tips mahu bahagia di dunia
Aku selalu cakap pasal sosial. Sebab aku tak suka sangat pembangunan dari segi fizikal. sbb bagi aku pembangunan fizikal tanpa mengambil kira faktor sosial bukanlah sustainable development kerana pengakhirannya, pembangunan itu akan digunakan oleh orang, dan kalau tidak mengambil kira faktor orang, tak berjayalah sebuah pembangunan tu.
ok,
jadi bagaimana ingin menjamin kebahagiaan di dunia?
4 perkara yang menjamin kebahagiaan manusia:
1. isteri yang baik
2.rumah yang luas
3.kenderaan yang baik
4.kejiranan yang baik
ia bermula dari institusi paling kecil sekali. Keluarga. Sebuah keluarga yang baik datangnya dari ibu bapa yang baik. ibu bapa yang mendidik anak nya dengan betul. baru anak-anak akan jadi baik.
Keluarga yang baik juga asalnya daripada rumah yang selesa, luas.baru tak ada tekanan dalam rumah, sebab tekanan dari dalam rumah akan membawa hingga keluar rumah dan jadi macam-macam. sbb itu ada banyak case budak-budak lari rumah, kawen lari, main bini orang. segala-gala perkara yang asalnya dari rumah.
Keluarga yang baik juga asalnya dari kemudahan keluarga itu melakukan urusan. itulah maksud kenderaan yang baik. supaya tidak ada tekanan masa melakukan urusan dan untuk bergerak ke tempat-tempat lain.
Keluarga-keluarga yang baik akan mewujudkan satu kejiranan yang baik. Kejiranan yang baik datangnya dari riadah antara jiran, tidak membenci satu sama lain, tolong-menolong. Semua sifat-sifat ini datangnya dari keluarga yang baik.
Bila semua kejiranan baik, maka jadilah satu komuniti yang baik, semua sayang menyayang, tidak membenci satu sama lain. tidak kutuk mengutuk dan segalanya. Maka dengan semua perkara ini, wujudlah satu komuniti yang baik maka bahagialah hidup seseorang itu di dunia. Senang hati, tidak banyak masalah, bahagia dan senang.
Moga kita semua saling sayang-menyayang.
13 carutan balas:
ya~! aku juga ada kjiranan yg baik & family yg baik.. ^^ (alhamdullillah)
dulu gua ada jiran yang gampang, lepas jiran gampang gua tu pindah.. kejiranan gua jadi aman.. gua pun rasa bahagia..
aku harap teori ko sukses.
even mak bapak ustaz dan ustazah pun tak mustahil anak mereka menyimpang ke arah lain.
faktor2 yg kau utarakan amat indah dan betul. tapi mungkin yg paling penting ialah individu itu sendiri.
if keluarga dah sehabis baik tapi individu itu lak rosak, kita salahkan siapa?
and dan jugak pegangan agama.tak kisah la agama aper kerana suma agam menyuruh ke arah kebaikan kecuali zionis yg menyimpang ke arah kerosakan.
sekian.
sy yg hina dina.
aku mau bahagia di akhirat...
*kejiranan aku?..aman damai...tp jiran yg damai..bkn penentu isi rumahnya damai...damai itu trletak di hati...ops...aku mengarut la...
brilliant mushi brilliant
kupu2:
tahniah.
apei:
haha. byk jiran yang gampang. kalau gampang tu.mmg gampang gila lah.
tiramisu:
anak mereka menyimpang kerana pengaruh rakan, kalau rakannya juga mempunyai keluarga yg baik, pasti tak terpengaruh. lagi satu. ini bukan teori aku. ini hadis nabi.
shemmi:
baik bahagia kedua-kedua skali.
shahriza:
aa. takla brilliant sgt. aku menghuraikan dari hadis je.
kenahagian manusia terletak pada cara hidup.kalau pada jalan agama yg sepatutnya,sihat sejahtera lah.
dan ya,jiran2 aku macam haram jugak.tp tak boleh halau.tanah mereka.
maaf.
sy tidak tahu yg itu hadis nabi.
maaf.
bagi saya. anda lupa satu. sebelom semua yang anda sebut.. bagi saya(saya ulangi)sepatutnya, dimula dengan diri sendiri dulu.. mebi bila penuh kesedaran diri ataupun inggerisnya self awareness secara tak langsung akan efect kepada orang sekeliling. tambahan pula bila semua orang penuh self awareness jadi maka wujudlah instusi keluarga yang baik, kemudian kejiranan, kemudian masyarakat dan seterusnya bangsa sesebuah negara.. itu bagi saya..
apekzer:
diri sendiri hanya dimulai dengan keluarga. sebab setiap orang ada ibu bapa kan? diri sendiri tu betul jugak. tapi mesti ada dari kecik jugak. sbb.. ada ayat ckp mcm budak kecik nie kain putih, ibu bapa yang kasi kaler. so..die tetap bermula dengan keluarga jugak.
benar. ibu bapalah yang mewarnai penghidupan anak2. tapi cuba kita teliti. ibu bapa itu sendiri jika kita asingkan akhirnya akan dikira sebagai satu individu. satu individu akan diukur tahap pemikirannya berdasarka kebolehannya berfikir untuk menentukan apa yang benar atau salah dalam mebuat sesuatu keputusan. atau dalam islam disebut peringkat akil baligh. maka ibu bapa juga berperanan sebagai satu individu bagi membentuk dirinya menjadi betul supaya dapat mewarnakan anaknya dengan warna yang betul dan sesuai. pendekatannya berbeza. tapi terbukti ibu bapa yang mempunyai cara yang betul atau lebih jelasnya tidak salah atau sesat akan mempengaruhi anaknya menjadi betul. betul maksud saya mempunyai self awareness yang tinggi dalam diri individu setrusnya memberi kesan kepada individu terdekat yang mewujudkan keluara, kejiranan, masyarakat dan juga bangsa sesebuah negara ataupun inggerisnya sebuah nation. tepat?
Maybe the suitable subject is: Tips mahu bahagia di Malaysia
cause in other countries with good public transports we dont need good cars to move around and we'll not get tension because of transport issue. Hehe.
And rumah luas juga saya tak setuju because my family grew up in a not very big house but yet we're happy. I mean yeahh everybody has their ups and downs but overall we're happy. Hehe
hunn yang lama tidak berkunjung :
itu lah maksud kenderaan. janganlah terlampau spesifik, public transportation itu juga kenderaan kan? kalau selesa bahagialah.
rumah yang luas maksudnnya selesa, kalau rumah kecik, selesa juga sudah memadai.
ini hadith nabi, aku menyampaikan dan mengembangkan isi sahaja menurut apa yang aku faham.
Catat Ulasan