21.4.09

karaoke dan gerak perlahan

amek kau. satu hari 3 entri sekali. memang terbaik la. huhu

Pilihan lagu bagi karaoke pastinya lagu melayu. aku tak tau apesal, tapi tidak kira betapa mat sallehnya kau rasa diri kau, atau betapa urbannya kau. Karaoke mesti lagu melayu. mesti lagu zaman-zaman 80-90. Pilihan lagu ahmad jais, wings, search, ramlah ram dan apentah lagu-lagu dahulu.

Aku seronok karaoke, aku mengaku. memang seronok.Pernah aku karaoke dengan hana. Suara beliau yang seakan-akan fasha sandha tu memang buat aku gelak gile babi. Tapi tahan supaya dia tak berhenti nyanyi. kelakar lah. nyanyi lagu sheila majid, macam harem.

Benda yang paling aku sedar tentang video clip karaoke ialah videonya dalam gerak perlahan. Aku tak tau apa motifnya video dalam gerak perlahan. Mungkin untuk menonjolkan perasaan misteri dan bermaksud.

Selalunya video clip bagi karaoke ni menggunakan 2 watak, lelaki dan perempuan lah. Sama ada mereka baru berkenalan ataupun bergaduh. Jalan cerita yang sangat biasa. ada tu aku tengok cerita awek ni tertinggal phone kat kerusi. Then laki tu jumper, die kejar, pulangkan, terus peluk-peluk belakang pokok. kepala hotak die. haha. tak logik lansung.

Selalunya lokasi penggambaran ialah di tasik, genting highland ataupon tepi-tepi bukit. tempat yang dirasakan cantik. Selalunya tempat tu takde orang lansung. 2 orang je.

Tapi paling aku gelak ialah sebab gerak perlahan, memang tak boleh blah. kalau time nangis macam slow motion, then macam feeling. Tak kiralah lagu tu perlahan ke laju, hatta lagu kristal pon. Pasti video clip untuk karaoke nya gerak perlahan.

P/s: maaf aku banyak mencarut dalam entri aku belakangan ni. marah mungkin.

9 carutan balas:

a . i . n 21 April 2009 12:05 PTG  

aku tiba2 nampak ko update lagik..
hahhaa..
serious memang klakar pun tah nape videoclip mesti nk slow motion..
takde motif..
tapi lagu melayu tu mmg jadi pilihan..
tak kesah lah betapa perasannye seseorang tu bajet omputih,
dia maseh bontot cap melayu..
itu hakikat..

Macham Iz Punye 21 April 2009 12:59 PTG  

padan muka kau sekarang kena link aku sebab aku dah link kau. siapa suruh ada blog best dan tinggal kan komen yang boleh-tahan-best dekat blog aku nyeh3.

emma songall 21 April 2009 1:01 PTG  

hahhahaa.
aku pon selalu gak turun karok nieh.
seriously slow motion.
memang tak paham.
pasal 2 orang tue mungkin sebab bajet kowt.
hehe.

alif-mikail 21 April 2009 5:38 PTG  

koi syak aok baru lepas nyanyi lagu scoin ni.. ahaha

AkuKopiKauSiapa? 21 April 2009 6:23 PTG  

ain:
bontot cap melayu? kahkahkah. lawak2.

macham iz:
yelah..aku link..

emma:
aa..seronok kan karok kan? wpon sorer aku mcm sial.

alif:
aa..aku tak paham

miss juju 22 April 2009 12:27 PG  

kopi terlalu banyak masa sejak bercuti

mamma mia! 22 April 2009 12:47 PG  

itu hari kwn aku nk karok lgu hindustan, lagu arerearerekyahua kot
skali model vdeoklip die laki n p india.. siyess x bleh bla

Shemmi 22 April 2009 1:09 PG  

karoke tempat nk mengimbau kenangan..tu taram lagu2 kenangan..tu yg asyik buat video gerak perlahan..konon2 cam kenangan la...bergerak perlahan dlm kepala otak..

haha...

cokelat 22 April 2009 9:12 PTG  

hek eleh....mmg betol pon ape ko ckp...aku nie kaki karok mcm ko gak.....sume vidoe msti sam pnye....lagu dolu2 r...tp yg baru2 da ubah fesyen sket...majoriti lagu Wings akan gne pompuan yg same dn gerak tgnnye seolah2 mengelap cermin kamera...hua3...ala lantak r....bkn nk tgk orgnye ye x ? lirik kt bawah skrin 2 sbnrnye....

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP