30.6.10

Harap ini bukan pesan terakhir 8

Nikon d100 >>aperture>>ammar+linda

Lama tak tulis harap ini bukan pesan terakhir, mungkin sebab belakangan ini agak gembira rasa di hati. Sebab apa? banyak sebab, terlampau banyak yang mungkin tak payah tulis kat sini.

1. 'fake' atau berpura-pura adalah sangat penting. Cuba belajar cara berpura-pura paling berkesan. Sangat tipu kalau ada orang boleh hidup atas dunia ini dengan menjadi berterus-terang. Yang mana dulu aku seorang yang berterus-terang. Sangat.

Dan aku faham, aku perlu fake untuk mengelakkan banyak pertelingkahan. Dan kemudian elakkan terus orang yang tak disukai.

2. Kalau kita terlampau sangat benci orang, terutamanya terhadap perangai mereka, pasti ada satu masa nanti perangai tu akan jadi kat kau pulak. seriously, aku pon tak tau apesal. Masa tu baru kau akan sedar akhirnya kau sama je. dan betapa penting untuk kau menerima orang lain.

Kali ini pesan sedikit.



Read more...

28.6.10

gambar seketul (6)


tu tu..apa tu?

hahaha.



Read more...

27.6.10

macam dah lama tak pakai photoshop

Aku sebenarnya dah lama tak pakai photoshop untuk edit gambar. Asyik pakai Aperture je. So akhirnya aku ketahui, photoshop memang paling terbaik sekali. Tidak disangkal.

Semua gambar diambil pakai d40x aku yang baru keluar kedai, dan edit pakai photoshop cs3.

DSC_0034
1.nasirah
DSC_0059
2.mimie dan ammar
Untitled-1
3.birthday ammar
Untitled-2
4. hadiah hari jadi.salah size
DSC_0074
5. pen paling cool dalam dunia.
DSC_0080
6. pancake.
Untitled-3
7. manusia pelik dan makanan pelik
DSC_0094
8. gigi macam nak jilat.




Read more...

25.6.10

kena mengena kawasan lapang dan pembentukan masyarakat

Depan rumah aku ada taman tasik yang sangat besar yang boleh dilihat melalui tingkap dan sangat hijau untuk dipandang setiap pagi.Sebelum pergi kerja aku biasa akan tengok di luar tingkap dan melihat matahari 'golden hour' keluar melalui celah-celah pokok. Cantik.

ok,

Kawasan lapang boleh jadi padang permainan, tempat rekreasi, padang bola, taman mainan, asalkan ia lapang, kalau kau tinggal dalam kawasan taman perumahan yang siap dalam tahun 80-an atau awal 90-an, kebanyakan kawasan lapang ini biasanya berdekatan dengan masjid atau surau.

Kalau dalam garis panduan perancangan bandar, kawasan hijau ini sepatutnya disediakan sebanyak 10% dari keseluruhan kawasan pembangunan tersebut. ia untuk penjagaan alam sekitarlah kononnya.

Tapi pastinya kawasan lapang ini penting dalam pembentukan masyarakat.

Ia tempat penting dalam membentuk masyarakat kerana ia tempat untuk melakukan aktiviti seperti interaksi sosial, rekreasi dan beromen.



Read more...

24.6.10

tips macam babi dalam fotografi

kamera aku dah siap servis, jadi aku dengan baik hatinya ingin membuat promosi paling hensem kali kedua iaitu AMBIL GAMBAR KAMU SECARA PERCUMA. Syaratnya mudah sahaja,

1. berumur 33 tahun kebawah.
2. mestilah couple, family taknak
3. perempuannya mesti berambut panjang lebih paras bahu.
4. tiada syarat khusus untuk lelaki.
5.tarikh aku tentukan

kalau nak, sila hantar email ke akukopikausiapa[at]gmail[dot]com dengan tajuk, 'kepada abang akukopi yang baik hati dan beriman"

-sukasukaphoto oleh akukopi.-

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok, kepada tajuk asal,

Aku tak cukup hebat untuk buat tips pasal benda-benda macam lighting la, composition la ape kejadah tu semua, serius aku tau benda macam tu sikit-sikit je. Dan aku sangat ingin belajar.

Jadi kalau kau nak setakat amik gambar standard aku punya gambar je, ini tips yang kau perlu ikut.

1. wajib untuk kamu membenci gambar orang lain dan merasa sakit hati.
bila kau tengok gambar orang lain yang kau rasa tak cantik tapi pakai kamera gabak. Tanamkan perasaan benci yang meluap-luap dalam diri. Ini adalah untuk memberi motivasi kepada kau untuk amik gambar yang bagus-bagus dan supaya kau tahu betapa orang benci gambar tak cantik.

Disebabkan itu aku selalu rasa bersalah kalau aku ambil gambar orang tak cantik sebab aku faham perasaannya dan disebabkan itu juga aku eltak harga murah gila babi. Sebab aku rasa gambar aku ambil tak cukup mahal, jadi letak harga murahlah.

2. Wajib bagi kamu untuk menjadi seperti monyet.
Menjadi monyet bukanlah bermaksud memanjat pokok dan membaling barang tidak tentu hala. Menjadi monyet ialah kau perlu kelihatan teruja, energetic dan tidak merasa sakit hati kepada orang yang diambil gambar tidak kira betapa susahnya orang itu nak pose.

Untuk ambil gambar orang yang sedang senyum dan bergelak ketawa, kau perlulah menjadi monyet seketika, dengan cara ini orang yang diambil gambar pon akan jadi macam monyet kerana melihat kau seperti monyet.

maka semua orang akan jadi gila, dan masa itu kau tangkaplah gambar. Supaya orang yang diambil gambar pon nanti akhirnya akan gelak bila tengok gambar sendiri kemudian dan merasa seronok lepas sesi tangkap gambar.

3. wajib bagi kamu merasa gian.
Gian untuk ambil gambar adalah sangat penting. Seperti sekarang aku merasa gian untuk ambil gambar couple. Jadi aku buat promosi paling hensem tersebut. Tidak kiralah kau punya gambar cantik ke, tak cantik ke, paling utama sekali ialah kegianan untuk ambil gambar orang. Jangan sebab duit, tapi sebab gian nak amik gambar tu paling penting sekali dalam dunia.

Kalau tak caya cuba kau amik gambar sebab kau sedang merasa gian, dan kau amik gambar bila kau tengah takda duit minggu tu je.

Beza beb.

*

ok.

Itu sahaja yang aku selalu buat. Jadi kalau setakat nak amik gambar standard aku. Pakailah tips aku. Kalau kau nak amik gambar gila babi hebat melampaui batas angkasa tahap infiniti +1, ini bukan tips yang kau boleh percaya sangat.



Read more...

23.6.10

gambar seketul (5)


Aku rasa aku tak pernah upload gambar ni.

Dah lama gila, hampir 4 tahun yang lepas, masa itu aku takde kamera lagi, amik sendiri, pakai digital camera biasa je, set timer, letak atas batu, edit pakai adobe cs2.

walau masa itu baru-baru belajar edit gambar, gambar ni sampai sekarang aku tetap paling suka sekali dalam dunia.



Read more...

21.6.10

kehebatan perokok dalam bahasa

mula-mula, comment box aku sudah ditukar, jadi comment-comment yang sebelum ini semua sudah hilang, sedih jugak, tapi tak mengapa.

OK,

Kalau dalam bahasa melayu, kita akan guna imbuhan "pe..." untuk menunjukkan kepada pelaku tersebut. Jadi mari kita guna sedikit contoh seperti orang yang menembak kita akan panggil sebagai 'penembak', orang yang bermain kita akan panggil sebagai 'pemain', orang yang menyanyi kita akan panggil sebagai 'penyanyi', lagi. 'penari', 'penonton', 'perogol' dan macam-macam lagi.

Dan jika kita perhatikan coraknya, imbuhan 'pe...' digunakan sebelum kata kerja seperti diatas,"tembak, main, tonton, rogol". Ini adalah untuk menunjukkan kepada pelaku tersebut.iaitu orang yang melakukan perkara tersebut.

Tapi 'rokok' bukan lah satu kata kerja, ia cuma kata nama, tapi kita panggil orang yang merokok sebagai perokok.

Cuba kita ganti perkataan rokok dengan kata nama lain tapi menggunakan imbuhan 'pe...'. Kita ambil kata nama lain.

Maka ia akan jadi pelik, seperti 'pebola', 'peseluar', 'petelevisyen'. Tidak kena bukan?

Jadi mengapa rokok tidak pelik bila digunakan dengan imbuhan 'pe...'?

Ternyata perokok hebat dan diiktiraf dalam bahasa melayu.

haha.



Read more...

19.6.10

pasal rokok dan first date

penulis/perokok

Sebenarnya ini adalah entri kedua yang penulis sudah tulis hari ini, yang mana yang pertama tadi sudah dibuang kerana bunyinya kekok, tajuknya ialah "sikit pasal first date",

Terasa lama penulis sudah tidak tulis topik-topik isu gadis dan lelaki seperti yang begitu, yang selalunya cuma ditulis bila penulis sedang mengalami perasaan yang sebegitu, dan disebabkan penulis sudah membuangkan perasaan sebegitu jauh-jauh, bila ditulis hal sedemikian, perasaannya jadi kekok.

Dalam entri "sikit pasal first date" itu, penulis ada menceritakan tentang perasaannya yang pelik bila dirinya melihat atau mendengar cerita tentang orang yang ajak gadis keluar untuk kali pertama dan akhirnya melepak dengan rakan-rakan lelakinya dan akhirnya gadis itu menjadi kebosanan sebab tak tahu nak cakap apa. "kesian", kata penulis.

Penulis juga memberikan beberepa tips untuk ajak gadis kali pertama seperti sediakan diri anda dengan pengetahuan am dan jokes yang dicilok dari internet dengan kadar banyak dan bersahaja. Ini sebab penulis menganggap semua orang suka jokes yang tidak melampau dan paling penting ialah digunakan dengan sebaik-baiknya. Penulis menyebut, " kau janganlah jadi bangang, orang cerita penting-penting, kau masukkan lawak tak pasal-pasal. itu dah jadi menjengkelkan"..dan penulis anggap semua orang suka pengetahuan am.

penulis juga menganggap first date tidak boleh lama, ia perlu dalam sejam atau dua jam sahaja. dan aktiviti utama ialah duduk minum dan berborak, itu sahaja. Dalam ayat akhirnya, penulis menyebut, "kalau kau nak pergi tengok wayang ke, main gentel telur ke, itu semua lain kali".

Pasal rokok penulis bercadang sambung esok, kerana perlu penerangan lebih panjang.Penulis menganggap pembacanya akan kurang baca kalau panjang sangat.

Penulis mengucapkan selamat,



Read more...

17.6.10

hari ini 43 : aku tak tengok bola

Zelan futsal tournament 2010 > nikon d40x

Sejujurnya aku bukan seorang yang minat tengok bola, mungkin sebab tiada sebab yang khusus untuk aku tengok bola. Aku tak tahu nak sokong team mana, dan aku sendiri tak faham dengan orang yang terlampau obses dengan kelab itu ini macam nak gila. serius aku tak faham. Aku hampir macam tiada perasaan.

Terasa macam kurang lelaki bila aku kurang tengok bola dan tambah lagi bila aku tak minat kereta.

Tiada sebab untuk aku terlampau sokong kelab dari negara lain, atau sokong negara lain bersungguh-sungguh. Tapi bila mahu tengok piala malaysia pulak, masing-masing main macam gentel telur. Jadi tiada sebab yang patut untuk aku terlampau minat bola.

Aku tak terlampau obses untuk sokong mana-mana, malah tiada kelab kegemaran pon, kalau ada orang tanya aku, "weh shi, kau kelab mana?", aku tak tau nak jawab apa.

Tak kiralah dulu aku seorang ketagih dengan game Footbal manager, aku tetap tak tahu nak sokong mana, walaupun player aku kenal, aku tahu pasal strategi sikit-sikit (sebab FM punya pasal), aku tetap tak tahu nak sokong team mana.

Tapi world cup ini aku seperti biasa akan sokong ivory coast. tanpa sebab. mungkin sebab nama negara itu best.

Dan setiap kali aku tengok world cup ni, aku cuma akan sokong team yang under dog, sebab aku suka tengok kepuasan player team yang underdog tu bila gol..macam ikhlas.

bodo sial.



Read more...

16.6.10

gambar seketul (4)

DSC_0087

DSC_0230

DSC_0295

3

sentul park > d40x pinjam je > aperture >> sukasukaphoto



Read more...

15.6.10

orang pekak dan bisu

Tak silap aku lah, orang kata orang pekak itu bisu sebab dia tak dengar apa orang cakap jadi dia tak tahu nak cakap macam mana, yang mana ia menjadikannya bisu atau dengan kata lain tak tahu bercakap dan tiada idea lansung bagaimana bunyi orang bercakap.

Jadi kita akan dengar orang bisu cakap macam entah apa-apa, tapi macam dia cuba menyampaikan sesuatu.

Penyampaian memerlukan komunikasi yang mana memerlukan bahasa. Dan orang bisu dan pekak ini cuba berkomunikasi, Jadi, aku macam terfikir adakah orang bisu dan pekak ini mencipta bahasanya sendiri? dan kalau dia mencipta bahasanya sendiri sebab dia tak boleh dengar apa yang orang lain cakap, atas dasar apa yang bahasa itu dicipta? adakah dia pakai sedap mulut sahaja?

Atau mungkin begitu juga satu bahasa itu dicipta? Pakai sedap mulut dan akhirnya tersebar dan jadi satu bahasa.

Bagaimana kalau aku mengambil beberapa orang bayi dan letak dalam satu bilik dari kecil hingga besar dan tengok bagaimana mereka berkomunikasi. Aku agak mesti mereka akan cakap dalam bahasa sendiri, tapi hairan juga bagaimana mereka akan boleh faham satu sama lain dan akhirnya menjadikan bahasa itu sebagai pertuturan. Kira macam sudah ada vocabulary sendiri.

memang hairan atau aku sahaja yang tak tahu.




>>sukasukaphoto untuk gambar penuh tapi tak penuh sangat la. Flickr aku dah limit. siapa baik hati tolong beri aku duit supaya aku boleh upload unlimited gambar.



Read more...

13.6.10

Sikit pasal ekspresi

Ekspresi diri atau meluahkan ini boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Ada orang yang melukis dan meluahkan rasa hati, menulis lagu, menulis seperti yang aku tulis ini, menyanyi, membuat kek dan pelbagai lagi.

Ekspresi ini seperti macam satu alasan untuk seseorang itu fokus dalam kawasannya sendiri.

Yang hebat pasal ekspresi ini ialah orang yang cuba mentafsir ekspresi orang lain bersifat bebas. Ia topik yang sangat luas untuk ditafsirkan dan seperti orang yang cuba mentafsirkan ekspresi itu akan merasai benda itu terhadap dirinya juga.

Orang yang menulis panjang lebar seperti aku tulis ni akan memberikan makna yang sangat jelas untuk kau fahami, ia tidak berbelit, tiada bunga-bunga dan kadangkala tiada maksud tersirat lansung. Jadi ia masuk dalam kepala hotak kau dengan lebih jelas, mudah dibaca, dan terang-terangan. Jadi tiada apa yang kau akan cuba tafsirkan selain menerimanya secara bulat-bulat. Cuma sesetengah orang yang faham, iaitu selalunya orang yang disekeliling aku.

Kadangkala boleh jadi juga ekspresi itu tidak perlu ditafsirkan, seperti orang yang membuat kek, orang yang mengambil gambar, orang yang melompat setempat sebanyak mungkin, budak shuffle, dan macam-macam lagi yang tiada kena mengena dan tidak difahami. Apakah ekspresi yang mahu disampaikan? Tapi orang yang ekspreskan diri itu pasti puas bukan?

Semua orang ada cara untuk ekspresi diri, pasti ada, cuma kau sedar atau tak sedar sahaja lah yang sebenarnya kau sedang lakukan itu sebagai kepuasan. Seperti aku, aku menulis untuk meluahkan, kemudian hisap rokok.

Seperti sekarang, aku sudah habis menulis tanpa draft dan terus-menerus tulis dan mengharapkan idea keluar semasa menaip, kemudian aku nak hisap rokok.



Read more...

8.6.10

Entri Murahan : Review Lagenda Budak Setan

Sejujurnya aku bukan seorang yang baca novel, tapi disebabkan kononnya Lagenda budak setan ini satu macam kegilaan pada zaman dulu aku baca lah. Masa itu baru sekolah rendah.

Jujurnya novel dia betul-betul aku suka,plotnya cantik. Konfliknya sesuatu yang lain.

Jadi sekarang sudah keluar filem, dan seperti yang dijangka, aku mungkin macam letak harapan yang sangat tinggi dalam filemnya. Walaupun dah lama aku baca, aku ingat lagi plotnya bagaimana. Jadi lepas tengok semalam di OU, aku rasa gila kecewa, kerana benda bodoh yang sangat tak diambil berat. Jadi ini antara perkara yang aku senaraikan lah.

1. Penonton tak diberitahu, Kasyah itu ambil course apa sebenarnya kat universiti tu? tiba-tiba sahaja kena pergi study pasal design apa lancau ntah, lepastu tiba-tiba dah habis, Ayu dah ada mamat lain, tiba-tiba Kasyah jadi fotografer. Apakah lancaunya citer nih? hancur gila. Aku blur.

Sebab ada satu part yang dia ada kelas "international marketing". Tapi rupanya dia design-based punya course. Bodoh tak? sekurang-kurangnya biar la kelas ada kena mengena. Biar penonton faham.

2. Ceritanya terlampau pendek, aku tak sempat nak feel kejahatan Kasyah, sepatutnya biar dia buli ayu tu banyak kali, baru dia tersedar dia sebenarnya suka ayu. Ini kau punya la jahat, tiba-tiba jumpa awek cun terus cair. Adeh. bangang. Laju sangat.

3. Feel kemesraan Kate itu perlu lebih lama, lebih mesra, biar penonton sampai benci Kate. Sama rasa benci masa baca novel. Ini sekejap sangat mesra, tiba-tiba Kate macam jeles Kasyah nak kahwin, penonton pon pelik, apehal minah ni nak jeles lebih plak ni?

4. Ada satu part Doktor bermuka india, bercakap ala india, dan dia lepas check mak ayu tu dia cakap, "alhamdulillah, ibu kamu sihat". Aku sungguh pelik, kalau dia nak Doktor tu cakap Alhamdulillah pon, perlu sangatkah doktor tu berbangsa India? Bukan tak boleh, tapi pelik.

5. Cara pemberitahuan yang emilia sebenarnya Ayu tak cukup buat aku teruja. Sepautnya biar orang ingat ayu dah mati.

6. Selepas buat pembedahan plastik, Ayu menjadi tidak cun. Aku tertanya-tanya ada ke orang yang buat pembedahan plastik mahu jadi tidak cun? Apalah, bangang betul. Sekurang-kurangnya ambil lah orang yang berkulit sama warna. Ini macam salin satu badan. Dan mungkin buat pembedahan supaya buncit sedikit. Adeh.

Banyak lagi yang kalau ditulis akan jadi terlampau panjang. Kesimpulannya ialah cerita ini terlampau laju, banyak buang masa di tempat yang tak patut, dan isi percakapan yang bangang dan tidak menusuk kalbu.

Tapi Que Haidar punye character memang jadi, patternnya betul. Respek que haidar.Fazura pon aku suka. Watak dua ini lebih berkesan dari farid kamil dengan Lisa Surihani. Serius dedua tu bangang. Aku rasa farid kamil tak baca pon novel ni. bodoh gila.tak feel lansung.

Tapi sesiapa yang baca novel ini, aku rasa kamu patut tengok. Sekadar pelengkap hujung minggu. Atau mungkin kamu tak nak tonton filem ini supaya tidak mahu hilangkan feel kau terhadap novel ini.

Sumpah pengarah ni bangang.



Read more...

4.6.10

gambar seketul (3)

1_673620764l

Pekan, pahang.



Read more...

3.6.10

konsep bakal filem pendek

( dalam bas. masa awal-awal jakun dapat camera.3 taun yg lepas)


Seperti yang digembar-gemburkan oleh aku dengan hebatnya mengenai kononnya aku ingin membuat filem pendek aku yang kedua. Tema yang dicadangkan pon aku masih kurang jelas. Kononnya perlu bermula dari belakang. Rewind. Kira konon style flashback lah. ini untuk kaed fest UIA. Aku tengok iklan di facebook.

