2.12.09

Pattern manusia

Aku selalu cakap pasal pattern manusia, tapi aku tak pernah cakap pattern manusia ni terbahagi kepada berapa jenis. Aku sendiri pernah cakap kat hanif pasal pattern manusia dan dia cakap ada buku tajuk personality plus yang dia ada, tapi dia tak habis baca lagi. Jadi aku terpaksa tunggu sebelum tengok buku tu.

Jadi aku cuba-cuba google pasal personality plus dan ada lah keluar bahagian pattern ni. Tapi takde detailnya. Jadi aku cuba buat kesimpulan sendiri.

Jadi, dia cakap manusia ni terbahagi kepada 4. Iaitu :

1. Choleric - Ini adalah orang yang jenis keras kepala, yang selalu keluar dengan decision, merasakan diri sendirinya sentiasa betul, ketua, pandai cakap. berpengaruh.

2. Melancholy - Ini ialah orang yang analytical, memandang sesuatu perkara secara menyeluruh, tersusun, bijak, membuat keputusan dengan betul.

3. sanguine - ini ialah orang yang sambil lewa, suka mahu main-main aja. Tak serius dalam perkara yang dilakukan, buat perkara separuh jalan, mudah bergaul dengan orang, sentiasa mencari jalan yang lebih seronok untuk melakukan sesuatu perkara.

4. Phlegmatic - Ini orang yang pasif, senyap, takde cadangan.

Jadi kau mesti perasan dalam satu kumpulan tu mesti ada ciri-ciri ni kan? Dan sebab tu jugak ada orang bergaduh dengan kerja sebagai contoh mamat choleric mesti selalu bengang dengan mamat phlegmatic sebab mamat phlegmatic ni macam sial pemalas nak buat kerja. Macam tula.

Yang dia cakap aku rasa mungkin secara terlampau general sahaja. Kiranya bukan secara detail gila babi lah. Aku pon tak baca buku tu lagi, tapi mungkin macam tulah.

Pembahagian pattern manusia ni takda yang bagus atau yang tak bagus. Semuanya ada kebaikan dan keburukannya. Contohnya Phlegmatic mungkin dilihat sebagai sesuatu yang lemah. Tapi dia boleh jadi followers yang bagus. Kalau takde orang macam Phlegmatic, siapa yang nak buat kerja? Jadi masing-masing melengkapi.


Ini aku punya result.Seorang yang Choleric, campur melancholy dengan sanguine, dan sedikit phlegmatic. haha.

Personality Plus
Your Result: Choleric
Result Breakdown:
77% Choleric
43% Melancholy
43% Sanguine
5% Phlegmatic
Quiz URL: http://www.gotoquiz.com/personality_plus_1


Cuba korang try buat pulak.




10 carutan balas:

Dayana 3 Disember 2009 12:34 PG  

aku dah baca buku ni. sangat menarik. dan dalam buku tu ajar kita sedikit sebanyak macam mana nak handle perangai orang yang lain2 ni dan kebaikan serta benefit orang yang berlainan sikap dengan kita.

emma songall 3 Disember 2009 2:30 PG  

Personality Plus emma songall

Your Result: Sanguine
Result Breakdown:
70% Sanguine
50% Choleric
45% Phlegmatic
42% Melancholy

Sanguine - the extrovert, the talker, and the optimist.
ahahahaha.
bayak main ak nie rupanya.
semua nak fun jer.

FaizalSulaiman 3 Disember 2009 3:02 PG  

hey, nice entry!
and aku da cuba.

Result: Choleric
80% Choleric
50% Melancholy
46% Sanguine
26% Phlegmatic

Shariffudin Sahedan 3 Disember 2009 4:04 PG  

gua rase kewl secare tibe2..
ahaks!
XD

Personality Plus
Your Result: Melancholy
Melancholy - the introvert, the thinker, and the pessimist. To view further information about the Melancholy personality type, visit personalityplus.awardspace.info
Result Breakdown:
60% Melancholy
60% Choleric
56% Sanguine
26% Phlegmatic

p/s: tq 4 sharing d info n d link.

Tanpa Nama,  3 Disember 2009 5:48 PG  

aku hanye pembace senyap aje sebelum ni...
tgk entri ni bru nk posting...
tgk cara kau tls blog ni je pn dh nmpk rsult breakdown 2 :))
hey, i can see people through his/her writing d:

AkuKopiKauSiapa? 3 Disember 2009 5:57 PG  

dayana:
oh..ye? aku tak bace lagi pon

emma:
ahaha..tak serius ko nih..

pudin:
melancholy dan choleric..bagus tuh.. tapi aku tak suka melancholy..huhu.sbb introvert dan pessimist.

faizal:
gile bossy ko nih.haha

tanpa nama:
aku nampak mcm choleric ke? aku ingt aku dalam tulisan aku nampak aku mcm kuat main-main aje. Tapi kalau ko kenal aku betul-betul ko akan tau aku choleric. haha

aten chan 3 Disember 2009 6:18 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aten chan 3 Disember 2009 6:22 PG  

Personality Plus
Your Result: Melancholy
Melancholy - the introvert, the thinker, and the pessimist. To view further information about the Melancholy personality type, visit personalityplus.awardspace.info
Result Breakdown:
66% Melancholy
60% Sanguine
40% Choleric
36% Phlegmatic

menarik gile kuiz ni!
boleh usya perempuan ramai dpt ape, laki ramai dpt ape.

fARaH rAhIM 4 Disember 2009 3:20 PG  

aku follower baru ko..aku ske gak entry ko ni..so aku try je la..tup2 aku ni berpersonaliti sanguine..huhuhu..mmg main2 la aku ni..sesuai jer rse..

Aina Nordin 5 Disember 2009 6:30 PTG  

i loike diz quiz oh.
thanx for sharing d link! :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP