27.6.09

sedikit perkara, mungkin kamu tidak perlu tahu

hi semua, belakangan ni aku jarang sikit update, mungkin aktiviti malam makin bertambah. Disebabkan aku hanya update pada malam hari sahaja dan ini pertama kali aku update di tempat kerja.

Jadi aku listkan beberapa perkara yang aku ingin buat sebelum aku tidak berkesempatan atas apa-apa sebab yang tertentu.

1. Aku ingin menulis buku, mungkin membukukan blog ini, tambah dengan lain-lain penulisan sulit ynag tidak pernah dipublish. Pelbagai betul buah fikir aku memastikan buku ini buku paling bodoh pernah dibaca oleh kamu. Tapi siapa lah yang malang betul mahu terbitkan. haha

2. Aku ingin berbulan madu dengan mengelilingi Malaysia naik kereta haiwan aku tanpa melalui lebuhraya dalam masa mungkin 21 hari kemudian menulis buku berkaitan tentang perjalanan berbulan madu aku. Jadi kalau orang tanya bagaimana bulan madu aku. Aku cuma bagi buku sahaja. Pasti seronok.

3. Merealisasikan segala filem pendek aku yang aku pernah tulis. Tidak mahu berlakon, tidak mahu jadi pengarah. Mahu tengok aja.

4. test drive ferrari.

5 carutan balas:

shariena 28 Jun 2009 pada 12:22 PG  

erk..honeymoon keliling Malaysia naek kreta haiwan anda?? result : all the stories berkisarkan kat dalam kereta tu je la..huhuhuhuhu..try la buat..teringin nk bace..tp xnk beli..hehe

fawzi saat 28 Jun 2009 pada 1:04 PG  

kalau ada org terbitkan pasti ko ada ramai pembaca setia.. dapat duit royalti buku tu buat la filem pendek... fuh masyuk tu....

emma songall 28 Jun 2009 pada 3:01 PG  

LOL
xkan test drive jer kowt?
angkat la satu trus.

cahaya_izzah 28 Jun 2009 pada 4:52 PTG  

Kalu nak bukukan blog neh..bleh..menarik cadangan tuh
kat indon,ramai giler org wat..dan yg pliknya..ramai lak yg beli..heheh..selamat berjaya

AkuKopiKauSiapa? 29 Jun 2009 pada 2:58 PG  

izzah:
kat malaysia pon byk. aku tiru

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP