cara penyelesaian isu mansuh ptptn terhebat dalam dunia
sengaja buat tajuknya kedengaran hebat. maklumlah blog ni kan da kurang pembaca. jadi perlulah sesuatu yang sekurang kurangnya kedengaran hebat dan meletup letup pula.
aku mungkin malas sikit nak layan isu pasal mansuh ptptn ni sebab bagi aku sangat sampah. hampir tak logik kau pinjam duit lepastu sesedap rasa je nak buat demo mansuh kan ptptn. kira hutang semua setel tak pasal-pasal. ini orang kedah cakap,"hang biaq betoi?"
wah. dulu masa dapat duit ptptn pegi enjoy huha huha sana sini. beli handphone baru tetiap sem, lepastu nak beli buku minta mak bapak juga. lepastu da habis belajar tetiba nak buat demo mansuh ptptn? haha. seronok gila.
lepastu aku fikir balik.
mungkin sebenarnya boleh mansuh ptptn.
tapi yang dah hutang tu still kena bayar jugak.
maksudnya yang batch baru baru ni.
kira sistem ptptn dilupuskan terus.
sebab, graduan malaysia ni terlampau banyaklah. sebab nak masuk universiti macam senang sangat. habis habis sampah pon masuk kolej ntah apa apa nama ntah tak pernah dengar.
satu sebab senangnya ialah ptptn la. semua orang ada duit untuk masuk universiti.
bila graduan banyak, maknanya supply pon banyak. bila supply banyak, harga pon murah. kiranya gaji murah. member aku ada degree kerja gaji rm1400 je. terpaksa terima sebab susah nak dapat. maknanya orang ambil kesempatan sebab kalau orang tanak kerja, ramai lagi nak terima.
ini semua akibat terlebih graduan.
jadi kalau kerajaan sponsor, maka cuma sikit dapat masuk universiti, tapi yang masuk tu betul betul bagus. graduan pon sikit tapi ada kualiti.
mungkin orang yang heboh sangat pasal isu ptptn ni pon takde masa nak demo demo lalu belajar bersungguh sungguh.
masa sekolah dulu taknak belajar sungguh sungguh nak dapat scholar. lepastu tak dapat, pinjam duit ptptn. lepastu buat demo suruh mansuhkan. bodohnya lahai...
5 carutan balas:
Assalamulaikum, aku tak da la nak cakap betul salah buat demo nak mansuhkan hutang ni sebab aku tak pinjam. Tapi dah nama dah hutang memang kena la bayar balik. Cuma aku rasa benda macam ni timbul bila pemimpin2 sendiri hutang berjuta-juta lepas tu dilupuskan senang2 je. manalah orang tak marah dan nak benda yang sama juga keatas hutang mereka tu. just pendapat aku je la.
kata orang 'bapak borek anak rintik' in this case 'pemimpin borek rakyat rintik'.
aisyah lee
maka mereka dengan pemimpin sama je lah.
lahai..yang berjuang sgt pun budak2 FAILED jugak..so diorang bengang lah..masuk u failed lepas tu kena bayar duit pulak..mcm x berbaloi..haha
setuju dgn aisyah lee..yg jadi issue bile hutang tajudin yg melebihi 500juta dilupus,shahrizat yg amek 250 juta dibiarkan,n bnyk lagi x larat nak listkan kat sini..tu yg student2 tu jadi geram,as in 'diorang boleh kenape kami x boleh?'..tu je issue dier..so xboleh nak salahkan student tu 100%
Hm kalau aku la, aku rasa kurangkan sikit bunga yg dikenakan tu. And kalau boleh buat pendedahan awl apa yg diorg akn face kalau pinjam ptptn ni. Ketatkan lg peraturan supaya tak disia-siakan pinjaman yg diberi.
Byk org yg susah kt luar sana. Mgkin org akn ckp, kau nk blaja tinggi2, nk kerja bagu, pakai kereta mewah kne la start bersungguh2 dr sekolah kan.
Tp kita kena igt, bkn semua org akn capai tahap kematangan pada usia persekolahan.
Aku sendiri seorang student di uitm, result SPM aku mmg boleh dibanggakan tp aku takda rezeki ke ipt mungkin krn lack of confident.
Aku ada byk kwn yg result SPM/PMR dll yg bagus2! Tp bila masuk U, depa lingkup. Pointer tak sampai 2.00 pun ada.
And aku juga ada byk kwn2 yg lingkup masa sekolah dulu tapi pointer depa semua melebihi aku.
Diorg semua ni dpt masuk U sbb ada bantuan kewangan bukan dr kelayakkan. Jd aku tak rasa kita patut mansuhkan ptptn.
Kalau nk mansuhkan ptptn n bg pendidikan percuma kpd yg layak, boleh kau bygkan apa yg akan terjadi dgn org yg tak layak dpt pendidikan percuma td? Cuba kau byg pulak yg layak td tak gunakan secara elok bantuan td?
Catat Ulasan