Jadi ini antara idea kasar aku,

1. Takkan lah aku bodoh-bodoh mahu buat flashback pula kan? Gila tak best. Mungkin aku ingin cuba buat yang mula-mula dia start 5 saat. Contoh ada orang basuh muka, dan bila dia bangun tengok cermin sahaja ada hantu belakang, then baru mula cerita lah. Dan bila sampai penghujungnya, sampai semula time yang dia nampak hantu tu, dan sebenarnya, macam tiada kena mengena dengan awal tadi, kira macam tak boleh dijangkalah kononnya. Kononnya jelah.

2. Atau mungkin suatu cerita yang terlampau perlahan, yang sarat dengan cakap-cakap yang penting. Dan mungkin bila start cerita, begini,

-Fade dari black perlahan-lahan tunjuk muka pompuan sedang tunduk konon kat kedai makan.
-dan lepastu contoh dia cakap, "saya tau, saya tak boleh dapat semua atas dunia ni" sambil pandang kamera.
-lepas tu tunjuk muka lelaki pulak, mcm muka kecewa
-lepas tu fade black,
-tunjuk mamat tadi tu lari(kamera dari depan)muzik lagu radiohead -bones.
-lepastu aku pon tak tau. haha.
-lepastu bla..bla..bla.. cerita tahpape..sampai la kedai makan tu semula.
-kira macam kesimpulan yang membawa kepada cerita tu lah.
-tak paham kn?.haha

3. atau mungkin cerita yang terlampau simple, contohnya macam cerita mengenai satu budak yang suka tergelak dan apa yang berlaku sebenarnya yang menyebabkan dia kuat gelak sehingga tak berhenti dan akhirnya dia mati kerana gelak. Jadi mungkin ceritanya begini :

-Starting cerita je tunjuk budak tu gelak gila babi, kalau boleh budak tu gemuk, dan gelak yang jenis terhenjut2. dalam 3 saat.
-kemudian tunjuk perihal budak tu yang dahulunya seorang yang pendiam dan jenis mystery dan selalu dibuli dengan kejamnya. Kira sangat teruklah,
-kemudian mungkin ada satu benda yang aku belum fikir yang buat dia tiba-tiba gelak terlampau besar, (membawa kepada babak yang awal-awal tadi)
-kemudian dia mati, kira macam masa time ni, semua penonton akan,"aaawwww...budak tu mati pulak..ruginya..."
-apa yang rugi? aku pon tak fikir lagi.

4. Reveriemalaya, mencadangkan aku supaya buat cerita mengenai sifat orang melayu tentang isu israel ini, dan educate mengenai perbezaan zionis dengan yahudi.

dan aku reply dan diedit,

"kita bising-bising sangat sangat pasal yahudi bom islam. Tapi aku rasa, orang lebih banyak cakap perihal bom itu, perihal teori konspirasi, perihal freemason dan pelbagai lagi, dari sembahyang kat masjid dan ingin bersatu. Cakap pung-pang-pung-pang, sembahyang tidak pula? Cakap pung-pang tapi hati busuk lagi, dengki lagi. sama saja macam yahudi. cakap pung-pang tapi tanak pula bersatu, bercakap dia paling kuat, tapi amalan tarak.

Aku cuma tanak jadi sebahagian dari orang begitu.

Aku percaya, kalau kau, aku dan semua orang lain ikut sahaja ajaran islam, segala ajarannya, freemasonlah, apa-apa konspirasi lah, semua pon tidak berguna. itu cuma yang aku rasa.

Jadi aku cuma ingin buat sesuatu yang long-term, yang lebih target kepada seiap individu. supaya menyedarkan setiap orang betapa pentingnya bersatu ke, beramal ke, atau apa-apa lah yang lebih 'akar'.

Tapi idea tu yang aku tak jumpa lagi. "

Dan aku paling berminat dengan konsep yang ke-empat. Tapi tiada idea, terima kasih en.Reverie kerana menyumbangkan idea.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP