25.6.10

kena mengena kawasan lapang dan pembentukan masyarakat

Depan rumah aku ada taman tasik yang sangat besar yang boleh dilihat melalui tingkap dan sangat hijau untuk dipandang setiap pagi.Sebelum pergi kerja aku biasa akan tengok di luar tingkap dan melihat matahari 'golden hour' keluar melalui celah-celah pokok. Cantik.

ok,

Kawasan lapang boleh jadi padang permainan, tempat rekreasi, padang bola, taman mainan, asalkan ia lapang, kalau kau tinggal dalam kawasan taman perumahan yang siap dalam tahun 80-an atau awal 90-an, kebanyakan kawasan lapang ini biasanya berdekatan dengan masjid atau surau.

Kalau dalam garis panduan perancangan bandar, kawasan hijau ini sepatutnya disediakan sebanyak 10% dari keseluruhan kawasan pembangunan tersebut. ia untuk penjagaan alam sekitarlah kononnya.

Tapi pastinya kawasan lapang ini penting dalam pembentukan masyarakat.

Ia tempat penting dalam membentuk masyarakat kerana ia tempat untuk melakukan aktiviti seperti interaksi sosial, rekreasi dan beromen.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP