Sikit pasal kahwin dan komitmen
Topik yang paling hangat sekarang ni untuk diri aku ialah kahwin.
Umur aku sekarang 25.
Shit..
Bila aku tulis ni aku baru sedar umur aku dah 25. Gila sial. pergh.
Ok.
Aku dah 25.
Seperti orang lain umur umur macam ni orang panggil sudah gatal. Sebenarnya bukan sudah gatal. Tapi sebenarnya ialah kau rasa kau nak commit untuk sesuatu. Kau rasa kau dah lebih bertanggungjawab. Tiada lagi main main.
Kau akan rasa, dengan komitmen, akan menjadikan kau seorang lelaki yang bagus.
Ia membuatkan aku terfikir pasal sesuatu. Tentang mas kahwin.
Mas kahwin ialah duit yang kau kena beri dekat bini kau sebagai nafkah. Tiap tiap bulan mesti mahu bagi tak kira bini kau tu anak datuk ke tan sri ke kaya gila babi nak mampos ke apa. Kau mesti kena bagi.
Sebab ia membuatkan kau ada komitmen. Bila kau ada komitmen. Benda itu jadi wajib. Nak tak nak kau kena buat jugak. Jadi tuhan nak kau jadi orang yang berguna.
Kau bayangkan kalau lelaki tak perlu bagi mas kahwin. Mesti banyak yang lupa tanggungjawab dan buat tak tahu.
Masalahnya sekarang,
Ialah wang,
kira kira kasar aku perlu ada lebih kurang RM30k.
Sekarang kau beritahu aku, macam mana dalam masa beberapa bulan tinggal ni. Aku nak kumpul RM30k?
Serius.
Macam mana siut.
11 carutan balas:
kalau lubang-lubang invest yang aku tau pun, takde yang boleh bagi 30k dalam masa beberapa bulan. kalau ada pun, modalnya memang besar la. tapi kalau kau boleh buat, kau memang hebat.
p/s: sebab tu target aku lagi 3 tahun. setahun kumpul 10k. haha
susah kan laki nak kena cari duit, hopely allah mudahkan awk untuk dapatkan duit kawen, yg penting kena usaha...pasti ada jalan.insyaallah
baru aku tahu
Mas kahwin ialah duit yang kau kena beri dekat bini kau sebagai nafkah. Tiap tiap bulan mesti mahu bagi tak kira bini kau tu anak datuk ke tan sri ke kaya gila babi nak mampos ke apa. Kau mesti kena bagi.
jadiii,mas kawen aku adalah rm300
hoh!
We're in the same boat, man. Haha.
rui :
haha. tu la pasal. aku tak tau macam mana. Belasah je la.
izyanty:
aminnn....
mendatak hijau:
RM300 ok la tu. kalau kat KL macam seribu lebih kot.
Nurul khairunie:
terima kasih la kerana memahami.
nasib baik umur aku baru 20. lambat lagi nak kawen. haha
Fuh...tenat tu...30k...mampos aku.haha
munsyi sudah semakin matang..
hoho..
semoga semuanya selamat.
amin3..
(acap qs)
jangan fikir susah2 sgt.. ^_^ yg pentingnya adalah jalan ke arah membina masjid tu...30k?lelaki dgr rasa cm xnak kawin je...tp mudah je..buatlah ikut apa yg Islam anjurkan....kalu mmpu, it's okay nak buat grand2 semua..tp kalu xmmpu, kita buat yg termmpu..sebab kita xnak nanti pas kawin terjebak dgn hutang sana sini..tak gitu? ^_^
cth, buat kenduri, sebab nak bgi org makan, bukan menunjuk.hantaran riban-riban, tp dalam masa yg sama terpaksa ikat prut smua, rasanya elakkan...banyak lagi...ikut syariat, senang, mudah, tak penat.pas kawin, patut rasa lebih gembira sebab dah separuh dari iman disempurnakan.bukannya sedih sebab hutang keliling pinggang.. ^_^
p/s : sekadar berkongsi apa yg mudah.. ^_^
mintak loan...hahaha
HAHAHA~
aku bukan nak cakap ape lah kan/
lelaki ni time2 camni lah die rase susah, susah gile hidup ni.
lepastu 10-20 tahun akan datang lagi nak cari susah sebab nak cukupkan kuota tu~~
Y_________Y
sekian, bercakap dari mangsa kejadian. >:'(
Catat Ulasan