30.6.09

idea tentang spoiler dan lain lain

1. Mula-mula perlu diingatkan aku bukan seorang yang tahu tentang ekonomi. Jadi bagi kamu yang membaca yang sangat hebat tentang ekonomi sila tolong jawab persoalan aku. Sebab malas pula aku mahu cari jawapan dalam buku, sebab aku tak minat ekonomi tapi terfikir sahaja.

ok,

Duit malaysia, iaitu duit kertas kita yang kita pegang atau simpan dalam dompet itu pastinya dikeluarkan oleh bank negara Malaysia bukan? Jadi tak bolehke kalau kerajaan Malaysia ini cop sahaja duit banyak-banyak dan bahagikan kepada orang semua. Kalau begitu takde lah projek yang tergendala atau orang-orang miskin.

Sebagai contoh ada projek pembinaan jambatan, tapi kerajaan tak cukup duit. Jadi buat sahaja duit 5 juta dan buat.

Kira tipu lah, konon malaysia nak beli kapal terbang dari singapura, buat duit 8 juta, pastu beli.

Siapa yang kawal berapa banyak duit boleh buat? tempat buat duit pasti ada pekerjanya kan? Maknanya hari-hari buat duit lah? Jadi asal tak boleh buat duit banyak?

Aku tau soalan aku kelihatan bodoh, tapi aku cuma tertanya-tanya sahaja.



2. Selalunya sebelum kita beli buku kita akan lihat belakngnya bukan? mahu lihat spoiler. Mahu tahu serba sikit jalan cerita. Jadi apa kata buat spoiler yang lebih kurang begini,

" Buku yang sungguh tidak bermakna ini hanya akan membazirkan duit anda sahaja kalau anda membelinya. Penulis buku ini lebih banyak menceritakan tentang dirinya sendiri dari membincangkan hal yang penting. Buku ini sepatutnya dibakar. Tolong jangan beli, tolong jangan baca. Jika anda menjumpai buku ini di kedai buku dan ianya dibalut dengan plastik, pergi minta tolong pekerja bukakan plastik ini dan buka mukasurat 34.

Maaf ayat aku di atas tak menerujakan, tapi apa yang aku mahu cakap ialah spoiler di belakang buku mempunyai ayat yang beritahu konon buku tu tak bagus lansung. Jadi orang macam tertanya-tanya lah konon.

dan tentang mukasurat 34 itu, cadangan aku ialah tidak ada mukasurat 34, kiranya selepas muka surat 33 terus mukasurat 35.

Atau mungkin mukasurat 34 ada di belakang sekali, atau mungkin ada mukasurat 34 tetapi muka surat itu macam dilubangkan ditengah tengah ataupun di perkataan-perkataan tertentu yang akan membuatkan pembaca teka sendiri apa perkataan yang paling sesuai letak kat situ.

konon nak tunjuk nampak peliklah.

bodoh je..



Read more...

hari ini 27 : tamat

1. Maka hari ini tamatlah aku kerja. Sudah nak masuk UIA balik. Bapak malas.

2. Aku batalkan sambungan lelaki miang kerana sudah banyak komplen tentang aku asyik tulis pasal isu lelaki dan perempuan, dari budak tempat kerja aku, dari akak aku sendiri dan malam ini dari Yuraku. Jadi kalau ada antara kamu mahu tanya pasal isu itu, anda bebas untuk email aku dan tanya. walaupun aku sudah janji. sila baca tentang janji disini. KLIK

3. Hari ini aku demam, selsema, pening kepala dan batuk-batuk, dari kelmarin. pergi klinik. Doktor cakap kalau sampai esok aku demam perlu buat ujian takut selsema babi. Abih tu malam ni aku demam lagi, esok kalau demam gak cuak la. Siut.

4. Aku sudah tulis cerpen, puisi, skrip filem, isu lelaki dan perempuan, isu-isu manusia urban, mungkin tentang sedikit ilmiah, tentang setiap hari aku, gambar-gambar, idea-idea bodoh. Dan aku sedar sebenarnya aku menulis tak sampai setahun lagi. Dan sekarang aku sudah tiada idea. Aku kagum orang tulis 3-4 tahun sentiasa ada idea. hebat betul.

5. Malangnya aku tak suka politik, (sila baca "memang dasar anjing") dan kurang arif tentang agama, kalau cakap takut salah. Nanti kang ada orang ikut ajaran sesat, aku jugak yang dosa.

6. apa-apa, jangan paksa diri.

7. Terima kasih.

8. Maaf.



Read more...

29.6.09

Mari atasi lelaki miang

hi,

Aku percaya ramai gadis-gadis yang baca blog ini selalu dikacau lelaki miang. Dan aku sangat benci lelaki miang, jadi mari aku berkongsi sesuatu supaya kau semua selamat dari gangguan lelaki miang. Teknik yang bakal aku kongsi ini bukannya cara untuk atasi bila lelaki itu sudah miang, ini teknik untuk menutup segala peluang yang mungkin supaya lelaki tidak miang.

kita mula dengan pengkategorian lelaki dalam kolum nafsu.oh, dan aku tak cakap pasal perogol disini, itu bukan lelaki, itu binatang.

OK,

1. Terang-terangan. Lelaki seperti ini adalah jenis direct. Bila miang sudah satu badan, diorang akan terus buat. Ini jenis lelaki yang suka pegang-pegang. Teknik ini digunapakai oleh lelaki jenis ini dengan harapan satu kepala zakar yang perempuan itu akan layan balik.

Jadi cara atasinya mudah aja, tidak perlu naik tangan. Sebab takut kadang-kadang ada lelaki yang lebih suka perempuan jenis kasar-kasar, bahaya.

Gunakan ayat yang kasar seperti "kau pasal ni?!" ekspresi muka adalah sangat penting. Tunjuk muka marah dan benci dan meluat.

ok, ini mudah, semua orang pon tahu.

2. Sayang-menyayang. Kalau cara yang pertama gagal. Selalunya akan ke teknik sayang menyayang ini. Teknik ini mudah dikesan sebenarnya dan aku perasan ramai gadis tertipu dengan cara ini.

Mula-mula perlu lihat cara lelaki itu cakap konon-konon sayang(fuck. aku benci ayat ni), Selalunya yang tipu dan lelaki miang sebenarnya adalah yang jenis tergesa-gesa. Tidak semena-mena sudah jatuh cinta. Tiba-tiba aja. Baru kenal seminggu sudah cakap jatuh hati. Selalunya, ini dia nak sesuatu yang tak baik dari kau. Jadi gadis-gadis jenis bodoh-bodoh ini percaya sajalah, suka lah konon apalah. Kena puji sikit-sikit..Habis...

Jadi cara atasinya adalah guna ayat-ayat sahaja.

elakkan guna ayat :

"kita kan baru kenal seminggu"
sebab ini bagi dia harapan. Maknanya kalau lama sikit mungkin boleh.

"haa? u ni jangan nak main-mainlah"
cakap macam ni? tengok ayat lepastuyang akan keluar. konfom cair.

guna ayat tidak berminat. contoh

"isyh...tanak...dan takkan"
ini maksudnya jelas, makan dalam dan kejam. sesuai untuk lelaki bangsat begini.

"haa...sorilah.."
boleh cakap dengan lemah lembut, ini bagi gadis yang bersifat lemah lembut boleh guna ayat ni. cuba buat mesej yang kau memang tanak lansung dengan orang macam tu.

Yang paling penting ialah mesej yang ingin disampaikan ialah tak mahu dengan lelaki tu. Jangan kasi ayat yang berunsur harapan. Tutup segala peluang.


ok, banyak lagi, tapi terlampau panjang takut kamu semua bosan, jadi aku sambung esok hari ya.



Read more...

28.6.09

memang dasar anjing


(ini nota traffic engineering aku)

ini cerpen aku yang pertama. ditulis dalam tren tadi dalam kepala semasa pulang dari kerja. Harap ada lagi lepas-lepas ini.

Tajuk ; memang dasar anjing

Hi, nama aku Jesbina Rozak bin Clestine. Aku seekor anjing. Jika kamu pelik bagaimana anjing seperti aku boleh mempunyai nama yang indah iaitu Jesbina Rozak bin Clestine. Itu adalah nama yang aku beri sendiri untuk diri aku.

Aku tinggal di damansara, tempat segala awek-awek belasan tahun yang urban dan lelaki-lelaki lebih sikit umurnya dari awek belasan tahun yang juga urban tinggal. kiranya aku juga urban.

Hari ini kerja, aku seekor mekanik, disebabkan kerja sebagai mekanik tidak akan cukup untuk menampung kos perbelanjaan aku sehari-harian yang duduk di kota ke'urban'an. Aku juga terpaksa bermain bola sepak untuk pasukan Malaysia.

Walaupon bapak aku seorang ahli politik, dia kurang memberi aku wang untuk menanggung perbelanjaan aku sehari-harian di kota penuh urban, damansara. Sibuk dengan anjing-anjing lain katanya. Tidak apalah.

******

Hari ini stesen Masjid Jamek seperti biasa penuh dengan manusia. Beli tiket ke KLCC, sempat aku kerling buah dada akak yang kerja sebagai penjual tiket itu. Sampai terkeluar lidah aku. Air liur pon keluar, aku lap dengan tangan ku sendiri.

Sampai tempat kerja. Oh, bengkel aku betul2 di puncak klcc. Aku membaiki helikopter. Ok, Sampai di tempat kerja aku, ada satu awek yang betul-betul buat aku terpana.

Rambut ikal mayang, hidung mancung, kulit sawo matang, berbuah dada cukup-cukup makan, berpinggang ramping dan berkaki panjang. Nesbani Furtih namanya. Pemandu helikopter kelas M.

Nafsu aku memberontak, tidak boleh tahan. Tanpa sebab yang kukuh aku meluru terus ke arah Nesbani Furtih. Kepala aku seperti sudah masuk angin,

angin,
air,
batu,
api,
nescafe,
puntung rokok yang dibuang anjing lain secara merata-rata

semua sudah masuk dalam kepala aku. Terus aku terkam Nesbani Furtih.

Jesbani Rozak bin Clestine ini memang dasar anjing.



Read more...

27.6.09

sedikit perkara, mungkin kamu tidak perlu tahu

hi semua, belakangan ni aku jarang sikit update, mungkin aktiviti malam makin bertambah. Disebabkan aku hanya update pada malam hari sahaja dan ini pertama kali aku update di tempat kerja.

Jadi aku listkan beberapa perkara yang aku ingin buat sebelum aku tidak berkesempatan atas apa-apa sebab yang tertentu.

1. Aku ingin menulis buku, mungkin membukukan blog ini, tambah dengan lain-lain penulisan sulit ynag tidak pernah dipublish. Pelbagai betul buah fikir aku memastikan buku ini buku paling bodoh pernah dibaca oleh kamu. Tapi siapa lah yang malang betul mahu terbitkan. haha

2. Aku ingin berbulan madu dengan mengelilingi Malaysia naik kereta haiwan aku tanpa melalui lebuhraya dalam masa mungkin 21 hari kemudian menulis buku berkaitan tentang perjalanan berbulan madu aku. Jadi kalau orang tanya bagaimana bulan madu aku. Aku cuma bagi buku sahaja. Pasti seronok.

3. Merealisasikan segala filem pendek aku yang aku pernah tulis. Tidak mahu berlakon, tidak mahu jadi pengarah. Mahu tengok aja.

4. test drive ferrari.



Read more...

24.6.09

ilmu memujuk

mula-mula, esok aku akan tengok transformer, perasaan teruja yang berkobar-kobar, aku dah beli tiket dari rabu lepas lagi. Mana taknya berkobar. Sudahla cuti, dapat gaji esok lagi, tengok transformer lagi, boleh beli-belah lagi. Bapak best!haha

Lama aku tak update blog ni, mungkin kurang idea atau apa, mungkin banyak sangat fikir benda tak penting seperti memikirkan tentang ingin menumbuk orang.

OK,

Teknik memujuk yang bakal aku kongsi ini bukan teknik memujuk yang menggunakan bunga, menyanyi, ataupon membuat lawak bodoh yang tidak kelakar dan hanya menyakitkan hati. Baik,

1. Kunci utama ialah tipu. Jangan terlampau jujur. Cara tipu paling mudah ialah mengaku kesalahan, contoh :

konon kau kantoi kau ada perempuan lain, cuma perlu cakap :

kau : okla, i mengaku la, i memang ada chatting-chatting dengan dia
gadis : dahla, u ni i menyampah la.
kau : alaa...sorila...i chatting je ngan die. bukan i keluar ke tengok wayang ke ape pon..tu pon chat kejap je.

Sorok kesalahan kau dengan mengaku kesalahan yang kecil, ini cara tipu paling bangsat dan sangat mudah. Cara manipulasi ayat yang paling penting sekali.

Kiranya dalam kes tadi, kau dah keluar, tengok wayang dan macam-macam lagilah. Tapi mengaku kesalahan lain yang lebih kecil.

2. Jadi point untuk kesalahan kau sudah lebih kecil berbanding kau keluar dan belanja gadis lain tu shopping. Point untuk kesalahan kau cuma chatting sahaja. Jadi proses memujuk lebih mudah berbanding kantoi kau keluar ngan gadis lain. Senang kan?

3. Ok, kunci kedua ialah bodohkan diri. Teknik mudah ialah cakap dengan serius dan tersalah cakap. Banyak perkataan dalam bahasa melayu ni yang kau boleh tersalah cakap dan menjadi benda-benda yang kelakar. Fikirkan satu. Tapi jangan buat di awal proses memujuk. Gunakan bila agak-agak dah ok. Biar gadis tu gelakkan kau, tak apa. Nanti ok lah.

4. Jangan buat kelakar berasaskan kebodohan perempuan tu. Sangat takkan berjaya.

5. Jangan terlampau mempertahankan diri, sikit-sikit cukup. Lebihkan dekat mengaku salah. Sebab gadis ni cuma mahu rasa menang je. Jadi bagi dia menang. Sudah kasi menang, buat macam kau betul-betul mengaku salah.Tapi ingat, jangan lah semua benda kau tunduk je. Itu bangang bin bahlol namanya.

6. Kunci berikutnya janji. Disebabkan gadis selalunya beremosi, jadi perlulah di balas dengan sesuatu yang perasaan. Bukannya fakta. Jadi janji lah, Janji sahaja macam-macam, takkan buat lagi ke, nak bawak pegi jalan-jalan ke, apa-apa jelah. Cara janji itu penting, tak payah la janji siap angkat tangan sambil tersengih-sengih macam dalam filem melayu. Itu nampak sangat menipu dan jahat. Janji dengan rileks cukup.

7.Janji ini boleh pakai banyak kali, untuk satu kes yang sama kira-kira boleh pakai 5-6 kali jugakla. Tengok cara. Kalau pandai mesti boleh. Tapi nak selamat, janji 2-3 kali sudahla. Lebih-lebih kang kau yang frust nanti.

8. Cara merajuk macam-macam, ada yang membebel, ada yang senyap ada juga yang suka hentak-hentak dan baling barang. Bagi yang kuat membebel, senyap aja. Dengar aja. Bagi dia habis, sudah habis cakap lah sori dan janji.

9. Bagi yang senyap, kau jangan cakap banyak, cakap sikit-sikit, banyakkan sentuhan.

10. Bagi yang hentak-hentak dan baling barang, tinggalkan aja. Perempuan macam tu menyusahkan.



Read more...

20.6.09

hari ini 26:Tentang peribahasa dan lain-lain

1. seronok aku tulis pasal hari ini. Selalunya jujur, dan betul-betul.

2. Semuanya berkaitan pilihan, setiap apa yang kau pilih, tidak kira apa, akan banyak perkara berubah. Mungkin bagus, mungkin tidak kena.

3. Cuma jangan cakap pasal aku, kalau tidak cukup kenal aku. Kalau bukan dalam cerita aku, kalau setakat tengok. Dan jangan mudah percaya cerita orang. Cerita orang bersambung-sambung. Sambungannya sentiasa berlainan. Banyak versi. Versi paling buruk, itu yang orang suka.

4. ada peribahasa, "takkan lari gunung dikejar, nampak kabus timbullah ia". Tapi kalau kabusnya tidak hilang-hilang macam mana? atau mungkin tiada gunung pun disebalik kabus tu, atau mungkin gunung terlampau jauh sampai tak sempat nak kejar? macam mana?

5. Orang lemah saja yang sibuk-sibuk nak cari kekuatan, sibuk-sibuk nak tunjuk kuat, sibuk-sibuk yang dengki, sibuk-sibuk yang cemburu, sibuk-sibuk ada rasa benci. Orang kuat nak buat apa nak sibuk-sibuk buat benda tu semua?

6. selamat hari ayah, ayah aku dan ayah kau jugak.

7. tak tau nak tulis ape.

selamat,



Read more...

18.6.09

Penyakit terlampau bijak



(gambar sumpah takde kene mengene lansung)

Dah lame tak update blog, terasa lama pula. Dan lama jugak aku tak tulis sesuatu dalam "siri motivasi". Mugnkin belakangan ni kehabisan idea, tak tau apesal.

aku tak kesah sebenarnya jika kamu ingin hantar email dan bertanya apa sahaja ataupun ingin bertanya pendapat aku, malah aku suka, cuma janganlah email nak berkenalan. Tanyalah apa-apa soalan, tanya sahaja.

Beberapa email aku dapat tanye pasal nak tackle awek la, boyfren lari la, pasal lelaki la. Seronok jawab sebenarnya. Jadi tanya aja, tak semstinya pasal isu lelaki dan perempuan.

ok,habis cerita

dari dalam tren tadi ditulis menggunakan handphone supaya tidak terlupa, jadi, ini nasihat dari pakcik akukopi, ehem ehem..

1. Kita selalunya dinilai bukan dengan apa yang kita buat, tapi dengan cara kita buat.

2. Penyakit bila terlampau bijak ialah menjadi semakin bodoh, ubatnya cuma perasaan rendah diri.

3. ego lelaki dengna perempuan bukan datang dari sifat lelaki tu sendiri, tapi disebabkan perempuan yang terlampau tunduk , dan sebaliknya. Paling baik ialah dengan melengkapi.

4. Untuk apa saja tujuan kau beratur, tak kira dimana, cuma jangan beratur di belakang orang Arab.

5. Aku tak faham apasal air-cond mesti sejuk. Tak boleh ke ia sekadar menghilangkan rasa panas berbanding sejuk menggigil-gigil?

6. Benda paling buruk masa perempuan duduk atas kerusi ialah tidak kepitkan kaki.

7. Kalau band yang ahlinya semua perempuan menyanyi lagu pop pasti ada sekurang-kurang satu lagu tentang kekuatan mereka berbanding lelaki, tapi band lelaki paling pop dan gay gila babi pon takkan buat lagu pasal kekuatan mereka berbanding orang perempuan. Sebab apa?



Read more...

15.6.09

entri cover kebencian

aku benci entri bawah ni. aku cover dengan video youtube.

zassss...............................




Read more...

12.6.09

geng budak-budak seluar dalam

Maaf, tajuk diatas tiada kena mengena, cuma aku suka bunyik die. Macam geng bus sekolah la. Tapi yang ini semua pakai seluar dalam dan orang jahat tidak pakai seluar dalam.

ok,

Sekarang aku tengok banyak iklan kemasyarakatanlah, macam kaum bersatulah, membacalah, hormat orang tua la, macam-macam la,, Jadi aku pon nak jugak cuba fikir idea untuk iklan.

Jadi tadi seperti biasa dalam tren aku terdapat idea lagi.

Mula-mula,

Babak pertama

Tunjuk luar rumah, pagi pagi subuh, nampak lampu bilik dipasang(pandangan dari luar rumah)

Seorang perempuan mengandung sedang tengok cermin dekat rumah, cermin panjang, perempuan tu tengok sisi kanan, sisi kiri, pegang-pegang perut dia, lepas tu senyum. Sudha siap nak pergi kerja.

Babak kedua

Tunjuk dalam tren, ramai orang, perempuan mengandung berdiri, buat muka kesian. Ada orang yang duduk buat-buat tak nampak, ada yang pandang buat tak tau. Tiba-tiba ada lelaki agak tua berdiri dan bagi perempuan tu duduk. Perempuan mengandung tu senyum dan duduk dan cakap terima kasih.

Lelaki agak tua tu senyum bangga.

Babak tiga

Di tempat kerja, lif ramai orang, semua orang perlu beratur sebab ada dua lif sahaja. Betul-betul sampai giliran perempuan mengandung lif sudah penuh. Perempuan mengandung buat muka kesian lagi, ada yang buat tak tahu ada yang buat-buat tak nampak. Kemudian ada budak muda keluar dari lif dan kasi perempuan tu masuk sebab tak nak perempuan mengandung tunggu lama. Penat.

Babak empat

Perempuan mengandung marah-marah dan beremosi. Semua orang buat-buat paham. Tunjuk muka-muka pekerja wanita muda macam mengumpat-ngumpat. Yang lelaki malas nak layan. Semua konon-konon faham. Sebab perempuan tu mengandung. Emosi sikit tak stabil.

Perempuan mengandung bebel sorang-sorang.

Babak lima

Perempuan mengandung balik kerja, sudah sampai rumah. Dia tengok-tengok cermin lagi. tengok sisi kiri, tengok sisi kanan.

dia pegang-pegang perut dia.

