macam mana mahu jadi wanita sundal?
pakai paint. akibat bosan menunggu.lukisan bodoh
Cuti-cuti begini memang masa untuk aku bermesra-mesra dengan pembaca aku. Selalu aku kurang masa untuk reply satu persatu komen dan pergi ke blog kamu untuk melihat-lihat dan memberi komen juga. jadi masa cuti begini aku buat tu semua.
Cuti-cuti begini juga membuatkan penulisan aku kurang kualiti, kurang serius, lebih banyak merapu-rapu. mungkin kerana bila cuti aku lebih suka rehatkan otak. Jauh dari analisa aku tentang hidup atau dunia seperti penulisan aku sewaktu tidak cuti. tapi tak apa.
aku terbaca blog saloma pasal buku "why men love bitches". aku pernah tengok buku tu dan menyelak-nyelak. tak baca dengan sepenuh hati pon. aku tengok buku tu aku mula-mula senyum sebab benda ni aku pernah terfikir jugak. haha
Menjadi perempuan sundal bukannya diminati sebenarnya, tapi cuma menjadikan kamu lebih digerami oleh lelaki. Kerana sifat lelaki yang sentiasa 'mahu'. sifat lelaki yang mempunyai visi yang tinggi dalam mencapai sesuatu. itu yang buat lelaki lebih suka perempuan sundal.
jadi, ini mungkin cara-cara mahu jadi sundal, versi kasar oleh hafizudin atau mushi atau akukopi.
1. tinggalkan sahaja boyfriend anda. betul, ini mungkin cara paling teragung seklai dalam menjadi perempuan sundal. Cakap dengan teman lelaki kamu yang kamu ingin tinggalkan dia. Biar dia pujuk-pujuk. Kemudian kamu baik balik dan layan dengna baik boyfren kamu tuh. setelah beberapa bulan tiba-tiba kamu nak tinggalkan balik. Boyfren anda pasti duduk tak senang dan sentiasa memberikan layanan yang baik kepada kamu. kata kuncinya ialah berikan sesuatu kepada boyfren kamu, tapi jangan kasi semua, kasi sikit sampai mahu klimaks kemudian cakap mahu tinggalkan. cara ini juga berkesan untuk lelaki yang mahu tackle anda. supaya die lebih geram dan ingin tackle menggunakan jurus tertinggi.
2. Jangan reply SMS atau angkt call selalu. Biarkan lelaki tu tertanya-tanya dimanakah kamu berada. sudah banyak kali, cuma reply, "sedang sibuk sekarang, nanti saya/i/kita/orang/ana call balik". Dan jangan call balik, bila sudah malam, lelaki tu mesti atau wajib call punya, cuma perlu cakap,"sori, terlupa".
3. Pergi kawan dengan banyak lelaki, tapi jangan kawan dengan lelaki secara beramai-ramai. Kawanlah secara individu, kalau kawan beramai-ramai selalnya lelaki tak kisah sangat. kiranya kalau keluar pon berdua sahaja. maklumlah, nama pon sundal, pastinya ramai peminat yg ketagih dengan kamu. Beritahu teman lelaki kamu pasal kawan lelaki kamu tu. kalau kamu takde teman lelaki, beritahu kawan lelaki kamu yang lain, pasal lelaki lain, biar ada cemburu, nanti semua lelaki pasti berebut-rebut nak jadi paling bagus. Ini lumrahnya.
4. jadi seorang yang memahami, tetapi pada masa yang sama tidak menghargai lelaki. Point paling utama dalam menjadi perempuan sundal ialah tidak menghargai. Faham seorang lelaki. jadikan diri anda seperti seorang yang sangat memahami lelaki tapi pada masa yang sama anda tak kesah pasal dia. baru anda digilai dan digerami.
5. pakaian tidak semestinya seksi baru boleh jadi perempuan sundal. zaman sekarang yang pakai jubah pon buat seks di tangga. Tarikan seksual adalah satu kelebihan dalam proses menjadi perempuan sundal. tapi manipulasikan tarikan seksual itu. Apa kata kalau bagi lelaki itu separuh jalan sahaja, biarkan die tergantung. haha.
ok,
mungkin ada banyak lagi yang aku tak terfikir, ini yang saja aku fikir on the way carik kerja di klcc tadi. jadi mungkin kamu patut bagi pendapat kamu macam mana menjadi perempuan sundal.
Nanti aku tulis cara menangani perempuan sundal. khas untuk pembaca lelaki.
p/s: aku sudah dapat kerja!!!esok mula! yiehaa!
25 carutan balas:
kau memang banyak masa kan?
hahahaha. ada betol. (kalau kena pada laki yang boleh makan skill sundal yang macam ni)
ada laki yang cepat fed-up jugak.
kejap boleh laa main tarek tali.
last2 sang sundal pulak yang ditinggalkan.
game bertukar. sang sundal pulak merayu.
*aku penah tengok kes ni.
kalau awek kau begini, tak menangis ape
haha.. ok aku mmpu snyum je
no komen.. eh, ko dapat keje ape mushi?
"zaman sekarang yang pakai jubah pon buat seks di tangga."
hahaha yang nie terbaek!
nur suhana:
memang baaannnyyaaakkkk..sekarang sape nak lepak ngan aku? jom.haha
miss bobby:
haa..tu pasal nanti ade cerita pasal, mcm mane nak menangani perempuan sundal. haha..
iz:
dah pernah kene.. nak nangis jugak.
mamma mia:
dekat klcc. menara etiqa, kerja mcm data entry la lebih kurang.
eatmyshort:
haha..video tu sgt feymes.
ngeee..
lelaki sundal wujud x dlm dunia ni?
:P
kalau ppuan yg cuba menjadi sundal..konon mcm dia tu sgt digilai dan femes..claim bahawa ramai lelaki suka tapi dia yg jual mahal...tapi hakikat sebeanr dia adalah org yg loser dan sbenarnye xde laki pun nak kat dia..dia je yg perasan sorg2...tu nak letak kategori ppuan ape pulak?
ahaha :)
jarjar:
nak jadi sundal ni bukan senang. perlu cun, kalau mcm tu, mungkin kau perlu nasihatkan beliau.huhu
nak jadi perempuan sundal bukan susah.
=)
1. hati kene kental. sang sundal tu tak perlu ada perasaan. kata pun dah sundal.
=)
pernah ada member macam nih..
tapi..
karma take place..
oh oh oh
perempuan sundal selalunya hot
aku jeles
ish
pakai paint? lawa la drawing
memang senang kalo perempuan nak jadi bitch.
i wonder if there is any book on how to be bitch, men version.....
semua ni ada dalam buku dah..cepat sikit buat entri camne nak tangani perempuan sundal.
selamat bekerja!
err.lagi satu.sundal tak perlu cun.cukup kalau kamu konfiden.kamu buat apa pun konfiden.luar dalam.itu yg super sundal tu
datin:
aaa..hati kene takde perasaan.huhu.
aina:
bak kata saloma..perlu confident je.
aisha:
lama tak nampak..aa..pki paint..mosue bergetar.haha
wai:
haha..nanti aku tulis.
saloma:
betul kene confident. aa.. nanti aku tulis bila ada masa.
suke aku tgk lukisan ko atas tu..buruk tapi cute!haha..
btw, selamat bekerja utk ko!!
* x penah jumpa plak pompuan sundal setakat aku idup ni..
ok ..
sekarang koi dah tahu..
wah.
no 2 tu.
lepas ni akan rajin angkat telefon dan balas sms.
berusaha!
perempuan sundal itu cool. i mean trying to be cool. haha.
tapi xpe. kata pon sundal. sbnrnya jiwa dia lembik.
Dapat dengan jantan rempit, habis dia pekikkan.
"Kao ingat kao cun sangat. Perempuan sundal."
Pekik kat tengah2 tempat orang ramai pula tu. ha ha.
"err.lagi satu.sundal tak perlu cun.cukup kalau kamu konfiden.kamu buat apa pun konfiden.luar dalam.itu yg super sundal tu
"
Aku setuju dengan Saloma. huhu
oh my..surprisingly..its all true la..*xpernah sedar that i am a bitch.haha...jalang? not the rite word. bitch? maybe (jalang too melayu/kampong/bahasa org xde degree/diploma) hehe..juz my humble opinion.but great entri =)
siapa nak tahu ciri2 perempuan sundal wasap saya 01151352564
bodoh kmu
Catat Ulasan