19.12.10

review 2010 : review fotografi

baru aku perasan, sebenarnya aku baru mula dalam fotografi masa december 2009. Kira cincai kira aku baru start setahun la. Kira 2010 ialah tahun paling aku aktif sekali ambil gambar orang.

Aku start ambil gambar, dengan main hentam je. Aku tak pernah ada pengalaman, main hentam. Buat je apa aku suka. Aku start solo. Takde group. Pakai d40x cabuk aku je amik gambar. Masa tu pikir kamera bukan ada efek sangat pon.(walaupun sebenarnya efek banyak gila).

Aku ingat aku mula dengan RM70. Sekadar untuk suka-suka ambil gambar orang. Sebab aku rasa ia sangat fun. Aku suka budak-budak kecik dan aku tak rasa kisah untuk ambil gambar diorang dan tengok balik. Sebab aku rasa seronok sepanjang sesi fotografi. Aku suka tengok loving couple dan aku rasa bangga untuk ambil gambar diorang yang mana mereka boleh happy lepas tengok gambar aku amik.

Aku ingat dulu aku pernah ambil gambar satu family ni, suami dia fotografer, dia cakap, "servis kau ni murah sangat ni. Spoil market" Masa tu aku tak kisah. Aku tak tau nak cakap apa. Masa tu aku letak RM90. Dan lebihkan duit minyak. Jadi RM120. Betul la tu kan. aku bukan ada album apa pon.

Aku rindu gila time aku teruja gila babi nak amik gambar tetiap minggu. Fikir nak buat apa kali ni, nak buat macam mana semua. Sampai sekarang pon aku teruja sebenarnya. Tapi kadang-kadang idea kering. Haha.

Jadi, disini aku akan letak gambar-gambar yang aku ambil, dari awal tahun 2010, sampai la sekarang.

DECEMBER 2009

DSC_0123
Ini lah start servis RM70 aku.

DSC_0211
ini family akak aku. Yang aku amik untuk buat portfolio.

DSC_0043
akak aku jugak.

JANUARY 2010

DSC_2249
gambar kahwin first. Member aku.


DSC_3433 copy
first aku amik gambar orang yang aku tak kenal. kira first client la ni.

1
ini masa aku buat promosi paling hensem. Aku tangkap gambar free. Start dari sini baru orang nak aku amik gambar couple. Tanx azza dan izat.

MARCH 2010

DSC_0864
ini family yang paling happening sekali. Aku ingat masa ni aku bawak trampoline supaya diorang boleh main lompat-lompat time aku amik gambar. haha. Gila.

APRIL 2010

DSC_0225
ini anak dia sangat comel. 1st time aku pegi bukit tinggi.

DSC_0014
ini apakai aperture. Tak reti. Habis kuning gambar. Tapi dah betulkan sebelum bagi.

MEI 2010

5
ini family jugak. Yang best. Siap belanja aku makan. Berborak sampai ke pukul 2.

DSC_0296
1st time aku ambil gambar orang seramai ni. Agak sukar. Tapi seronok.

JUNE 2010

DSC_0087
1st time aku buat maternity. Lepas baby tu keluar. Dia panggil aku lagi untuk buat baby photoshoot pulak.

JULY 2010

14
Pertunangan diana dan mahathir. Aku suka gila dengan gambar-gambar dia. serious.

AUGUST 2010

DSC_0061
Ini couple yang sangat kelakar dan sempoi. Enjoy gila amik gambar diorang.

DSC_0311
Gambar konvo 1st. Best gila!!!!

OCTOBER 2010

DSC_0016
bro apai yang datang dari dubai. Dia bagi aku pinjam kamera dia. haha

1
Couple yang tak kisah. Kalau mintak baring, dia baring, Semua boleh. Mamang best. huhu. Aku rasa bangga bila time bini dia beranak dia SMS aku beritahu yang dia dah jadi bapak. Terharu.

NOVEMBER 2010

DSC_5970
1st time shoot baby. Pakai mounting board hitam jadi background.

DECEMBER 2010

DSC_7975
aku rasa ini lah couple paling rock n roll sekali aku pernah amik. haha

4
first time aku ke pontian.

IMG_9583
ini ialah honeymoon second time mereka setelah 7 tahun kahwin. Best kan? aku amik gambar dalma bilik je semua.

IMG_0053
couple yang aku cakap rock n roll tadi. Ini wedding dia. Memang rock gila. haha




Ada jugak yang aku tak letak. Kalau letak semua banyak gila. Aku harap tahun depan lagi best. Dan semoga aku lebih maju dalam benda yang aku buat. Dan semoga orang yang membaca blog aku pon sama.

Terima kasih!

25 carutan balas:

kadri azmi 19 Disember 2010 pada 9:28 PTG  

caya la bro tabik sama ko..aku tak sabo nak booking ko nnt, tunggu masa terluang je..

Stag & Vixen 19 Disember 2010 pada 9:29 PTG  

bro ! tiptop ! bleh bt role model. nice. :D

LailaAlfisyahr. 19 Disember 2010 pada 9:39 PTG  

semua style!!!!

semua ada it owns story to share :)

keep up the goodjob akuKOPI!

misha.w 19 Disember 2010 pada 9:40 PTG  

nk tggu raisya bole duduk, nak pggl hafiz lg. mesti lg best sbb die skrg dh pandai senyum! :)

admin@blogdiloz.com 19 Disember 2010 pada 9:41 PTG  

generally,setahun adalah singkat untuk lihat perkembangan fotografi seseorang.

tapi aku lihat kau berkembang dengan maju melihatkan dari perkembangan skill fotografi,editing dan marketing.
bagusnya,ia berkembangan berdasarkan passion kau. bukan ikutan trend dan follow kawan-kawan /berpuak2.
walaupun perkembangan populariti blog kau lagi laju.obviously.
haha.

apa-apa pun,kau ada dilandasan yang positif.
teruskan usaha kau ni. aku support dari belakang.

selamat tahun baru.

yana lyana 19 Disember 2010 pada 9:55 PTG  

Semua pun cantikk!

keep it up..good luck!

:)

Tanpa Nama,  19 Disember 2010 pada 10:00 PTG  

smart! deep pic.

Unknown 20 Disember 2010 pada 12:16 PG  

OK GAK GAMBAR KO NI....TERUSKAN USAHA ANDA

Nadzirah Idris 20 Disember 2010 pada 12:46 PG  

Nice. Aku start tengok gambar gambar kau sejak gambar kuning tu.

haneelah 20 Disember 2010 pada 1:34 PG  

ahhh...bahagia betul hari ni..
spm habis hari ni,then entry ni pulak ada bunga2 happy..wahh!!!terbaikk!may u enjoy in whatever u're doing!yosh!!!!!!!!!!

anaeeim 20 Disember 2010 pada 4:14 PG  

dah menaekkan semangat aku utk tros bergerak..maseh bro! thumbs up to u!

Tanpa Nama,  20 Disember 2010 pada 5:05 PG  

Jealouss! COOL abess :D
Kipidap man! :)

Narina Joe "Najo" 20 Disember 2010 pada 5:48 PG  

seriusly...u have talent and u learn fast! sangat2 enjoy watching ur photos! maybe one day when the time comes i'll book you too=) just continue n keep up the awesome job! memang awesome habis...! haha

mimie1678 20 Disember 2010 pada 6:18 PG  

bagus...! sumer gmbr ko ada moment... i like... tak puas2 tgk gmbr mimie yg ko amik...

[rennylyleanna ♫♪] 20 Disember 2010 pada 9:39 PG  

These are amazing. If I get married, I'd surely book you to take my photos. Keep up the good work :)

k|ree 20 Disember 2010 pada 7:58 PTG  

tak sabar nak tunggu baby kuar nie...amik gambar baby yg masih fresh lagi...hukhuk...tunggu panggilan dari hospital ye...perlu segera dtg...wakakaka...

Anem Arnamee 21 Disember 2010 pada 7:24 PG  

Comel nyer gambar2 kamu.shaye suker:P

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP