cara aku tulis
Tadi balik kerja naik tren aku terfikir, dalam bahasa melayu, kata lain bagi melangsaikan janji ialah mengotakan janji. Jadi mengotakan itu datangnya dari kata akar "kota". Mengapa kata nama "kota" itu dikata kerja kan dengan penambahan imbuhan dan menjadi 'mengotakan" dan terus dijadikan sebagai kata untuk menunjukkan perbuatan melangsaikan janji? Mengapa tidak mengkomputerkan janji atau merumahkan janji?
Sifat fizikal kota itu sendiri besar, gah, memerlukan perancangan teliti, keras, teratur dan apa-apa yang baguslah. Kalau tidak mematuhi semua perkara yang aku cakap tadi, itu bukanlah kota yang bagus, jadi sama seperti janji. Janji ini perlu dibuat dengan betul, besungguh kerana sudah diberi harapan.
Itu cuma apa yang aku rasa sahaja, terbuka untuk diskusi.
OK,
Mula-mula, apa yang aku tulis ni bukanlah tips. Tak cukup hebat aku. Ini cuma cara aku tulis sahaja,saja mahu kongsi, kiranya kalau kau suka dengan apa yang aku tulis, mungkin ia boleh digunapakai, kalau tidak suka dan benci cuma perlu lakukan perkara yang berlawan dengan apa yang aku akan tulis, jika rasa biasa ja, tak perlu buat apa-apa, baca sahaja,.
Sebelum ini pon aku bukanlah seorang yang pernah ada diary, ataupon suka main tulis-tulis sangat. Bila ada blog ini baru aku suka tulis dan enjoy. Tapi aku berhajat nak tulis novellah, novel seram dan misteri dengan gaya bahasa yang tak terlampau novel. Macam gaya bahasa sekarang ni. Mungkin cerita aku pasal mimpi tu aku patut kembangkan. huhu
ok,
1. Aku selalu tulis tanpa menggunakan "backspace", aku tulis sahaja, sebab itu aku sellau banyak salah. Aku suka biarkan apa aku tulis sekali dengan apa yang aku fikir.
2. Gaya aku tulis lebih kurang sama macam dengan lenggok bahasa bila aku cakap. Tapi bila aku cakap benda yang serius sahaja lah, kalau cakap benda bodoh dan mengarut takkan aku cakap gaya macam ni. Gila kelakar.
3. Aku fikir isi dalam kepala otak aku sama macam mana aku tulis.
4. Isi pertama dalam entri-entri aku cuba fikir yang bagus-bagus. Dan diakhiri dengna yang bagus-bagus jugak, supaya kau akan terus baca dan akhir nanti kau akan ingat. Tapi selalunya takde benda yang bagus pon dalam apa yang aku tulis, maknanya takde benda yang bagus aku terfikir. haha. tapi terus cuba.
5. Aku tak reti tulis yang macam pendek-pendek tu. Kalau aku bersms pon aku lagi suka penuh-penuh. Tapi nak jimat kredit aku pendekkan sikit-sikit. Dan aku tak reti baca jenis orang yang pelik-pelik dan banyak penggunaan huruf 'w'. Susah nak baca dan susah nak tulis aku rasa.
6. Aku tulis isi dulu last baru tajuk. Sebab tajuk paling susah bagi aku. Diloz pandai tulis tajuk. Tajuk entri dia semua best-best aku rasa.
7. Bagi aku, jangan tulis dengan paksa, jangan terlampau paksa diri. Nanti mengarut-ngarut. Aku kadang-kadang paksa diri sebab geram rase macam nak tulis tapi tak tau nak ulis mende. Jadi macam sial lah. contohnya macam sekarang. haha
8. tulis aja, sukahati. macam bodoh.
dah dah,
ah sial,
10 carutan balas:
Tajuk paling sukar. Setuju. Emosi pun mempengaruhi penulisan, Kau setuju?
tulisan sahaja lah
blog ko.
bab tanak guna backspace tu tak bole blah.
now dah terjawab lah nape byk sgt typo.itu habitnya rupanya.
kau naik tren, tren apa?
pasal susah nak tulis tajuk, betul aku pun alami benda sama.. tak kisah betapa sialnya penulisan kau, tapi sekurang-kurangnya tidak begitu diari sampaikan beli gelang emas sepuloh kilo pun dok cerita dalam blog.. huhu..
kizzy:
star dan putra ke klcc.
ain:
diary pon bes gak ape.
ainis:
ahaha.
fezal:
tapi orang baca.
reverie:
sangat betul. tapi bes kalau tulis byk perasaaan. lepas.
setiap post kau tak letak tajuk pun dah cukup menarik bai.
jujur.itu yang orang suka.
diloz:
tapi nanti orang tak klik.hahaha
boleh ahh gak diary.. tapi jangan over sudah.. maen ngan suami pun dok citer dalam blog.. susah gak beb.. haha..
aku nyampah dengan orang yang mengeja dengan begitu banyak 'w'.'aku sajew jew call ko. ko buat apew'? aduhai..tak comel pun.. buatpe la nak menghabiskan credit..aih..horkeyel
Catat Ulasan