Sikit pasal ekspresi
Ekspresi diri atau meluahkan ini boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Ada orang yang melukis dan meluahkan rasa hati, menulis lagu, menulis seperti yang aku tulis ini, menyanyi, membuat kek dan pelbagai lagi.
Ekspresi ini seperti macam satu alasan untuk seseorang itu fokus dalam kawasannya sendiri.
Yang hebat pasal ekspresi ini ialah orang yang cuba mentafsir ekspresi orang lain bersifat bebas. Ia topik yang sangat luas untuk ditafsirkan dan seperti orang yang cuba mentafsirkan ekspresi itu akan merasai benda itu terhadap dirinya juga.
Orang yang menulis panjang lebar seperti aku tulis ni akan memberikan makna yang sangat jelas untuk kau fahami, ia tidak berbelit, tiada bunga-bunga dan kadangkala tiada maksud tersirat lansung. Jadi ia masuk dalam kepala hotak kau dengan lebih jelas, mudah dibaca, dan terang-terangan. Jadi tiada apa yang kau akan cuba tafsirkan selain menerimanya secara bulat-bulat. Cuma sesetengah orang yang faham, iaitu selalunya orang yang disekeliling aku.
Kadangkala boleh jadi juga ekspresi itu tidak perlu ditafsirkan, seperti orang yang membuat kek, orang yang mengambil gambar, orang yang melompat setempat sebanyak mungkin, budak shuffle, dan macam-macam lagi yang tiada kena mengena dan tidak difahami. Apakah ekspresi yang mahu disampaikan? Tapi orang yang ekspreskan diri itu pasti puas bukan?
Semua orang ada cara untuk ekspresi diri, pasti ada, cuma kau sedar atau tak sedar sahaja lah yang sebenarnya kau sedang lakukan itu sebagai kepuasan. Seperti aku, aku menulis untuk meluahkan, kemudian hisap rokok.
Seperti sekarang, aku sudah habis menulis tanpa draft dan terus-menerus tulis dan mengharapkan idea keluar semasa menaip, kemudian aku nak hisap rokok.
5 carutan balas:
kalu bas ekspress die ekspresikan ape pulak?
sye ekspresi dr dgn berfikir n diam... huhuuuu
duan :
aku dah agak kau akan mengarut
senandung semalam:
bagus untuk kau.
itulah ekspresi aku.
aku suka melepas eksperesi melalui belog..tak kiralah aku tulis apa pun..menulis adalah cara sistem kepala otak aku melepas eksperesi.belog adalah kawawsan aku.
kadang2 bergyut kat telefon.
Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat
Catat Ulasan