Kemudian dia angkat kain baju mengandung dia.

lepastu keluarkan bantal yang digunakan sebagai penyamaran menjadi perempuan mengandung. dan senyum.

keluar mesej, "Orang Malaysia semua baik hati, cuma jangan ambil kesempatan"

-tamat-



Read more...

10.6.09

Hari ini 25 : Gambar-gambar tadi

Tadi pegi jalan-jalan, dengan Nabila Farhana, makan-makan ternampak Wen. Tegur-tegur kejap pegi jalan-jalan lagi.

Rasa macam lama gile tak jalan-jalan ambil gambar, so ini sikit-sikit. gambar lain censored. ahaha.


Ini Nabila Farhana. dia baik.



ini hafiz, dia cakap dia mahu jadi cowboy.



Hisap rokok jenama Winston kerana mahu save duit.


Ini kasut banyak besar ni siapa punya daa.......


lu betul-betul manyak cilaka punya kasut.



Read more...

9.6.09

Hari ini 24 : kebodohan emosi perempuan

salam,

1. esok penulis cuti, penulis bercadang mahu keluar jalan-jalan. Mungkin ke pavilion atau One Utama. Macam mahu beli kasut. Tapi tengok dululah macam mana.

2. Penulis seorang yang selalunya tidak berduit dan merupakan seorang yang boros berbelanja. Baru awal bulan sudah tak sabar mahu dapat gaji lagi. haha

3. Bagi penulis, perempuan paling bodoh masa dia sedang beremosi. Kebodohannya tidak dapat dikawal sehingga lebih bodoh dari tahap budak darjah satu.

4. Lelaki pula bodoh semasa dia bernafsu. Paling bodoh.

5. Kalau mendengar nasihat dari orang dari dalam penjara, tidak semestinya yang dengar itu akan masuk penjara jugak.

6. Emosi dan nafsu makan diri, sebab masa itu kita paling bodoh. Kurang fikir, cetek akal. Susah mahu kawal, sebab nafsu dan emosi bukan kita yang panggil dan wujudkan dalam diri. Selalunya disebabkan orang lain.

7. Penulis nak carik full bucket seat, Recaro ke Bride ke nak modified jadi kerusi duduk depan komputer la. Ada sesape nak jual tak? sebelah je.....

8. selamat,



Read more...

8.6.09

cara aku tulis

Tadi balik kerja naik tren aku terfikir, dalam bahasa melayu, kata lain bagi melangsaikan janji ialah mengotakan janji. Jadi mengotakan itu datangnya dari kata akar "kota". Mengapa kata nama "kota" itu dikata kerja kan dengan penambahan imbuhan dan menjadi 'mengotakan" dan terus dijadikan sebagai kata untuk menunjukkan perbuatan melangsaikan janji? Mengapa tidak mengkomputerkan janji atau merumahkan janji?

Sifat fizikal kota itu sendiri besar, gah, memerlukan perancangan teliti, keras, teratur dan apa-apa yang baguslah. Kalau tidak mematuhi semua perkara yang aku cakap tadi, itu bukanlah kota yang bagus, jadi sama seperti janji. Janji ini perlu dibuat dengan betul, besungguh kerana sudah diberi harapan.

Itu cuma apa yang aku rasa sahaja, terbuka untuk diskusi.

OK,

Mula-mula, apa yang aku tulis ni bukanlah tips. Tak cukup hebat aku. Ini cuma cara aku tulis sahaja,saja mahu kongsi, kiranya kalau kau suka dengan apa yang aku tulis, mungkin ia boleh digunapakai, kalau tidak suka dan benci cuma perlu lakukan perkara yang berlawan dengan apa yang aku akan tulis, jika rasa biasa ja, tak perlu buat apa-apa, baca sahaja,.

Sebelum ini pon aku bukanlah seorang yang pernah ada diary, ataupon suka main tulis-tulis sangat. Bila ada blog ini baru aku suka tulis dan enjoy. Tapi aku berhajat nak tulis novellah, novel seram dan misteri dengan gaya bahasa yang tak terlampau novel. Macam gaya bahasa sekarang ni. Mungkin cerita aku pasal mimpi tu aku patut kembangkan. huhu

ok,

1. Aku selalu tulis tanpa menggunakan "backspace", aku tulis sahaja, sebab itu aku sellau banyak salah. Aku suka biarkan apa aku tulis sekali dengan apa yang aku fikir.

2. Gaya aku tulis lebih kurang sama macam dengan lenggok bahasa bila aku cakap. Tapi bila aku cakap benda yang serius sahaja lah, kalau cakap benda bodoh dan mengarut takkan aku cakap gaya macam ni. Gila kelakar.

3. Aku fikir isi dalam kepala otak aku sama macam mana aku tulis.

4. Isi pertama dalam entri-entri aku cuba fikir yang bagus-bagus. Dan diakhiri dengna yang bagus-bagus jugak, supaya kau akan terus baca dan akhir nanti kau akan ingat. Tapi selalunya takde benda yang bagus pon dalam apa yang aku tulis, maknanya takde benda yang bagus aku terfikir. haha. tapi terus cuba.

5. Aku tak reti tulis yang macam pendek-pendek tu. Kalau aku bersms pon aku lagi suka penuh-penuh. Tapi nak jimat kredit aku pendekkan sikit-sikit. Dan aku tak reti baca jenis orang yang pelik-pelik dan banyak penggunaan huruf 'w'. Susah nak baca dan susah nak tulis aku rasa.

6. Aku tulis isi dulu last baru tajuk. Sebab tajuk paling susah bagi aku. Diloz pandai tulis tajuk. Tajuk entri dia semua best-best aku rasa.

7. Bagi aku, jangan tulis dengan paksa, jangan terlampau paksa diri. Nanti mengarut-ngarut. Aku kadang-kadang paksa diri sebab geram rase macam nak tulis tapi tak tau nak ulis mende. Jadi macam sial lah. contohnya macam sekarang. haha

8. tulis aja, sukahati. macam bodoh.

dah dah,

ah sial,



Read more...

7.6.09

antara tajuk yang telah ditulis

aku sudah menulis beberapa entri yang kesemuanya aku delete. Aku delete sebab isinya tak berkesan lansung dan menyakitkan hati aku bila baca balik. Jadi atas kebodohan aku yang tidak mempunyai sebab khusus, aku tulis entri berisikan apa tajuk yang telah aku tulis dan aku buang.

aih,

1. Bagaimana muka stok bini?

2. Cara bercakap

3. Bagaimana aku menulis?

4. jessica biel hot gile!

5. Perkara-perkara yang aku tak faham

Sekarang cuba kamu pilih nak tajuk yang mana?



Read more...

4.6.09

penyelesaian bagi hidup dalam mimpi

salam dan hi untuk semua pembaca. Ini bukanlah skrip sepenuhnya untuk cerita pendek aku. Ini lebih kurang konsep sahaja, bak kata reverie, dari pepatah cina, seburuk-buruk tulisan adalah lebih baik dari sebaik-baik ingatan, Jadi baik aku tulis sahaja.

Jadi begini konsep ceritanya,

Ceritanya pasal ada satu mamat ni, jadi aku beri nama dia Saiful sahaja. Kalau aku beri nama Kordi atau Masvani atau Apricitukali terlampau pelik pula. Jadi aku beri nama Saiful.

Saiful ada awek, aku kasi nama Nabila Farhana.

Nabila Farhana merupakan pekerja kilang yang biasa, jadi kerana ini konsep sahaja, nak dijadikan cerita Nabila Farhana telah diculik. Ke tempat yang sangat misteri, sangat tak tahu dan sangat pelik, seperti alam lain. (babak ini lebih menunjukkan kepelikan tempat Nabila Farhana diculik, dan kemisterian tempat itu)

babak Saiful,

Saiful telefon-telefon Nabila Farhana tak angkat. Hanya keluar suara pelik-pelik sahaja. Saiful sudah gelisahlah. Tanya-tanya kawan-kawan dia semua tak tau. Penat Saiful carik Nabila Farhana.

Malam itu Saiful baring-baring atas katil, tangan letak kat kepala fikir mana pergi ini Nabila Farhana yang comel itu. Samapi pukul 4 pagi saiful tak tido lagi. Rokok 4 kotak sudah habis. samapi duit Saiful dah habis, saiful beli rokok Saat untuk rokok yang terakhir. Maklumlah, pukul 4 pagi ATM dah tutup. Itupon Saiful terpaksa curi duit syiling mak dia atas peti ais.

Habis kotak rokok terakhir Saiful tertido, tak tahan mengantuk lagi. Dalam tido Saiful mimpi, mimpinya agak misteri. Sebab ini konsep sahaja, senang cerita mimpinya macam bagi klue yang membuatkan penonton perlu berfikir apakah maksud bagi mimpi Saiful.

Kiranya, aku nak dalam cerita aku ini, penonton atau pembaca cerita aku ini akan teruja dan memikirkan klue-klue yang Saiful dapat dalam mimpi. Supaya teruja, Saiful akan sengaja salah dalam menafsirkan klue-klue dalam mimpinya. Supaya penonton akan cakap,bodoh punya lelaki!".

ok, mimpi Saiful ini akan bersambung-sambung, klue-klue dalam mimpinya adalah teka-teki yang pelik dalam proses mencari penculik. Maknanya, Saiful perlu selesaikan klue-klue yang pelik dalam mimpinya dan perlu menyelesaikan dalam kehidupan yang betul.

Sementara Saiful carik, akan tunjuk babak-babak bagi Nabila Farhana, bagi scene Nabila Farhana, Nabila Farhana sendiri tak tau dimanakah dia atau siapakah yang menculik dia. Dia tau dia duduk serumah dengan penculik itu, tapi dia tak boleh keluar, dan dia tak pernah tengok muka penculik itu dengan jelas,mungkin hanya nampak belakang penculik itu sahaja, nampak kaki, dengar bunyi sahaja. Bukan sahaja penonton tak tau siapa yang culik, Nabila Farhana sendiri pon tak tau.(bagi sesiapa yang mungkin cuba meneka penghabisan cerita ini ialah penculik itu ialah Saiful sendiri. Anda silap, teruskan baca sahaja)

Jadi nak pendekkan cerita kerana ini konsep sahaja, bukan cerita yang betul,

Saiful sudah hampir dengan penculik itu, dia dapat rasakan klue-klua dalam mimpinya sudah hampir membawa kepada penculik. Sebelum tidur Saiful harap kali ini klue-klue akan terus membawa kepada penculik.

Saiful isap rokok lagi, malam itu dia betul-betul ingin bersedia,

Mimpinya kali ni lain, tidak lagi pelik-pelik, kelihatan agak jelas, macam real lah senang cakap.

Dalam hutan, Saiful jalan-jalan, sampai satu rumah, dia masuk, nampak bayang-bayang, Saiful intai-intai ikut tingkap nampak macam belakang Nabila Farhana. Tiba-tiba pandangan Saiful ditutup dengan belakang penculik itu. Nampak penculik itu pegang belakang Nabila Farhana, Nabila Farhana pula macam layan stim saja.

Saiful sudah panas, terus dia rempuh pintu. Nampak terang terus muka penculik itu. Mukanya lain, tidak macam biasa. Mungkin mahu senang cakap macam muka makhluk-makhluk dalam filem "The hills have eyes". Orang yang saiful ingat Nabila Farhana itu tadi bukan Nabila Farhana sebenarnya. Kedua-dua makhluk itu senyum, nampak gigi-gigi hitam, memang takutlah senang cakap.

Saiful sudah menggigil, dia sudah kena tangkap, sudah masuk perangkap makhluk itu. Saiful sudah tak tahu nak buat apa. Saiful sudah terperangkap dalam mimpi. Nak pendekkan cerita kasi senang, Saiful kena tangkap oleh makhluk pelik itu dan terperangkap dalam mimpi sendiri.

Didunia luar,

Saiful terus tidur selama-lamanya.

-tammat-

p/s: maaf, aku memang suka endingkan cerita dengan sesuatu yang mengecewakan

p/s kedua: aku perlu pikirkan sesuatu yang misteri dalam klue-klue yang Saiful terima dan bagaimana untuk membuat penonton atau pembaca teruja.

tak apa kalau malas baca, ini aku tulis supaya aku ingat je. huhu.



Read more...

2.6.09

jangan usha kalau gay

maaf kalau tajuknya agak mengecewakan.cuma jualan kasut saja. Siapa mahu beli boleh email aku, COD boleh, post pon boleh. Ini kasut vans high cut, pastinya original.

cantik pakai dengan seluar slim cut. kalau hensem, berbogel sambil pakai kasut ni pon orang tak pandang muka atau kemaluan anda, pandang kasut sahaja.


SIZE 7 US, 6 UK.
RM130, pastinya boleh nego tipis.







Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP