skrip filem pendek akukopi
hi semua,
dari dulu aku teringin sangat ingin buat filem pendek. Malangnya aku tak pandai berlakon, aku tak tau sapa yang mahu berlakon dalam filem aku, dan yang paling penting aku takde HD camera atau sesiapa yang aku kenal mempunyai HD camera. jadi aku pon fikir-fikirlah sahajalah jalan cerita, mana tau ada peluang nanti boleh shooting. hahaha.
aku jugak tak pernah tau bagaimana ingin menulis skrip, aku tak pernah tau apakah formatnya. Adakah sama macam penulisan drama? atau macam cerita sahaja? jadi aku ingin cuba. jika ada sesiapa kalangan pembaca aku belajar perfileman. ajar-ajarlah aku. nak tahu juga.
jadi,
CERITA 1:
lokasi : pondok bus, kawasan kampung, tidak banyak kereta.
kedudukan kamera : betul2 menghdapa pondok bus, seberang jalan, one shot shaja. kamera tak gerak
cuaca: baru lepas hujan, di depan pondok bus tu ade lopak air yang besar.
ok,
seorang pemuda mahu pergi kerja, dia tunggu bus. dia duduk betul-betul depan lopak air tuh. Sambil membaca suratkhabar. Muka tenang sahaja macam takde masalah.
tiba-tiba ada satu kereta lalu dan langgar lopak air tu, air terpercik terus ke pemuda tersebut. Pemuda tersebut buat muka tensen gila sambil mengibas-ngibas baju dia yang basah. surat khabar yang baru dibeli tadi dilipat-lipat kerana sudah basah, pemuda tersebut mengambil tisu dan mengelap mukanya.
sedang mengelap muka menggunakan tisu, tiba-tiba satu bijik lori langgar lopak tu. habis basah baju pemuda tu. Pemuda tersebut sangat marah. memaki-maki. Pemuda sudah mula mengalih tempat duduk jauh sikit dari lopak. kemudian mengelap-ngelap baju dan mukanya sambil memaki-maki lori yang tadi.
Pemuda masih tunggu bas dengan sabar sambil menyanyi-nyanyi seorang diri.
(bunyi mengiut-ngiut kedengaran)
pemuda sudah berhenti menyanyi dan melihat kiri kanan dan bersedia supaya tidak kena lopak air lagi.(sambil buat muka gelabah)
tiba-tiba, seorang budak kecil, membawa basikal beroda 3 lalu, perlahan-lahan sambil membuat muka selamba sahaja. Pemuda hanya ketawa kerana penat-penat menggelabah rupanya budak kecil bawak basikal roda 3 sahaja yang lalu.
pemuda senyum-senyum lagi dan masih menyanyi-nyanyi.
Budak kecil tadi datang dari arah kanan pula sambil membawa baldi warna merah dan menaiki basikal roda 3 yang tadi. (pemuda tersebut tidak perasan kehadiran budak tu kerana pandang tempat lain)
Budak kecil tadi turun dari basikal dan pergi ke lopak air membawa baldi., lalu mengangkat air menggunakan baldi dari lopak tersebut. kemudian budak kecil pergi ke arah pemuda dan menyimbah air ke muka pemuda menggunakan baldi.
pemuda terperanjat dan budak melarikan diri dengan gaya comel sambil ketawa kuat-kuat
-tammat-
cerita bodoh.
24 carutan balas:
boleh saya gelak?
HAHAHAHAHA.
ok dah,
cerita tu tak bodoh pun.
comeel je budak kecik tu. :))
kalau lah org jadi pakcik tu kan, budak tu mesti dah kena baling dgn paper. :)
apasal la pedengki sangat.... x mati pun kena ketawakan. sanggup nak patah balik........... adoi......
walau cite nmpk bodo, tapi masih ada sentimentel value dia.....
gile lawak..
boleh la wat iklan 3 mint petronas
tp aku tatau ar mesej ape.kesabaran? takpun budak2 jgn kuang ajar ngan org.
muahahahaa..
ok 1 pmulaan yg bgus..
pasnie boley wat n3 sal cite pndek
'akukopiKausiapa?'
ok??
hahaha..
ok la tuh..
haha..menarik la wlaupun agak terkejut ending die cmtu..ape motif dak tuh..nasib baik si pemuda xpergi kejar budak tu n bagi cukop2..tp sbg permulaan,menarik :DD
hohoho..bes2. cube hanta crita ni kat memana channel. mesti ada yg nak. cm cite komik pun ada. kurang2 masuk surat kabo.
hehe..idea dah ade.cara tulis skrip lain sikit tapi takpe, crite blh paham.if xsalah ako, mcm idea ko tu org pggl 1 scene, bkn shot.kalau ako slh gk, sori =P
crite ko ade gaya ala2 commercial ckit.kalo utk crite ko ni, kene guna shot byk2.baru cun!blh nmpk ekpresi mamat tu n blh bg pandangan kepada penonton dr angle2 berlainan.
semoge berjaye bro!
ha ha ha...
aku bole bantu jayakan scene ni...
guna kmera henpon aku je...
ha ha ha
hahaha! (bg aku)
leh wat smbungan lagi cte ni..haha
tanak buat sequel ke? :DDD
moral of the en3:
jangan pandang rendah pada budak kecik yang rendah ;p
gahaha.
hari simbah air.
boleh tuu.
Kalau kao casting, beritahu aku. Aku nak jadi join.
*Serius ni.
Cerita ni sengal dan hamlao tapi mood dia relaxing. ok la tu.
agak kelakar la cerita ini.
boleh box-office punya lah.
maryam:
haha..boleh. sengal kan cite nie. dapat ide mase tunggu bus.
wai:
huhu. ini 5 minit je kot punyer citer.sentimental value? ade ke?huhu
shes-iejan:
aa..mungkin motif die. selamat hari bapa kot. haha
sciatic:
dah ade cite lagi satu dah. tak abes tulis lagi. haha.
milmilo:
huhu.bolehlah.
isya:
kalau komik tak namapk feel die lah. kene film gak baru best.
addy:
aa..betul gak kan. aku igt kalu kamera tak gerak nampak macam bodoh sikit. haha
kusut:
kalau gune kamera fon, baik aku gune webcam je.haha
zoul:
ade idea?
liz:
takde idea la nak sambung.
dude:
huhu. mungkin.
pijie:
hari simbah air? tak faham lah. huhu
revrie:
haha. ko ade video cam? aku tak reti berlakon dowh. haha
ruhil:
agak2 la sampi box office.
penkomen2 kat blog ni cam banyak bunyi2 membodek ek. haha ko bayar dorg ke ah? *ok2 maaf sori -_-*
pensukebulan:
banyak plak duit aku nak baya dorg? huhu.
kalau diorg bodek aku bukan aku kasi duit ke, jamin masuk syurga ke.
so nak bodek ke kutuk. aku layan je. gua tak kesah. huhu
wah bunyi sepeti tidak best. ampun maaf.
pensukebulan:
takpe. maybe itu pendapat kau.
idea dah ada...ending lak cam bangang cikit..huhu...ending sampai kat senyum simpul gelabah tu dh OK
padan muka kat mamat tu!!
mula2 skeptik,last part best la gak...tp x ckup kjam lg bdk 2..hehehehe..
hahha..
ko sme nk wat..
hmm..
bkn ke ade kt astro leyh anta idea for cerita pendek cmni..
mmg cerita yg xde motif..
sama gak cm cite 15min kt astro tu..
aku lupa channel ape..
tp mmg ade..
try ahh..
dpt gak duet..
huhu...
Assalanualaikum, Mohon beri keizinan untuk guna skripnye.
Catat Ulasan