3.6.10

konsep bakal filem pendek

( dalam bas. masa awal-awal jakun dapat camera.3 taun yg lepas)


Seperti yang digembar-gemburkan oleh aku dengan hebatnya mengenai kononnya aku ingin membuat filem pendek aku yang kedua. Tema yang dicadangkan pon aku masih kurang jelas. Kononnya perlu bermula dari belakang. Rewind. Kira konon style flashback lah. ini untuk kaed fest UIA. Aku tengok iklan di facebook.

Jadi ini antara idea kasar aku,

1. Takkan lah aku bodoh-bodoh mahu buat flashback pula kan? Gila tak best. Mungkin aku ingin cuba buat yang mula-mula dia start 5 saat. Contoh ada orang basuh muka, dan bila dia bangun tengok cermin sahaja ada hantu belakang, then baru mula cerita lah. Dan bila sampai penghujungnya, sampai semula time yang dia nampak hantu tu, dan sebenarnya, macam tiada kena mengena dengan awal tadi, kira macam tak boleh dijangkalah kononnya. Kononnya jelah.

2. Atau mungkin suatu cerita yang terlampau perlahan, yang sarat dengan cakap-cakap yang penting. Dan mungkin bila start cerita, begini,

-Fade dari black perlahan-lahan tunjuk muka pompuan sedang tunduk konon kat kedai makan.
-dan lepastu contoh dia cakap, "saya tau, saya tak boleh dapat semua atas dunia ni" sambil pandang kamera.
-lepas tu tunjuk muka lelaki pulak, mcm muka kecewa
-lepas tu fade black,
-tunjuk mamat tadi tu lari(kamera dari depan)muzik lagu radiohead -bones.
-lepastu aku pon tak tau. haha.
-lepastu bla..bla..bla.. cerita tahpape..sampai la kedai makan tu semula.
-kira macam kesimpulan yang membawa kepada cerita tu lah.
-tak paham kn?.haha

3. atau mungkin cerita yang terlampau simple, contohnya macam cerita mengenai satu budak yang suka tergelak dan apa yang berlaku sebenarnya yang menyebabkan dia kuat gelak sehingga tak berhenti dan akhirnya dia mati kerana gelak. Jadi mungkin ceritanya begini :

-Starting cerita je tunjuk budak tu gelak gila babi, kalau boleh budak tu gemuk, dan gelak yang jenis terhenjut2. dalam 3 saat.
-kemudian tunjuk perihal budak tu yang dahulunya seorang yang pendiam dan jenis mystery dan selalu dibuli dengan kejamnya. Kira sangat teruklah,
-kemudian mungkin ada satu benda yang aku belum fikir yang buat dia tiba-tiba gelak terlampau besar, (membawa kepada babak yang awal-awal tadi)
-kemudian dia mati, kira macam masa time ni, semua penonton akan,"aaawwww...budak tu mati pulak..ruginya..."
-apa yang rugi? aku pon tak fikir lagi.

4. Reveriemalaya, mencadangkan aku supaya buat cerita mengenai sifat orang melayu tentang isu israel ini, dan educate mengenai perbezaan zionis dengan yahudi.

dan aku reply dan diedit,

"kita bising-bising sangat sangat pasal yahudi bom islam. Tapi aku rasa, orang lebih banyak cakap perihal bom itu, perihal teori konspirasi, perihal freemason dan pelbagai lagi, dari sembahyang kat masjid dan ingin bersatu. Cakap pung-pang-pung-pang, sembahyang tidak pula? Cakap pung-pang tapi hati busuk lagi, dengki lagi. sama saja macam yahudi. cakap pung-pang tapi tanak pula bersatu, bercakap dia paling kuat, tapi amalan tarak.

Aku cuma tanak jadi sebahagian dari orang begitu.

Aku percaya, kalau kau, aku dan semua orang lain ikut sahaja ajaran islam, segala ajarannya, freemasonlah, apa-apa konspirasi lah, semua pon tidak berguna. itu cuma yang aku rasa.

Jadi aku cuma ingin buat sesuatu yang long-term, yang lebih target kepada seiap individu. supaya menyedarkan setiap orang betapa pentingnya bersatu ke, beramal ke, atau apa-apa lah yang lebih 'akar'.

Tapi idea tu yang aku tak jumpa lagi. "

Dan aku paling berminat dengan konsep yang ke-empat. Tapi tiada idea, terima kasih en.Reverie kerana menyumbangkan idea.

5 carutan balas:

apekzer 3 Jun 2010 pada 6:25 PTG  

yahudi seorang yang babi. !!!

komen ini langsung tidak membina malah mencerca kaum yahudi, akan tetapi pengkomen juga kuat semayang dan berdoa.

popsoda,  4 Jun 2010 pada 4:32 PG  

dan aku juga akan paling berminat kalau kau buat cerita no 4. mesti mantap. dan cerita kau akan lebih kepada 'perli' dan menyedarkan orang. itu dah cukup bagus.

"Tapi idea tu yang aku tak jumpa lagi."

aku rasa kau dah ada idea tu. aku nampak dah. yg ko tulis dgn kasi 'italic' kat dalam entri ko neh.

mungkin kau boleh lakonkan idea kau. contoh, org yg duk byk ckp pasal yahudi itu, yahudi ini.. tapi amalan habuk pun tarak.

dan... ah. kau pandai2 lah. idea dah cantek. tinggal kasi lebih kreatif je. neway, aku sokong pendapat kau pasal point no 4 tu. wa tabik sama lu. kepala kita hampir sama.

Asrulsani 4 Jun 2010 pada 9:01 PG  

haha.. aku lebih tertarik dengan poin no. 4 tu. sama la dengan sorang member aku ni. sikit2 nak kaitkan dengan freemason, itu la, ini la. aku tau, memang la kat tv tu banyak unsur2 freemason. tapi agak2 la.. nak tengok tv pun dah takde feel. macam la dia sorang je yg tau pasal freemason. dia ni pun satu, cakap je lebih. solat slalu tinggal gak...

aku bukan ape. harap semangat anti-freemason dia tu berpada2 la.

maaf, komen aku takde kene mengena dengan tajuk entri kau.

AkuKopiKauSiapa? 4 Jun 2010 pada 9:59 PG  

apekzer:
setuju

popsoda:
aa..aku tanak ia terlampau direct. aku mahu ia adalah disebalik cerita sebenar. contoh, mungkin cerita aku mengenai kucing makan ikan, tapi apa yang disebalik itu, yang paling penting.

asks:
cukup sekadar tau dan berjaga-jaga bagi aku.

karatz 8 Jun 2010 pada 10:42 PG  

apa kata:
ko buat 1 babak bebrapa org tgh stim mabuk contoh.tp mulut pungpang pungpang mengata yahudi kejam la,zionis bangsat la.pastu babak pemabuk2 td eksiden putus kepala ke,kena libas ngan lori ke.pastu teruskan dgn sepotong nasihat @ ayat quran yg mengaitkan kebodohan org mcm tu.

tak pun:
ko paparkan betapa org yg angkat sepanduk,menjerit mengaum mcm rimau,atau yg berbaris sampai atas kereta dgn hebatnya.tp bila di ofis atau rumah hidup sorang2.jiran tak tegur,gotong royong tak pegi,usrah masjid jauh skali.ahhh..bnyklah..

best kan cerita buruk kat org..haha

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP