16.4.10

Satu perasaan nama dia hilang touch

Kau pernah tak nanti ada satu ketika kau rasa kau terer gila buat satu benda. Contohnya minggu ni aku rasa idea aku untuk menulis mencurah-curah, lepastu minggu depan aku dah takde idea lagi, tapi tiba-tiba nanti aku rasa aku boleh buat lagu dengan hebatnya, dan beberapa hari hilang, lepastu aku tiba-tiba asyik menang je main ping-pong.

Kau pernah tak?

Aku selalu betul macam tu, kadang-kadang tiada idea lansung nak tulis, tapi terasa diri sendiri hebat ambil gambar. haha. Kadang-kadang gambar macam sial, tapi terasa hebat main game. Apa-apa sahajalah.

Dan ianya "rotate".

Sekarang aku rasa hilang touch ambil gambar, walaupun aku tahu aku punya gambar memang tak cun gila. Tapi rasa macam ada kurang. Kurang perasaan mungkin.

Aku patut berterima kasih banyak kepada Bib sebab kadang-kadang dia akan direct juga bila aku tiba-tiba hilang idea. Bagi aku kunci utamanya ialah perasaan teruja untuk ambil gambar.

Dan aku perlu mengasah keterujaan semula sebelum esok ke bukit tinggi untuk ambil gambar couple. yang mana aku sudah excited dari bulan lepas lagi..yieha!!

dan untuk lebih menimbulkan perasaan teruja ambil gambar, aku selalu melawat blog ini ..

theblogisfound

dan jika antara kamu ingin make up kahwin ka, tunang ka, jalan pi shopping kompleks ka, pegi pasar ka, asalkan nak make up lah senang cerita.. masuk sini.. orang cakap best gila dan murah.

6 carutan balas:

susu 16 April 2010 8:37 PG  

moga perasaan keterujaan nk amek pics kembali..ganbatte!!

cik nurulain 16 April 2010 6:22 PTG  

dun worry. temporary je. and the terms bukan hilang touch kut. gaya kau cakap tu macam dah lumpuh terus.

rilek la. mesti ada naik turun. komposer buat lagu pun bukan manjang best. so, just follow the flow lah.

apekzer 16 April 2010 8:41 PTG  

ko selalu sebot bib je setiap entry, aku asik blank je sebab tak knal bib, ko letak gamba bib tu besa2. nak tau.

y@n@ M!B 17 April 2010 12:00 PG  

saya suka tengok pics yang diambil ^_^

asks 17 April 2010 10:39 PG  

ko gi bukit tinggi kat pahang ke.. kat klang?

AkuKopiKauSiapa? 17 April 2010 6:53 PTG  

susu:
sudah kembali teruja!haha'

cik nurul:
aa..btoll.kejap aja..

duan:
ok..nanti aku letak besar giler..full satu page ni..

yana:
mekasih

asks:
pahang le..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP