15.6.10

orang pekak dan bisu

Tak silap aku lah, orang kata orang pekak itu bisu sebab dia tak dengar apa orang cakap jadi dia tak tahu nak cakap macam mana, yang mana ia menjadikannya bisu atau dengan kata lain tak tahu bercakap dan tiada idea lansung bagaimana bunyi orang bercakap.

Jadi kita akan dengar orang bisu cakap macam entah apa-apa, tapi macam dia cuba menyampaikan sesuatu.

Penyampaian memerlukan komunikasi yang mana memerlukan bahasa. Dan orang bisu dan pekak ini cuba berkomunikasi, Jadi, aku macam terfikir adakah orang bisu dan pekak ini mencipta bahasanya sendiri? dan kalau dia mencipta bahasanya sendiri sebab dia tak boleh dengar apa yang orang lain cakap, atas dasar apa yang bahasa itu dicipta? adakah dia pakai sedap mulut sahaja?

Atau mungkin begitu juga satu bahasa itu dicipta? Pakai sedap mulut dan akhirnya tersebar dan jadi satu bahasa.

Bagaimana kalau aku mengambil beberapa orang bayi dan letak dalam satu bilik dari kecil hingga besar dan tengok bagaimana mereka berkomunikasi. Aku agak mesti mereka akan cakap dalam bahasa sendiri, tapi hairan juga bagaimana mereka akan boleh faham satu sama lain dan akhirnya menjadikan bahasa itu sebagai pertuturan. Kira macam sudah ada vocabulary sendiri.

memang hairan atau aku sahaja yang tak tahu.




>>sukasukaphoto untuk gambar penuh tapi tak penuh sangat la. Flickr aku dah limit. siapa baik hati tolong beri aku duit supaya aku boleh upload unlimited gambar.

2 carutan balas:

reverie 15 Jun 2010 pada 3:29 PTG  

apa yang kau cakapkan ni adalah universal grammar yang mana dalam linguistic, linguists claim yang UG ni ada dalam semua manusia. kira quality yang ada dan sama dalam semua manusia tak kira apa language.

Orang bisu tak boleh cakap macam yang kita cakap sebab sistem kita cakap ni hanya accommodate manusia-manusia yang normal. Orang bisu tak sedar pun apa yang diorang cakap dan kita tak faham apa yang diorang cakap. Diorang guna cara lain untuk komunikasi spt gestures dan sbgnya.

Tang perbualan antara orang bisu dgn orang bisu tu aku tak pernah research lagi jadi aku pun tak tau.

AkuKopiKauSiapa? 15 Jun 2010 pada 6:22 PTG  

reverie:
oh..aku tak begitu faham sangat..nanti aku google pasal universal grammar.

tapi,

quality tu maksud dia macam mana? kira macam semua orang akan tahu cakap ke? kira kalau persoalan aku tentang meletakkan bayi dari kecil sampai besar tu,

akhirnya mereka akan buat bahasa sendiri sebab universal grammar tu ke? macma tu ke?

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP