4.4.09

Mengapa tidak diguna kekuatan yang ada?

Mengapa tidak digunakan kekuatan yang ada?

Potensi ialah sesuatu yang boleh menjadi kekuatan bila dimanipulasikan dengan betul. Bila cara manipulasinya salah, akan wujud ketidak seimbangan. Cara manipulasi yang salah terjadi bila mendapat pengaruh dari luar atau pun mengikut trend perkembangan yang sedia ada untuk memenuhi permintaan semasa.

Melayu ialah suatu bangsa yang bagi aku berseni, lembut, bergerak perlahan dan nyaman. NEgara kita cuba mengikut perkembangan yang bukan sifat majoriti orang di negara ini. Bagaimana jika jadikan negara ini negara yang perlahan?

Jangan salah sangka aku ingin Malaysia tidak berkembang, tapi bagaimana ya kalau jadi?

Bagaimana jika negara ini, negara Malaysia ini negara yang nyaman, tidak terpengaruh dengan luar, tidak mengejar pembangunan, tidak hirau tentang bangunan tinggi-tinggi, asalkan penduduknya cukup makan, dan sihat. Tenang dan tidak gilakan kuasa, wang.

Bagaimana jika Malaysia ini, satu malaysia ini seperti kampung-kampung yang tenang? makanannya semua dari hasil cucuk tanam sendiri, rumah-rumahnya dari kayu, masyarakatnya sentiasa senyum, sekitarnya bersih, pagi-pagi hirup udara segar, jalannya walau tidak bertar, tapi sudah cukup jalan kaki dengan pokok-pokok bagi redup.

Orang mahu datang malaysia bukan macam negara kotor, bukan kampung kotor yang kolot, tapi kampung yang betul-betul kampung yang segar, hijau.

Aku tak rasa ini akan jadi, sbb kalau tak mungkin orang di Malaysia ini mati semuanya kerana dijajah.

13 carutan balas:

AzySyh 4 April 2009 pada 9:51 PTG  

aku suka Malaysia yang kau nyatakan tu. Aman Damai Harmoni Tenteram. Aku lagi suka kalau Malaysia bukan bersifat nak bersaing bangunan siapa lagi tinggi, hiburan siapa lagi mengkhayalkan. Tapi cukup dengan bersaing negara mana lagi aman dan damai, rakyat bersatu padu, udara segar setiap saat. (aa aku dah mula rasa Malaysia yang ini sangat indah untuk di diami :D )

Mungkin kita kena kemukakan rancangan Malaysia Damai ni dekat Najib. :)

Kita masih belum terlambat untuk menghasilkan Malaysia baru kan.

feeza.yusoff 5 April 2009 pada 12:15 PG  

aku suka dunia yang macam tu. cuma pada aku sifat bersaing itu harus wujud jugak, tapi pastilah persaingan yang sihat. lagipun, orang kita sekarang selalu tekankan persaingan sesama sendiri, cukup puas bila menang sesama sendiri. aku rasa memang perlu pandang ke depan, identiti, ideologi sesebuah negara itu sendiri perlu diambilkira. ini persaingan dunia moden, bersaing itu tidak semestinya kena berada dalam satu track lumba yang sama, bermula pada masa yang sama. dunia, negara impian akan wujud, jika memenuhi spesifikasi rakyat itu sendiri bukan? abstrak pemikiran individu, rawak, nak jadikan satu rumpun pemikiran susah.

lagipun, aku rasa kita perlu naik, jangan di takuk lama. kalau bukan visual yang kita mahu capai, biar ekstrak dalam yang jadi indikatur. ayat mudah, baca al- Baqarah ( 2:216). tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita dan tak semestinya yang kita tak suka tak baik untuk kite. kita tak diberi apa yang kita minta, tapi apa yang kita perlu.

ps : sury sury kalau aku mengarut
^__________________^

a . i . n 5 April 2009 pada 1:50 PG  

ha bagus ahh tuh..
aku juga kadangkala mengharap malaysia hidup tanpa raja dan menteri.. sebab kita maseh boleh bernafas dan hidup tanpa perlu kemajuan yang terlalu banyak dan tak perlu bersaing dengan negara lain...

bila raja seperti tiada efek yang kuat pada negara, aku tak rasa ia berbaloi kita perlu ada sultan di setiap negeri.. seperti kau cakap, kita akan dijajah bila kita ada negara Malaysia seumpama di dalam entri kau..

tak kesah lah.. tapi semua tu mimpi.. mimpi itu menerujakan juga.. ngaa...

zinnia zenith 5 April 2009 pada 5:40 PG  

dilahirkan manusia ada sikap ingin bersaing.

.bagusnya andai ada yang berfikiran seperti kamu di perlimen.

.malaysia akan tenang saja.
..

kuikui 5 April 2009 pada 7:43 PG  

ak suka melesia dulu kini dan selamanya..x kesahla cmna pOn..
ak suka..

pa2 pOn idea kau ak suka..

AkuKopiKauSiapa? 5 April 2009 pada 9:25 PG  

aa:
bes name. rancangan malaysia damai. haha

feeza:
bersaing itu tidak semestinya kena berada dalam satu track lumba yang sama, bermula pada masa yang sama <---aku sangat sangat setuju. terima kasih.

a.i.n:
mana boleh satu negara takde raja atau menteri. abis semua mati dalam negara. negara perlu ada pemerintah. kalau takde pemerintah takkan boleh jadi negara.

datin:
mmg perlu sikap bersaing. tapi bersaing sambil membantu.

antusabun 5 April 2009 pada 5:48 PTG  

terlalu tinggi pandangan kamu. terpegun gua. Kadang-kadang gua rasa benda yang sama. Kadang2 gua nak juga kepesatan bandar. Tapi gua tak suka jam

nur suhana 7 April 2009 pada 12:23 PG  

nasib baik ada ending yg baik.

Minister Of Mind 10 April 2009 pada 12:30 PG  

ada baiknya en kopi pecahkan soalan topix ini dengan soalan2x begini.
baru jelas skit.

what?how?why?who?when? where?

adrie 10 April 2009 pada 11:56 PG  

READ NEW UPDATE.CHECK OUT AND LEAVE YOUR COMMENT.TQ.

http://jiwarasagelora.blogspot.com/

Wai 11 April 2009 pada 8:12 PG  

negara yag aman, tanpa pembangunan, rakyat selesa, makan minum tempat tinggal cukup, harmoni - memang best.

tapi sekali dijajah kang... ya ampun.....

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP