BERSIH dan perkara sebenar menurut pendapat aku
Aku bukanlah orang yang begitu suka sangat dengan politik. Aku tak pernah suka pon. Tapi tak suka tak suka pon, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin aku perlu ambil berat dengan apa sahaja yang berlaku.
Aku tau Malaysia ini sepatutnya negara demokrasi, demokrasi iaitu rakyat sebagai orang yang berkuasa. Rakyat sebagai bos. Pemimpin perlu dengar kata majoriti.
Jadi kerana pemimpin negara Malaysia ini kononnya seperti tak mahu dengar suara rakyat, mereka mahu buat demonstrasi.
Lalu kerajaan Malaysia, yang diterajui barisan nasional ini kata, demonstrasi rakyat ini semua didalangi pihak pembangkang. Kata mereka, pihak pembangkang yang mengapi apikan rakyat supaya buat kekecohan, menjadikan malaysia ini negara yang tidak aman seperti sepatutnya.
Kerajaan salahkan pihak pembangkang.
Kerajaan anggap, jika tiadanya pihak pembangkang, rakyat Malaysia ini akan bodoh dan ikut sahaja telunjuk mereka.
Kerajaan anggap, jika tiada pihak pembangkang, maka rakyat Malaysia tidak akan tahu cara guna internet, tidak tahu baca buku dan cuma akan baca Utusan Malaysia dan tengok TV3 sahaja.
Sepatutnya orang yang pergi BERSIH tempoh hari bukan kerana mereka sokong pembangkang, mereka tidak kisah pon siapa yang menang. Mereka bagi aku cuma nak keadilan dalam pilihanraya, kalau kerajaan Barisan Nasional yang menang sampai bila bila pon tak kisah. Janji ianya adil.
Kalau lepas ni pembangkang menang pon, kalau pembangkang tidak adil, sampah, makan duit rakyat, atau Rosmah tiba tiba cerai dengan Najib dan kahwin dengan Anwar Ibrahim sekalipon, mereka tetap akan demonstrasi juga.
Aku tak pergi BERSIH 3.0
Aku tak pernah teringin nak pergi.
Aku tak sokong kerajaan
Aku tak sokong pembangkang lebih lebih lagi Anwar Ibrahim.
Aku tak tau nak sokong siapa.
5 carutan balas:
semua buat seolah2 tiada apa-apa yg jadi sebab memang xde apa2 yg jadi pada mereka(buat masa ini). bila betul2 ada apa-apa yg jadi (pada negara dan diri mereka), barulah semua akan menyesal sebab dulu mereka tidak pernah buat apa-apa,tapi masa tu semua sudah terlambat.
Aku pun dok atas pagar. Tapi aku sokong agenda Bersih. Macam kata kau, bukan nak sokong pembangkang tapi AGENDA yang tertulis. Yang tertulis, wallahuaA'lam. Tapi aku sedih tengok kawan2 yg fanatik Saling kutuk mengutuk. Macam bagus panggil penyokong lain monyet dsbg.
Komen dari seorang kawan yg join bersih: "Takde pape pun, duduk2 sambil nyanyi2 dengan strangers. Sangat nyaman (dalam kepanasan) sehinggalah havoc bermula. Aku tak kesah pasal ambiga, anuar dll tapi aku gembira tgk orang kita saling bantu dalam huru hara. Polis ada jugak yg tolong kita, kita pun tolong dia. Tapi kenapa media tanak tunjuk itu semua?"
agree..
dun u guys think for once, kite sume, semua kaum- malay, indian, chinese sume bersatu, and say 'we need a clean election'. thats quite nice.
Best of the Slots Games at JtmHub: Review and Slots List
What Is the Best of the Slots Games 광양 출장마사지 at JtmHub? 통영 출장샵 — The 삼척 출장마사지 slots games are made with a 서산 출장샵 theme. The game themes are different from the most popular ones, 시흥 출장마사지
Catat Ulasan