17.6.10

hari ini 43 : aku tak tengok bola

Zelan futsal tournament 2010 > nikon d40x

Sejujurnya aku bukan seorang yang minat tengok bola, mungkin sebab tiada sebab yang khusus untuk aku tengok bola. Aku tak tahu nak sokong team mana, dan aku sendiri tak faham dengan orang yang terlampau obses dengan kelab itu ini macam nak gila. serius aku tak faham. Aku hampir macam tiada perasaan.

Terasa macam kurang lelaki bila aku kurang tengok bola dan tambah lagi bila aku tak minat kereta.

Tiada sebab untuk aku terlampau sokong kelab dari negara lain, atau sokong negara lain bersungguh-sungguh. Tapi bila mahu tengok piala malaysia pulak, masing-masing main macam gentel telur. Jadi tiada sebab yang patut untuk aku terlampau minat bola.

Aku tak terlampau obses untuk sokong mana-mana, malah tiada kelab kegemaran pon, kalau ada orang tanya aku, "weh shi, kau kelab mana?", aku tak tau nak jawab apa.

Tak kiralah dulu aku seorang ketagih dengan game Footbal manager, aku tetap tak tahu nak sokong mana, walaupun player aku kenal, aku tahu pasal strategi sikit-sikit (sebab FM punya pasal), aku tetap tak tahu nak sokong team mana.

Tapi world cup ini aku seperti biasa akan sokong ivory coast. tanpa sebab. mungkin sebab nama negara itu best.

Dan setiap kali aku tengok world cup ni, aku cuma akan sokong team yang under dog, sebab aku suka tengok kepuasan player team yang underdog tu bila gol..macam ikhlas.

bodo sial.

10 carutan balas:

Tanpa Nama,  17 Jun 2010 pada 10:07 PTG  

Aku tgk bola bila dkt stadium je.
Sebabnya aku suka tempat hiruk.rasa best.
Selebihnya aku lgsg xpaham kenapa org obses dgn bola.
Oh.dan semua tendangan y dpn gol semua pun aku pggl penalty.
Hahaha.

reverie 17 Jun 2010 pada 10:33 PTG  

tengok orang yang tengok bola. bookies, loyal and plastic supporters, analysis. Aku tak tengok lagi world cup ni. tapi aku support african punya vuvuzela dan jabulani! fak all the whiners and excuse-givers. Nak sama setiap kali, buat fixed world cup and use fixed facilities la.

karatz 19 Jun 2010 pada 12:46 PTG  

aah.aku pun kdg2 rasa macam ade pusi je bila aku x minat sgt psl kete padahal org len lebalebo cite psl spotrim,tayar,spanar wat ever..apedehal beb,kan?haha

x kesa la weh..dunia ini penuh kaler kerana tidak semua org sama.

Ain bintu Amir 19 Jun 2010 pada 10:49 PTG  

haha.
part last takley blah :p

n btw tgk bola da cam 1 kepuasan bile leh tgk strategi dorg, how they pass de ball,cooperate each other ;D

paling xle blah yg kaki blakon tuh. kne langgar sket da gaye cam kene langgar lori. hoho

apekzer 20 Jun 2010 pada 9:23 PG  

ko tangkap gambar ntok wisma zelan ke? cayalah bumiputera.

verification words aku "meristat", die soh aku ristat komputer ke ape?

AkuKopiKauSiapa? 20 Jun 2010 pada 9:57 PG  

duan:
aah. futsal je. aku tak tau nak tangkap gambar ape weih. haha.

meristat bukan suruh. itu maknanya dia yang sedang meristat. kata kerja.

duan,  20 Jun 2010 pada 10:42 PG  

duan: tak bes dowh ko punye menatang ni. buat susahkan orang je. tuka la.

akukopi,  20 Jun 2010 pada 10:45 PG  

bising ar kau. haha

duan,  20 Jun 2010 pada 11:51 PG  

siyes tak bes dowh

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP