28.6.09

memang dasar anjing


(ini nota traffic engineering aku)

ini cerpen aku yang pertama. ditulis dalam tren tadi dalam kepala semasa pulang dari kerja. Harap ada lagi lepas-lepas ini.

Tajuk ; memang dasar anjing

Hi, nama aku Jesbina Rozak bin Clestine. Aku seekor anjing. Jika kamu pelik bagaimana anjing seperti aku boleh mempunyai nama yang indah iaitu Jesbina Rozak bin Clestine. Itu adalah nama yang aku beri sendiri untuk diri aku.

Aku tinggal di damansara, tempat segala awek-awek belasan tahun yang urban dan lelaki-lelaki lebih sikit umurnya dari awek belasan tahun yang juga urban tinggal. kiranya aku juga urban.

Hari ini kerja, aku seekor mekanik, disebabkan kerja sebagai mekanik tidak akan cukup untuk menampung kos perbelanjaan aku sehari-harian yang duduk di kota ke'urban'an. Aku juga terpaksa bermain bola sepak untuk pasukan Malaysia.

Walaupon bapak aku seorang ahli politik, dia kurang memberi aku wang untuk menanggung perbelanjaan aku sehari-harian di kota penuh urban, damansara. Sibuk dengan anjing-anjing lain katanya. Tidak apalah.

******

Hari ini stesen Masjid Jamek seperti biasa penuh dengan manusia. Beli tiket ke KLCC, sempat aku kerling buah dada akak yang kerja sebagai penjual tiket itu. Sampai terkeluar lidah aku. Air liur pon keluar, aku lap dengan tangan ku sendiri.

Sampai tempat kerja. Oh, bengkel aku betul2 di puncak klcc. Aku membaiki helikopter. Ok, Sampai di tempat kerja aku, ada satu awek yang betul-betul buat aku terpana.

Rambut ikal mayang, hidung mancung, kulit sawo matang, berbuah dada cukup-cukup makan, berpinggang ramping dan berkaki panjang. Nesbani Furtih namanya. Pemandu helikopter kelas M.

Nafsu aku memberontak, tidak boleh tahan. Tanpa sebab yang kukuh aku meluru terus ke arah Nesbani Furtih. Kepala aku seperti sudah masuk angin,

angin,
air,
batu,
api,
nescafe,
puntung rokok yang dibuang anjing lain secara merata-rata

semua sudah masuk dalam kepala aku. Terus aku terkam Nesbani Furtih.

Jesbani Rozak bin Clestine ini memang dasar anjing.

15 carutan balas:

Thumbnail 2009 Jun 28 04:17  

mungkin satu hari akan ada description utk nota trafic kamu!
-_-

shariena 2009 Jun 28 08:50  

anjing pun tgk buah dada?? memg dasar anjing...huhu( erkk kasar je ayat ni..)

tirah watif 2009 Jun 28 11:52  

weh aq paham langsung!!
oh my..
cerpin bersambung2 ker ni?
haaa


*mmg otak suci la aq neh*

AkuKopiKauSiapa? 2009 Jun 29 03:12  

thumbnail:
huhu. aku pon tak tau.

shariena:
manusia pervert pon anjing jugak.

tirah watif:
kau paham lansung??
kalau kau cuba cakap kau tak faham sebenarnya, cuba baca balik, siapa watak-watak yang ada dalam cerita itu.
perangai perangai dalam cerita tu.
itu semua anjing.

isya:
hu?

AkuKopiKauSiapa? 2009 Jun 29 03:13  

tirah watif:
kecuali aku, mekanik, dan budak damansara. huhu

Thumbnail 2009 Jun 29 06:17  

haha
da agak
kau sniri pon xphm
mungkin kau ciplak heading diari kau yg bunga2 tu
:p

AkuKopiKauSiapa? 2009 Jun 29 08:09  

thumbnail:
ciplak?
lain kot

tirah watif 2009 Jun 29 08:14  
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
tirah watif 2009 Jun 29 08:16  

adei penin punya pasal meyh.
dats y ckp 'paham langsung'
wakaka

sorik2.. disini aq amik kesempatan nak pebetulkan balik ayat td

'aq x paham'
;D

---------------------------------
*selepas pembacaan kali ke-2*

oOoOoOo..
weh paham dah
hahaha..

ainisz,  2009 Jun 29 08:40  

cite ni da abes blom? ape lah. kali ke 2 n ketiga nk refer pd si jesbina tuh xyah la tulih nama pnuh...dramatik sgguh lor...

AkuKopiKauSiapa? 2009 Jun 29 08:50  

dah habis. maksud cerita ini ada di komen aku diatas.

dramatik yang kita mahu

rai 2009 Julai 1 04:24  

NAMA-NAMa watak cukup futuristik.
:]

boxx. 2009 September 25 23:43  

'dalam' maksud anjing tuh.

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP