24.6.10

tips macam babi dalam fotografi

kamera aku dah siap servis, jadi aku dengan baik hatinya ingin membuat promosi paling hensem kali kedua iaitu AMBIL GAMBAR KAMU SECARA PERCUMA. Syaratnya mudah sahaja,

1. berumur 33 tahun kebawah.
2. mestilah couple, family taknak
3. perempuannya mesti berambut panjang lebih paras bahu.
4. tiada syarat khusus untuk lelaki.
5.tarikh aku tentukan

kalau nak, sila hantar email ke akukopikausiapa[at]gmail[dot]com dengan tajuk, 'kepada abang akukopi yang baik hati dan beriman"

-sukasukaphoto oleh akukopi.-

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok, kepada tajuk asal,

Aku tak cukup hebat untuk buat tips pasal benda-benda macam lighting la, composition la ape kejadah tu semua, serius aku tau benda macam tu sikit-sikit je. Dan aku sangat ingin belajar.

Jadi kalau kau nak setakat amik gambar standard aku punya gambar je, ini tips yang kau perlu ikut.

1. wajib untuk kamu membenci gambar orang lain dan merasa sakit hati.
bila kau tengok gambar orang lain yang kau rasa tak cantik tapi pakai kamera gabak. Tanamkan perasaan benci yang meluap-luap dalam diri. Ini adalah untuk memberi motivasi kepada kau untuk amik gambar yang bagus-bagus dan supaya kau tahu betapa orang benci gambar tak cantik.

Disebabkan itu aku selalu rasa bersalah kalau aku ambil gambar orang tak cantik sebab aku faham perasaannya dan disebabkan itu juga aku eltak harga murah gila babi. Sebab aku rasa gambar aku ambil tak cukup mahal, jadi letak harga murahlah.

2. Wajib bagi kamu untuk menjadi seperti monyet.
Menjadi monyet bukanlah bermaksud memanjat pokok dan membaling barang tidak tentu hala. Menjadi monyet ialah kau perlu kelihatan teruja, energetic dan tidak merasa sakit hati kepada orang yang diambil gambar tidak kira betapa susahnya orang itu nak pose.

Untuk ambil gambar orang yang sedang senyum dan bergelak ketawa, kau perlulah menjadi monyet seketika, dengan cara ini orang yang diambil gambar pon akan jadi macam monyet kerana melihat kau seperti monyet.

maka semua orang akan jadi gila, dan masa itu kau tangkaplah gambar. Supaya orang yang diambil gambar pon nanti akhirnya akan gelak bila tengok gambar sendiri kemudian dan merasa seronok lepas sesi tangkap gambar.

3. wajib bagi kamu merasa gian.
Gian untuk ambil gambar adalah sangat penting. Seperti sekarang aku merasa gian untuk ambil gambar couple. Jadi aku buat promosi paling hensem tersebut. Tidak kiralah kau punya gambar cantik ke, tak cantik ke, paling utama sekali ialah kegianan untuk ambil gambar orang. Jangan sebab duit, tapi sebab gian nak amik gambar tu paling penting sekali dalam dunia.

Kalau tak caya cuba kau amik gambar sebab kau sedang merasa gian, dan kau amik gambar bila kau tengah takda duit minggu tu je.

Beza beb.

*

ok.

Itu sahaja yang aku selalu buat. Jadi kalau setakat nak amik gambar standard aku. Pakailah tips aku. Kalau kau nak amik gambar gila babi hebat melampaui batas angkasa tahap infiniti +1, ini bukan tips yang kau boleh percaya sangat.

4 carutan balas:

yonna 24 Jun 2010 pada 12:56 PTG  

gambar2 kau lawa bro! seriuss,heee aku suka tengok :)

akukopi,  24 Jun 2010 pada 7:04 PTG  

terima kasih.

eyena Jamil 25 Jun 2010 pada 10:06 PTG  

aku suka entry nie. kena straight forward kt diri sndri jgk. thnks mushi =)

akukopi,  26 Jun 2010 pada 11:33 PTG  

sama sama aina

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP