24.6.09

ilmu memujuk

mula-mula, esok aku akan tengok transformer, perasaan teruja yang berkobar-kobar, aku dah beli tiket dari rabu lepas lagi. Mana taknya berkobar. Sudahla cuti, dapat gaji esok lagi, tengok transformer lagi, boleh beli-belah lagi. Bapak best!haha

Lama aku tak update blog ni, mungkin kurang idea atau apa, mungkin banyak sangat fikir benda tak penting seperti memikirkan tentang ingin menumbuk orang.

OK,

Teknik memujuk yang bakal aku kongsi ini bukan teknik memujuk yang menggunakan bunga, menyanyi, ataupon membuat lawak bodoh yang tidak kelakar dan hanya menyakitkan hati. Baik,

1. Kunci utama ialah tipu. Jangan terlampau jujur. Cara tipu paling mudah ialah mengaku kesalahan, contoh :

konon kau kantoi kau ada perempuan lain, cuma perlu cakap :

kau : okla, i mengaku la, i memang ada chatting-chatting dengan dia
gadis : dahla, u ni i menyampah la.
kau : alaa...sorila...i chatting je ngan die. bukan i keluar ke tengok wayang ke ape pon..tu pon chat kejap je.

Sorok kesalahan kau dengan mengaku kesalahan yang kecil, ini cara tipu paling bangsat dan sangat mudah. Cara manipulasi ayat yang paling penting sekali.

Kiranya dalam kes tadi, kau dah keluar, tengok wayang dan macam-macam lagilah. Tapi mengaku kesalahan lain yang lebih kecil.

2. Jadi point untuk kesalahan kau sudah lebih kecil berbanding kau keluar dan belanja gadis lain tu shopping. Point untuk kesalahan kau cuma chatting sahaja. Jadi proses memujuk lebih mudah berbanding kantoi kau keluar ngan gadis lain. Senang kan?

3. Ok, kunci kedua ialah bodohkan diri. Teknik mudah ialah cakap dengan serius dan tersalah cakap. Banyak perkataan dalam bahasa melayu ni yang kau boleh tersalah cakap dan menjadi benda-benda yang kelakar. Fikirkan satu. Tapi jangan buat di awal proses memujuk. Gunakan bila agak-agak dah ok. Biar gadis tu gelakkan kau, tak apa. Nanti ok lah.

4. Jangan buat kelakar berasaskan kebodohan perempuan tu. Sangat takkan berjaya.

5. Jangan terlampau mempertahankan diri, sikit-sikit cukup. Lebihkan dekat mengaku salah. Sebab gadis ni cuma mahu rasa menang je. Jadi bagi dia menang. Sudah kasi menang, buat macam kau betul-betul mengaku salah.Tapi ingat, jangan lah semua benda kau tunduk je. Itu bangang bin bahlol namanya.

6. Kunci berikutnya janji. Disebabkan gadis selalunya beremosi, jadi perlulah di balas dengan sesuatu yang perasaan. Bukannya fakta. Jadi janji lah, Janji sahaja macam-macam, takkan buat lagi ke, nak bawak pegi jalan-jalan ke, apa-apa jelah. Cara janji itu penting, tak payah la janji siap angkat tangan sambil tersengih-sengih macam dalam filem melayu. Itu nampak sangat menipu dan jahat. Janji dengan rileks cukup.

7.Janji ini boleh pakai banyak kali, untuk satu kes yang sama kira-kira boleh pakai 5-6 kali jugakla. Tengok cara. Kalau pandai mesti boleh. Tapi nak selamat, janji 2-3 kali sudahla. Lebih-lebih kang kau yang frust nanti.

8. Cara merajuk macam-macam, ada yang membebel, ada yang senyap ada juga yang suka hentak-hentak dan baling barang. Bagi yang kuat membebel, senyap aja. Dengar aja. Bagi dia habis, sudah habis cakap lah sori dan janji.

9. Bagi yang senyap, kau jangan cakap banyak, cakap sikit-sikit, banyakkan sentuhan.

10. Bagi yang hentak-hentak dan baling barang, tinggalkan aja. Perempuan macam tu menyusahkan.

35 carutan balas:

Nelza Rahim 24 Jun 2009 pada 10:14 PG  

haha lama tak jenguk..
benci point number 1..kalau dia dah kantoi habis habisan apa cara paling baik utk pujuk? cite skit..heh :D

Tanpa Nama,  24 Jun 2009 pada 10:43 PG  

kalau kau ade rasa nak tumbuk org,aku memang dah tumbuk 5 org siang td.bengang dgn sorang senior perempuan yg perangai macam bodoh.tak pasal2 kawan aku jadi punching bag.

hasilnya,6 jahitan di buku lali tangan.

bokbon 24 Jun 2009 pada 11:25 PG  

hehehe..nak test la, tengok apa cerita..

Thumbnail 24 Jun 2009 pada 11:47 PG  

jgn jnji kalau kau tak boleh buat
nnt pmpuan cpt rasa muak
once tak pcaya,takkan pcaya smpai bila2
skali dua bole la pcaya

jadi,
entri pakcik akukopi kali ni
mmg nak kena bom satu demi satu point

AkuKopiKauSiapa? 24 Jun 2009 pada 12:05 PTG  

thumbnail:
itu pasal aku ckp kene pandai. pandai janji. pandai tipu.

suehanna 24 Jun 2009 pada 2:36 PTG  

lelaki macam ni patut dump dia dekat lubang yang paling dalam je, that's where they belong.

'Cikgu Padi' 24 Jun 2009 pada 5:03 PTG  

memujuk kekadang kita lihat nampak mudah tapi risikonya sgt tinggi...silap2 pujuk kite yg teruk...fikir2kan

bekam 24 Jun 2009 pada 5:33 PTG  

aku chop no 10 tuuuuu...

Shemmi 24 Jun 2009 pada 7:05 PTG  

aku sokong nomot 3.

perempuan bg aku mmg suke lelaki yg agak2 membodohkn diri didepannya..
(sekadar sedikit melawak bodoh bkn terlalu bodoh)

lizabaik 24 Jun 2009 pada 7:57 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
lizabaik 24 Jun 2009 pada 8:00 PTG  

yg no. 1 n 2 tu bole apply kt boys or sesape gak kot cz aku slalu je buat macam tu...hohohoho

no. 8 n 9 tu sangat2 betul kot.bijak sungguh

demang 24 Jun 2009 pada 10:23 PTG  

lu mmg best
bleh bg cara-cara ngorat paling sempoi?

saje gua nak tau

Kap 24 Jun 2009 pada 10:36 PTG  

no 10 pernah aku alami..
sekarang aku bahagia dgn awek lain..
alhamdulillah..

cik nurulain 24 Jun 2009 pada 11:03 PTG  

kau ni memang melampau la.
tapi xpe la. ko tulis, maybe ko da uji keberkesanan nya.
ada yang masuk perangkap la kut.. haha~

s a L o m a 24 Jun 2009 pada 11:05 PTG  

point 3 4 5 6 7 8 9 telah digunakan oleh abah saya ye..depan mata kepala saya sendiri.dan terbukti SANGAT BERKESAN!!

incik.dah ada gf ka?ehem.

shariena 24 Jun 2009 pada 11:41 PTG  

huhuhu..point 1 tu plg xsuke..dah la kuar dgn org laen, then, tipu plak...


point 9...erm...slalu buat? jadi x??hehehe

[ chentatiku ] 25 Jun 2009 pada 2:38 PG  

perempuan di luar..ni adalah bukti lelaki tak boleh nak caye sgt..ish..korang ni..

Tanpa Nama,  25 Jun 2009 pada 3:41 PG  

cane lak nak pujuk llki yang over sensitive??
bf aku majuk lama btol.. nk clash tanak lak dia...

Tanpa Nama,  25 Jun 2009 pada 5:02 PG  

aku mmg tak pandai memujuk.
skrg da pandai sikit.
terima kasih kopi.
tapi

aku lebih beminat dengan mahu membeli belah dan tgk transfomer y kt atas skali tu..
aku nak pergi tgk mlm ni.
ahaaaaai.

Tanpa Nama,  25 Jun 2009 pada 6:08 PG  

aha
mengajar ajaran sesat nih
yg no 1 tuh,
mnipu dose tau
:P

Cikpuanmuda Juju 25 Jun 2009 pada 8:13 PG  

kopi :
sudah lama tidak mcatat paer2 di sini..huhuhuh..
kalau lelaki yg suka mhentak barang..mbaling barang? patutkah tangan ku ini naek ke mukanya?
hahahahha

hana 25 Jun 2009 pada 10:40 PG  

encik akukopi mmg pandai gle menipu kalau korg nak tau. hahaha. sumpah dia gle genius dlm bab-bab nie. awk boleh jadi tuk guru dah. pembaca, sila lah menuntut. tanye sekali mcm mana nak buat ekspresi muka time nak menipu nnt. haha. sure jadi ohh.
ainisz : xkan msk perangkap nye sbb nant last2 dia mest bgtau sendiri. tuh part yang paling best kan syg. hahaha.

AkuKopiKauSiapa? 25 Jun 2009 pada 11:23 PG  

nur suhana:
haha.

shemmi:
itu cara mudah, tapi betul2 tak boleh silap.

liza:
huhu..memang boleh buat kat sesape pon..tapi lelaki nie lebih suke fakta bagi aku.

demang:
cube baca entri aku "gadis terlampau", "lelaki terlampau, "kalau kau mahu gadis". dalam itu banyak gila aku tulis..teknik pasti jaya.

ainisz:
perangkap?? aku baiklah.

saloma:
haha..bapak ko mmg terer. sy ade gf lah.ehem.

shariena:
dah keluar dgn org lain..mestilah tipu..kalau tak kantoi la nanti.um..selalunya berjaya.

woodstacker:
siapa kata boleh percaya..tapi asal masih percaya?

tanpa nama:
panjang untuk jawab disini..email saja.

pije:
ni aku baru lepas tengok ni kat KLCC. baru balik. Megan fox bapak hot sial!

fafa:
bukan ajaran sesat, cara mahu survive je.

kopi:
jangan lempang..nanti ko kene lempang balik.

hana:
hahaha..sy bukan tipu jahat..sy tipu main-main aja. huhu. ekspressi muka tu perlu keyakinan dan bakat lakonan. haha

semut sesat 25 Jun 2009 pada 7:47 PTG  

Ya ampun..
Sekor lg kaum adam yg patut dapat penumbuk!!

Mami Booluck 25 Jun 2009 pada 8:41 PTG  

akukopi...
knapa perlu menipu utk mnjaga hati??
lama2 akan kantoii jgk..
walaupon sakit baik bercakap benar..tapi tolong janji dgn ikhlas utk tidak buat lagi..
bayangkn kalu lelaki di tmpt pompuan..sama jgk,klu pompuan yg wat hal...
emm..saya kaki merajuk,tapi bukan sengaja merajuk,ada psai la saya merajuk..
(ada ka org mgaku diri sendiri suka wat pasai??)

abconetwothree 26 Jun 2009 pada 2:07 PG  

kalo btul nak jaga hati xyah ah nak de pompuan lain..
ni kire da thp kantoi sbb de pompuan lain..
*tolg jwb bg pihak akukopi*
haha..
tumpang lalu saja..

AkuKopiKauSiapa? 26 Jun 2009 pada 8:59 PG  

semut:
jgn tumbuk aku..aku tak buat..aku ajar je..

boo:
mungkin tahu..mungkin juga tak tahu..kena ambil risiko lah. jangan selalu merajuk. muda-muda adalah orang layan, kalu dah tua nanti, jarang ada lelaki nak ambil tau.

abc:
ye.aku faham. mmgla aku ckp ni cara untuk tipu dan cover balik kalau ada perempuan lain. bukan cara nak jaga hati.

bakrihafizhisham 27 Jun 2009 pada 8:05 PTG  

takanlah gf kau tak baca post2 kau?
maknenye koe nak gtau yang koe bukan lelaki yang buat buat teknik sebegini lah?
hahaha

AkuKopiKauSiapa? 27 Jun 2009 pada 9:09 PTG  

bakri:
gf aku kenal aku. sebelum aku tulis ni pon aku dah pernah ckp dgn die.

kalau aku tak ckp pon aku tau die kenal aku.

cik nurulain 27 Jun 2009 pada 10:38 PTG  

haha~ tabik spring pada gf ko!
tabah sungguh

Tanpa Nama,  28 Jun 2009 pada 2:12 PG  

aku simpati dengan gf kau.

kalau dia perlukan tempat mengadu bagi no phone aku.

haha.

*aku suka idea kau.bernas.

AkuKopiKauSiapa? 28 Jun 2009 pada 3:31 PG  

diloz:
mengadu kebakaran.

ainis:
itu yang buruk, orang suka yang buruk. Yang baik mana mahu tahu.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP