pasal rokok dan first date
Sebenarnya ini adalah entri kedua yang penulis sudah tulis hari ini, yang mana yang pertama tadi sudah dibuang kerana bunyinya kekok, tajuknya ialah "sikit pasal first date",
Terasa lama penulis sudah tidak tulis topik-topik isu gadis dan lelaki seperti yang begitu, yang selalunya cuma ditulis bila penulis sedang mengalami perasaan yang sebegitu, dan disebabkan penulis sudah membuangkan perasaan sebegitu jauh-jauh, bila ditulis hal sedemikian, perasaannya jadi kekok.
Dalam entri "sikit pasal first date" itu, penulis ada menceritakan tentang perasaannya yang pelik bila dirinya melihat atau mendengar cerita tentang orang yang ajak gadis keluar untuk kali pertama dan akhirnya melepak dengan rakan-rakan lelakinya dan akhirnya gadis itu menjadi kebosanan sebab tak tahu nak cakap apa. "kesian", kata penulis.
Penulis juga memberikan beberepa tips untuk ajak gadis kali pertama seperti sediakan diri anda dengan pengetahuan am dan jokes yang dicilok dari internet dengan kadar banyak dan bersahaja. Ini sebab penulis menganggap semua orang suka jokes yang tidak melampau dan paling penting ialah digunakan dengan sebaik-baiknya. Penulis menyebut, " kau janganlah jadi bangang, orang cerita penting-penting, kau masukkan lawak tak pasal-pasal. itu dah jadi menjengkelkan"..dan penulis anggap semua orang suka pengetahuan am.
penulis juga menganggap first date tidak boleh lama, ia perlu dalam sejam atau dua jam sahaja. dan aktiviti utama ialah duduk minum dan berborak, itu sahaja. Dalam ayat akhirnya, penulis menyebut, "kalau kau nak pergi tengok wayang ke, main gentel telur ke, itu semua lain kali".
Pasal rokok penulis bercadang sambung esok, kerana perlu penerangan lebih panjang.Penulis menganggap pembacanya akan kurang baca kalau panjang sangat.
Penulis mengucapkan selamat,
8 carutan balas:
penulis 'main gentel telur' lepas daripada first date ke? hahaha.
sikit mengenai jokes. dulu aku ade member kat sekolah,lawak gila babi. semua orang suka dia, terutama perempuan2. tapi takde sorang pun nak date die. kesian tak.orang kelakar ni paling2 pun disukai je takde sampai dicintai, katanya. funny guy finished last. pendapat encik kopi?
reverie:
hahaha. tak main la lepas first date . aku simpan dulu untuk date seterusnya.. baru banyak sikit. hahaha
ringo:
Sebab tu aku cakap, tak boleh yang melampau, dan aku cakap, jokes dan pengetahuan am.
supaya nampak macam, dahla kelakar, pandai pulak tu.
macam tu baru boleh dicintai jugak.huhu
setuju! first date x perlu lama. tp buat smthg (xtvt) yg simple lebih meninggalkan kesan dlm diri si pengedate..huhuhu..klau aku dr 1st date sudah boleh tahu boleh teruskan hbgn tu or x..klau 1st date dah busan,,,so bye bye bye!!
nice tips :)
yup2. terigt dulu lepak2 ngn mbr laki n his frens. xtau la kalo among guys borak camne. but kalo da lepak ngn laki mmg kne tau pasal isu semasa (not dat i say ngn pompuan tak perlu tau. but not dat important kot. hihi) sekali2 mmg kne mcelah gak. bosan kot dok saje je.
mencelah bile perlu :)
reyn:
wah. so bye bye eh? hebatnya kau. huhu
noin:
sebab ada kau memangla citer isu semasa je, cuba takda kau, kau sendiri takleh tahan benda yang dibualkan tuh. haha
babi, tak dapat aku tengok komen tadi. takbes langsung menatang ni.
aku sedang usahakan nih,
Catat Ulasan