1.4.10

kompleksiti dan saling berkaitan

jika diperasankan, belakangan ini aku banyak cakap pasal saling berkaitan, bagaimana satu perkara itu betul-betul berkait dengan perkara yang lain dan membentuk satu sistem di atas dunia ini yang sangat kompleks.

kompleks hingga kita perlu pecah-pecahkannya dan ianya dipanggil "cybernetic" supaya kita faham setiap satu fungsi dan proses kaitan-kaitan tersebut dalam satu sistem.

Kompleksiti ini akan mengakibatkan satu benda itu lebih seimbang bagi aku.

Dan kalau dipecahkan salah satu dari benda tersebut maka sudah jadi tidak seimbang lah kan?

Jadi aku cuba bagi contoh,

Macam televisyen yang sepatutnya sangat seronok untuk ditonton, adakah ia seronok ditonton jika bunyi yang dikeluarkan oleh televisyen tersebut tidak best lansung? atau jika cerita melayu meleleh-leleh dan hipokrit yang ditayangkan 24 jam?

Adakah sekarang kita perlu nyatakan televisyen itu masih lagi seronok ditonton?

Pastinya kita cakap televisyen tu tidak seronok lagi kan?

Jadi sistem dalam televisyen itu perlu kompleks, dengan cerita yang seronok, warna yang seronok, bunyi yang seronok, jadi selepas itu baru dengan bangga kita baru boleh cakap televisyen ini memang seronok ditonton.

Jadi cuba kau aplikasikan perkara yang sama untuk semua benda, supaya semua perkara menjadi lengkap.

Dan untuk ia menjadi lengkap dan sempurna pastinya memerlukan perancangan teliti dan penganalisian yang mendalam tentang satu perkara.

amende ntah aku cakap.

4 carutan balas:

apekzer 1 April 2010 pada 9:54 PTG  

agak amenda lah kali ni.

tapi ko paham.bagus.untuk kepahaman sendiri.

Sh.athie 2 April 2010 pada 12:57 PG  

hahaha.. berfikir dengan keras nih.

Myra Tayeb 2 April 2010 pada 9:39 PG  

amazingly, ak paham maksud kaw...

cthnya in relationship...

klau kiter fikir sgt each detail mmg benda jadi kompleks and memeningkan kepala hotak...

tapi klau salah satu complexity tu xder, mungkin relationship tu jadi tak seronok...

vice versa, as a whole complex unit, relationship tu satu benda yg hidup dan seronok~ tak slalu best and x slalu happy...complimenting each other~

jap...aper ak merepek ni? (sndiri dah blur) ("--__-)

Asrulsani 2 April 2010 pada 10:56 PG  

apasal ko slalu taip langsung > lansung?

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP