13.12.09

Hari ini 35 : Sudah mula terasa

DSC_0308

Hi, sudah seminggu di UIA, kerja-kerja studio sudah terasa. Seronok mungkin, kumpulan kali ini harap dapat memberikan yang terbaik, maklumlah, sudah studio yang last, jadi buat betul-betul harapnya oleh rakan-rakan.

Semalam pergi karaoke bersama keluarga dan nabila farhana pon join sekaki. Macam nak gila menyanyi. 4 jam. Gila babi lah.

Ada benda yang dari kecik aku terbawa-bawa sampai sekrang, sebagai contoh tidur dengan tutup muka, dari dulu sampai sekarang aku tidur tutup muka, salah satu sebabnya, masa kecil aku fikir, kalau tidur tutup muka nanti hantu tak dapat ingat muka kita jadi hantu tak kacau kita kalau kita jalan-jalan tengah malam.

Lepastu aku fikir, hantu mana ada kamera untuk dia ingat muka orang, jadi mungkin hantu lukis muka kita, so kalau dia nampak budak kecik jalan-jalan waktu malam, dia ingat muka kita, nanti dia kacau. bodoh gila. haha

Sampai sekarang aku tidur tutup muka.

Apa benda mitos yang kurang fikir masa kecil dan terbawa-bawa sampai sekarnag. Mesti ada kan? huhu

16 carutan balas:

izzy. 13 Disember 2009 pada 8:09 PG  

dulu masa kecik2 aku fikir kabus kat gunung tu asap orang asli masak. haha pagi sarapan, malam makan malam pulak. open burning betul orang asli.

jimah 13 Disember 2009 pada 8:22 PG  

mase kecik mama ckp, sape mkn mknn yg plg laz akan dapat suami soleh.. mmg smpi skang dok wat.. berebut nak amik laz food lam pinggan.. plg besh, pernah nyorokkan satu cekodok lam tgn, n adek amik cekodok laz lam pinggan n pas mkn dye kate dye yg dapat suami soleh.. kte pn kuarkn cekodok yg kte simapn n claim kte yg dpt suami soleh.. pas tu dye nangis, due2 dapat cubitan penalti dri mama.. hahahaha..

nur_syahida 13 Disember 2009 pada 8:28 PG  

klu mitos pasal antu, tempat terang hantu takde. hantu takut cahaya. kalau maghrib jgn keluar, nnt hantu tetek tangkap. terbawak-bawak sampai hari ni. heheh.

837257 13 Disember 2009 pada 8:41 PG  

perkataan UIA serta kerja di studio mengingatkan nostalgia drama nur kasih yg agak bangkai ditonton.

bgoslah pegangan ko tuh.tdur ttup muka~hurm.

abeautifulmind 13 Disember 2009 pada 11:22 PG  

hmmm , time kecik kecik , nenek aku selalu suruh aku tido cepat , dia takutkan aku dgn momok . smpi sekarang aku takut dgn momok . hahah .

reverie 13 Disember 2009 pada 12:57 PTG  

kalau kepala aku terhantuk. aku akan ketuk2 dagu aku dari bawah. dulu aku ingat lagi orang kata kalau terhantuk dan tak ketuk. kita akan jadi pendek. Sampai sekarang aku akan ketuk2 dagu kalau terhantuk. haha.

Faizal Sulaiman 13 Disember 2009 pada 3:35 PTG  

beda mitos buduh yg aku ingat dulu; bila kita potong kuku hari jumaat and suddenly tersalah potong then berdarah, akan tumbuh kubah masjid! hahahaha.lol

[z@ck] 13 Disember 2009 pada 5:32 PTG  

eyh..samala..
da jadi habit..
rasa selesa.

Shemmi 13 Disember 2009 pada 7:38 PTG  

haha..

aku sama jugak sampai skrg..tido tutup muke dgn bantal. hantu takleh nmpk.

*kepercayaan tahyul lg buduh masa kecik2...emh...dgn kawan2...amik kulit limau kemudian picit depan mata nnt bleh nmpk puteri cina...
padahal pedih adala..

ringo 13 Disember 2009 pada 9:38 PTG  

aku percaya benda yang sama dengan izzy.mungkin kami pergi tadika yang sama.haha

popsoda,  13 Disember 2009 pada 9:57 PTG  

selamat bertugas kembali bro.

hahaha. ko lebih kurang sama dengan aku. dulu aku memang tido tutup muka, tak boleh kalau tak tutup. tapi beza sikit dengan ko. aku tutup muka sebab aku tebayang kalau buka mata nanti, tiba2 ada muka hantu tepat2 depan aku. sebab tu aku tido tutup muka. hahaha.

tapi sekarang tak dah. gasak lah macam mana pon!

p/s: aku biasa dengar macam reverie kata. hantuk2 dagu, lgi kalau ada orang pegang bahu kita sebelah, kita kena pegang di sebelah lagi. sebab nanti takut bahu kita pendek sebelah. macam bangang. hahaha

apekzer 13 Disember 2009 pada 11:01 PTG  

mitos orang cakap?
mitos sendiri pike?

ade beza kan?

admin@blogdiloz.com 14 Disember 2009 pada 12:03 PG  

aku pula selalu fikir,
kalau tidur dengan patung/teddy bear,
nanti roh kita masa tidur masuk dalam patung.
lepas itu,patung main-main dalam bilik kita.

tapi dah besar-besar ni tak percaya la.tapi still takut letak teddy bear dalam bilik.

waNiEsYa 15 Disember 2009 pada 12:25 PG  

saya tdo peluk teddy...cbb sy syg teddy saya..(cm xda kna mengena)..

my mitos adalah nk mkn baca bismillah cbb nnti setan mkn...cbb tu kita mkn xknyg...-->padahal tu tanda kesyukuran rezeki...huhu~

AkuKopiKauSiapa? 15 Disember 2009 pada 9:25 PG  

izzy:
ahaha..apeda..

jimah:
ahaha..gile mengarut..

nursyahida:
masa dedulu aku bayangkan hantu tetek ni macam sebiji tetek yang sangat besar dan berguling-guling.

hani:
nur kasih bangsat eh? aku ingt org ckp bes.

apek:
masa dulu aku ingat momok tu beruk.

reverie:
ahaahaha..itu ramai orang buat..aku pelik gile dari dulu sampai sekarang.

faizal?
hahahahaha..tumbuh kubah masjid..gile pelik..hahaha

zack:
ahaa

shemmi:
puteri cina? gile hebat.huhu

posoda:
ko ni mesti pengecut kan? haha.. yang pasal pegang bahu tu aku tak penh dengar plak.

apekzer:
ada..

waniesya:
huhu..btol

NHAF 15 Disember 2009 pada 1:19 PTG  

dulu kecik-kecik kalau balik kampung mesti berebut-rebut nak tido tengah2 dalam satu kelambu share dgn 4 org kezen.

sebab kalau tido tgh antu tak kacau, antu kacau org yg tido tepi. :p

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP