semua baik hati, cuma jangan ambil kesempatan" -(senyum lembik) aku nk mintak maaf kalau rozzin yg lg satu marah kt aku (agaknyer ada statement yg buat dia marah atau apa). tp jgn lah pkai nama aku weh.. hnye 3 box comment (kat tajuk hari ni 24). yg carut pkai eng.word tu bukan aku. em sori gak kt AKKS.

Aku 14 Jun 2009 pada 12:57 PTG  

ohhh, gaya tulisan beginilah yang aku cari-cari !!

anonymous 15 Jun 2009 pada 2:20 PG  

hebat.. lawak gile.. macam cite chinnappapa periyya ppappa dulu.. huhu

zahara sufian 15 Jun 2009 pada 8:42 PTG  

hello kopi, disebabkan aku selalu terbace blog ko setiap kali aku online, aku pun dengan murah hatinya (aku pukan pompuan murah.hehe) aku nka bagi award kat ko..kalau ko rase nak amek, amek laa.. takmau amek pun xpe.silekan.. =)

Unknown 17 Jun 2009 pada 7:42 PTG  

hehehehehe...boleh tahan gak!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP