Televisyen sebagai magic
Aku sedang cuba sedaya upaya menolak penulisan berunsur emosi, tak tahu apesal, minggu ni ialah minggu emosi gila babi. Kau pernah rasa tekanan gila dan kau tak tahu nak buat apa pon. Semua jadi macam sial? pernah? Ini aku rasa sekarang. Macam nak jadi gay. Fuck.
Ok,
Belakangan ni aku banyak berbual dengan hanif pasal televisyen, drama, perincian dalam movie, minda luar sedar,watak manusia, 2012, dajjal(topik tak pernah bosan, sebab banyak pandangan), apa-apa lah lagi tapi kebanyakannya mengenai perincian yang diluar sedar. aku suka betul topik tu, tapi aku rasa aku tak pernah cakap kat sini.Sebab susah nak terangkan.
Mungkin sudah berkembang sikit perbincangan aku dengan hanif sebab kalau dulu pastinya mengenai politik yang aku tak tahu apa pon, dan selalunya aku senyap je, lagi mengenai trend semasa, idea2 merepek(baru aku perasan aku kurang menulis pasal idea yang bodoh2 lagi macam dulu), pembangunan mapan, gadis, tubuh badan, perkara jahat yang dilakukan di sekolah, fesyen,tokoh, apemende lagi ntah aku tak ingat.
Tapi dapat rasakan "shifting" dalam topik perbualan aku. Terasa matang. haha
ok, jadi aku cuba nak tulis pasal cerita
Televisyen ini macam magic. Kerana magic mengawal otak kamu tanpa kamu sedar. Sama macam televisyen. TV yang kau tengok sebenarnya mempengaruhi kehiduan harian kau.
Alah, kita jangan tengok benda details gila macam dalam series the arrival of dajjal tu. Tengok sendiri, malas nak terangkan. Kita tengok benda yang biasa dan jelas tapi kurang diberi perhatian aja. Senang cerita aku bagi contoh :
1. Adakah culture kita bila ada orang ketuk rumah kita biarkan dia masuk? Tapi dalam cerita banyak macam tu kan? Bagus ke?
2. Dalam cerita, wanita ini mudah, pergi club, borak-borak sikit, one night stand. Cuba tengok cerita how i met ur mother. Rasa macam nak pergi club dan tarik je sorang. Tanpa rasa salah.
3. Kebanyakan cerita akan guna perkataan ini yang dipanggil 'universe'. Perasan tak? aku banyak perasan dalam movie akan guna. Contohnya macam 'the universe have decided'. Dia dah tak guna "faith" atau "god". Cuba try tengok dokumentari atau buku "the secret". Dia ckp psl universe ni lah lebih kurang. Susah nak terangkan.
4. Watak ibu selalunya digambarkan sebagai seorang yang annoying, dan ianya ok untuk kita marah.
5. Wanita selalu jadi dagangan utama dalam cerita. Yang mengakibatkan kita rasa wanita ini orang yang tak patut direspect, lemah dan bodoh.
6. Banyak lah lagi yang aku tak ingat, tapi kau boleh tengok sendiri, dan cuba tengok details die.
Paling penting cuba jangan tengok cerita secara seluruhnya. Maksudnya jangan tengok cerita dengan plotnya, jalan ceritanya. Biarkan itu jadi benda yang kedua. Apa yang paling penting ialah perincian dalam cerita tu. Tengok babaknya, wataknya. Benda-benda kecil macamtu, akan bagi impak luar sedar yang perlahan-lahan meresap masuk dalam kepala kau. Akhirnya akan mengubah hala tuju hidup kau.
Cuba kau lihat short film, yang aku buat, ada aku selitkan perincian, terutamanya dalam watak-watak. Benda-benda kecil yang susah nak perasan. Oh, dan perasan tak masa perempuan mengandung tu type kat laptop tu, die tulis ape? haha
Atau tengok cerita p. ramlee. Watak-watak dalam cerita dia banyak tunjuk pasal sekeliling kita dan sebenarnya sinis.
Susah betul nak terangkan topik ni. Tapi aku harap boleh faham lah.
14 carutan balas:
tak berapa nak paham.
motif?
the arrival sesungguhnya kaw.
p.ramlee memang makan dalam.
rumah aku dah 2minggu takde magic.
lupe bayar astro.
ala mushi tulis je la dgn emosi pasal emosi..gay ke macho ke jantan ke apeadehal.org wat lagu dgn emosi, org tulis novel dgn emosi, org yg menyanyi lagu dgn emosi,org amek gmbr tntng keindahan alam dgn emosi, org melukis aku rase pun dgn emosi gak..aku rase ko menulis yg byk2 nie pun dgn emosi gak.kdg aku rase kene sensitif xpun beremosi tuk menulis mencipta..ah ntah aku xphm..aku nie pun xpower xreti mane..sorry ah terlebih suda..aku rse je nie..kdg2 aku rase "emosi" nk tgk karya "sukasukaphoto" ko..mmg cantik..aku nk bljar gak wat camtu..serius
i ske baca! haha... belit2 tp menjana minda spya berifikir...
ahahahhahaha.
bout ur short film.
2nd tyme tgk baru pasan u are in the film too ryte?
menonton tv spt menonton 'wayang'.
pelik, tak betul, dungu, kdg2 hebat kdg2 tah hape2..
tapi..idup sebenar pun mcm tu jugak..mcm 'wayang'..pelik, tak betul, dungu, kdg2 hebat kdg2 tah hape2..
*apa aku nk tulis ni?...encik kopi..delete je lah komen ni...
ahah. kopi, entri ko kali ni paling best aku rasa. walaupun takde idea ko yang sengal2 itu, ataupun tak cerita pasal minah rempit, minah2 dan mamat2 jalanan lah pokoknya, tapi tak sangka kau buat pengkajian tentang tv (ceh, macam ala-ala the arrival siot). betol pe apa yang ko cakap. terutamanya point no 5 dan 6. benda ni sebenarnya dibuat untuk menarik minat penonton, tapi perasan tak alih2 watak perempuan je yang pasti akan menjadi bahan dagangan dalam filem? tapi, nak wat camne? nak filem laku weh! lagipun kalau benda2 ni sume takde, apa hiburan korang?!
nasiblah aku tak minat tengok tv, tapi aku layan lah the arrival. macam best kan?
entri ko yang ni, kalau orang menyampah atau pun kata bosan "mende lah akukopi tulis ni, merepek je, bosan je" means dorang tak matang lagi dan sudah terpukau oleh magic televisyen yang menjadikan tv sebagai cara hidup dorang.
haha. buat entri matang macam ni apa salahnya. best pe. buat otak lebih berfikir.
p/s: eh jap, apa pompuan mengandung tu tulis kat laptop eh? lupa laa..
Tv tu kan satu alat untuk menyebarkan propaganda dari segi budaya, ekonomi dan cuba merubah adat resam...
tapi tv memang ada magis tersendiri dalam kehidupan kita
zy:
nanti bila kau perasan..baru kau faham ape aku tulis.
ringo:
takde magic..buat magic.huhu
buku kira-kira:
peh..sukasukaphoto..gila babi lame gile tu..macam mane ko boleh jumpe? malu siot aku.haha..aa..emosi ni tak bes lah..nanti jadi tak rasional.
lady dyla:
aa..bagusla..sbb aku tau berbelit. huhu
emma:
yupp..aku meman suka gila filem. Tapi susah nak tulis.
shemmi:
huhu..sbb wayang adalah berdasarkan hidup kita.
popsoda:
huhu..semua entri bes je ko ckp.huhu. tp the arrival tu lagi ganas. Banyak btol buat aku tersedar. btol2 the wakeupproject. aa..ape perempuan tulis? cek sendiri ar..baru misteri nusantara.haha
hans:
aa..btol. cara menyebar budaya. point yang baik.
kepada saudara akukopi yang sudah lama saya tak berlepak dengan anda..
penulisan kali ini menarik..
mungkin pandangan telah berubah dari merapik ke terperinci..
bagus... tade ape yang aku nak ulas disini cuma saja nak intefere sebagai shabat blog saudara..
rindu rasanya nak kembali berborak bersama saudar dan jugak hanif tentang macam2 isu dan macam2 pandangan walaupon kadang2 tak same atau jauh menyimpang... dan mungkin aku terkebawah dari kamu berdua..
cuma skang ni aku rase macam aku da hilang sense of something tu.. atau mungkin sebab aku pun da lame tak borak ngan korang jadik bile jumpe pun cakap ape yang penting je..
ngko yang emosi aku pon da masok sekali.. ntah..
the arrivals sgtlah mengerikan .
hohoho .
secret tu best jugak .
aku pon dah jadi mcm kau lah wahai kopi .
aku suke tgk details dlm setiap cerita , ermmm .
isi tersirat dlm cite tu .
kan kan ?
:))
aku suke lihat, ape propaganda yang ade dlm sebuah cite uh .
best wooo .
Makin banyak menulis. bagus! haha.
Aku pernah terbaca pasal benda ni. Ia dipanggil brainwashing. Oleh certain individu and groups.
Kenapa ibu itu sebagai watak yg boleh dimarah?
Kenapa wanita sebagai mudah, murah dan rendah?
Kenapa seksi itu market?
Sebab rata2 dah di setkan oleh media tonton.
bagi aku, TV/filem itu sangat detrimental untuk orang yang belum ada identiti.
*Anak kecil, jgn bagi tgk banyak tv. Mampu setkan minda dan juga merosakkan mata.
phmkan aku..
ehehe
*Anak kecil, jgn bagi tgk banyak tv. Mampu setkan minda dan juga merosakkan mata.*
setuju ngn reverie...rancangan tv sng je nk pengaruh budak2..pengalaman aku ngn anak2 buah aku, yg range umo 5-10taun, diorg sanggup berebut tv dgn aku yg nk tgk shrek atau finding nemo(aku rasa cite ni sgt comel),sbb diorg nk tgk sehati berdansa atau pon cite kt astro, kau dan aku(cite bodoh bangang budak2 AF tuh)..xboleh tahan bile hero cite tu kuar, ank buah aku yg 5tahun tu tergedik2 menjerit..'comelnye..comelnye...'... rasanye mase aku umo aku 5taun aku berebut ngn mak aku nk tgk mighty mouse kot...
member aku lak, dipakse sepupu2 kecilnye, umo 10-12taun, utk jadi juri ala2 sehati berdansa..menari bukan bodo2 punye..siap pusing2 angkat2 guling2..hadoi..masa umo tu aku masih lg bermain polis sentri kejar2 kt dpn umah tu ha...
dlm ati ni terasa gerun lak tgk situasi zmn2 skarang ni..
so..kalu xkeberatan, nk gak tau pendapat anda psl pengaruh tv kt budak2 sekarang..
Catat Ulasan