14.4.10

Tujuan sebenar aku menulis

DSC_0007 (1)
ambil pakai d40x, edit pakai aperture

Sekarang aku kurang baca blog orang,tidak seperti dulu, mungkin kerana masa dan malas ingin membaca, seperti hari ini aku rasa begitu menyesal kerana lepas balik kerja tertidur. Kerana ikut rancangan aku yang sepatutnya aku nak siapkan gambar Cik Suraya dengan kawan-kawannya. Minta maaf cik suraya, gambar kamu yang sepatutnya diupload malam ini terpaksa ditunda esok.

Tujuan asal masa mula-mula aku menulis blog ini adalah pertamanya disebabkan oleh kawan aku, klik. Masa itu aku ingat biar aku tulis dan kemudian aku post kat blog dia. Tapi akhirnya aku buat sendiri.

Aku sebenarnya dengan harapan apa yang aku tulis akan boleh aku tengok semula bila sudah tua, akan boleh dibaca oleh anak cucu aku, dan itu sahaja alasan awalnya. Dan supaya ada tempat yang lebih kekal untuk aku menulis segala macam dalam fikiran aku, kerana sebelum ini jika aku tulis dalam buku sikit-sikit, selalu hilang.

Minta maaf jika aku kurang melayan di laman web sosial, Facebook. Tapi aku akan layan email.

Aku tak suka betul praktikal, hari-hari aku dirasakan penuh, balik kerja sudah penat pula. Mungkin baru, dah lama sikit biasalah. Atau mungkin kerana tiada gaji yang besar untuk dijadikan motivasi.

aku tak sabar betul tunggu hari sabtu mahu keluar dengan kamu.

selamat,


6 carutan balas:

Shamimi 14 April 2010 pada 6:13 PTG  

Tujuan yang lbh krg sm.

Tp skrg dh mls nk menulis.

Hanya akn update pabila rajin, gumbira, marah n scuba diving.

Lg time2 moral down.

surayafarid,  15 April 2010 pada 1:41 PG  

oh xmengape..xyh rushing2..take ur time..incik akukopi pon penat keje rehat je dlu..
yg penting jgn stop blogging..hihihi

Tanpa Nama,  16 April 2010 pada 5:16 PG  

ceyh kawan? hahahha.

AkuKopiKauSiapa? 16 April 2010 pada 6:28 PG  

bee:
abeh? takkan awek kot.haha..

Tanpa Nama,  16 April 2010 pada 10:27 PTG  

bekas kekaseh sewaktu muda boleh tak? haha.

Nur Syaza Azrudin 17 April 2010 pada 3:41 PG  

mcm mana edit pkai aperture saje boleh dpt mood colour mcm tu? niceee.=)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP