20.6.09

hari ini 26:Tentang peribahasa dan lain-lain

1. seronok aku tulis pasal hari ini. Selalunya jujur, dan betul-betul.

2. Semuanya berkaitan pilihan, setiap apa yang kau pilih, tidak kira apa, akan banyak perkara berubah. Mungkin bagus, mungkin tidak kena.

3. Cuma jangan cakap pasal aku, kalau tidak cukup kenal aku. Kalau bukan dalam cerita aku, kalau setakat tengok. Dan jangan mudah percaya cerita orang. Cerita orang bersambung-sambung. Sambungannya sentiasa berlainan. Banyak versi. Versi paling buruk, itu yang orang suka.

4. ada peribahasa, "takkan lari gunung dikejar, nampak kabus timbullah ia". Tapi kalau kabusnya tidak hilang-hilang macam mana? atau mungkin tiada gunung pun disebalik kabus tu, atau mungkin gunung terlampau jauh sampai tak sempat nak kejar? macam mana?

5. Orang lemah saja yang sibuk-sibuk nak cari kekuatan, sibuk-sibuk nak tunjuk kuat, sibuk-sibuk yang dengki, sibuk-sibuk yang cemburu, sibuk-sibuk ada rasa benci. Orang kuat nak buat apa nak sibuk-sibuk buat benda tu semua?

6. selamat hari ayah, ayah aku dan ayah kau jugak.

7. tak tau nak tulis ape.

selamat,

13 carutan balas:

reverie 20 Jun 2009 pada 12:21 PTG  

Rata2 orang Malaysia suka cerita yang sensasi. Ini pendapat akulah.

Imah Ims 20 Jun 2009 pada 6:50 PTG  

hai mushi!
bernas oh post kau ni

Kap 20 Jun 2009 pada 8:32 PTG  

3, 5 tersangatlah betulnya..

haus pula..
kopi ais satu ;-)

alefah 20 Jun 2009 pada 9:00 PTG  

aku suka nO.5,mmg betOl,
n slalu jadik camtu.

Org lemah mmg slalu dengki kat y kuat.

837257 20 Jun 2009 pada 9:58 PTG  

hahaha.
spt pribhse mengatekan.

habes madu sepah d buang.

pttnye sepah tuh berbangge kerna madu ade utk dia d buangkan.
bkn snng utk djadikan bhn buangan~

*komen bberbentuk ayt nepal ku lemparkan utkmu kopi~ngeeee.

bekam 21 Jun 2009 pada 5:44 PG  

tulis je pasal pompuan suke cari laki yg suke merempit...aku tunggu n3 tu nnti.

AkuKopiKauSiapa? 21 Jun 2009 pada 9:39 PG  

hani:
habes madu sepah dibuang maksudnya sudah bosan, tak endah lagi.

itu peribahasa ke? bukan perumpamaan?

bukan madu yang buang sepah tu kan? jadi nak buat apa sepah nak berbangga?

aku sedikit keliru.

bekam:
sesetengah perempuan suka lelaki yang merempit sebab itu je yang die jumpe dalam kampung die, kalau tak rempit pasti mat belia.

senang cakap, tiada pilihan.

Lelaki kacak dan bergaya seperti aku dan kau ni mesti tak suka perempuan rempit.

Jadi, mereka terpaksa pilih, "best of the worse"

Sara Z. 22 Jun 2009 pada 6:15 PG  

yes!
no5 itu sgt betul!

phyca antares 22 Jun 2009 pada 11:42 PG  

aq rse mcm xabez je ayt ko tu shizuka..meh aq pandai2 isik tmpt kosong. org lmh slalu dgki kat org kuat yg mnindas org lmh. bls balik arr beb..ad hak pe nk protect diri!! huhu~

Pontianak Degil 23 Jun 2009 pada 11:20 PG  

6. selamat hari ayah, ayah aku dan ayah kau jugak.

Selamat jadi ayah.

AkuKopiKauSiapa? 24 Jun 2009 pada 9:12 PG  

phyca antares:
kalau mcm tu, memang malaysia tak maju la, kalu ditindas perlu dengki ke? huhu.

dua-dua lingkup.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP