Taman dan kepentingannya
Semalam ialah ulang tahun keempat aku bersama nabila farhana. Tahniah kepada kami.
Hari itu aku duduk-duduk di taman klcc, hari sebelum tu aku duduk-duduk di taman tasik perdana, lagi ditaman orkid. Di melaka aku duduk-duduk di taman bukit serindit. Aku suka taman.
Aku suka lihat orang-orang ditaman, lalu buat aku terfikir, mengapa orang bercinta suka ke taman(tolak orang yang ingin beromen di taman), keluarga semua suka bergembira di taman, kawan-kawan semua seronok di taman.
Aku tak suka orang yang beromen di taman, sebab menyusahkan aku yang suka ke taman, nanti dituduh ingin beromen jugak. Padahal aku suka duduk di kerusi sambil tengok-tengok orang, sambil berborak sahaja. Tak pasal-pasal aku dituduh beromen bila ingin ke taman dengan Nabila Farhana.
Taman bagi aku ada atmosfera kasih sayang, bila duduk di taman aku rasa happy dan mendamaikan, aku boleh duduk senyap di taman lama-lama tanpa rasa kisah. Semua orang suka hati di taman. Banyak kasih sayang tersebar. Cuba bayangkan satu dunia ini penuh dengan taman, pasti semua orang berkasih sayang kan? Akibat daripada aura yang disebarkan oleh taman.
Bunga dari taman juga boleh jadi lambang kasih sayang, sebab itu orang bercinta mahu kasi bunga.
HAdiah cincin, baju, kasut nampaknya tidak cukup asli. Bunga nampak lebih asli perasaannya.
JAdi cuba bayangkan dunia ini penuh dengan taman, pasti seronok, semua orang berkasih sayang, tidak susah-susah. Tidaklah bunuh-buruh, rogol-rogol, perang-perang.
Kita sekrang banyak bangunan keras-keras. Keras sama keras macam hati hati. Orang-orang didalamnya keras, Aktiviti-aktiviti yang dilakukan didalamnya kelihatan keras. Tidak seronok.
Aku cuma harap sekarang lebih banyak taman, lebih banyak kasih sayang.
15 carutan balas:
kalau terdapat banyak kaseh sayang ditaman.habis lahh hutan dbuat taman.gajah nk berkaseh sayang kt mna?
tetibe berasa bangga baca entry nih!
jiwang semacam je kau. anyway, tahniah!
Lagi banyak taman, lagi banyak keluaran ala2 3gp Lubuk Tupah nanti. haha.
Tahniah, 4 tahun.
wah, entri ni paling comel :)
wah!!jujur entry kau kalini.sumpah kiut!
tahniah 4 tahun :)
semoga kekal selamanye.
aku cadangkan setiap taman mempunyai seorang jaga.sape beromen tangkap.
Di Taman Tasik Perdana,
Singgah sebentar taman tasik perdana,
Taman tasik perdana,
Ilhamku..
teringat lagu nie bila ko cerita tentang taman..best
bapak jiwang punya entri. tapi takpelah, biasalah orang tengah berkasih sayang, agak jiwang dan sentimental sikit.
oh ye, aku tibe2 terfikir. sebab kenapa aura taman ni membahagiakan, sebab ianya dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang dicipta oleh-Nya. biasa kan kita dengar 'taman syurga', tak ada kata 'bangunan syurga', sebab di syurga nanti mana ada bangunan.
sebab bangunan keras itu dibina oleh manusia, yang mana tak perfect, dan aura kebahagiaan tidak terasa, sebab ianya buatan tangan manusia sendiri..
sebab itu, kalau kita pandang tumbuhan hijau2an, gunung, kabus, awan mahupun pantai dapat hilangkan stress sebab ianya ciptaan tuhan, dibandingkan dengan bangunan keras dan buatan manusia lainnya..
cuma pendapat aku, sekian.
dan tahniah untuk ke 4 tahun..
Semoga kekal.
dan taman itu indah jika ada matahari. :)
boleh tahan pemikiran anda bintang...
anda berfikir bagi pihak gajah. syabas! kalau bukan anda pasti tiada sesiapa akan mewakili gajah itu.. yelah kalau semua buat taman gajah nak pegi mane ye tak.. heishh.. kenapalah aku tak tepike macam si bintang.. LUAS sangat pehaman anda tentang pembinaan taman.. isk isk isk.
jap..
taman
teman..
pegi taman memang kene bawak teman kot?
ape kate kalau habis hutan untuk gajah.. kita buat lah taman bunga ntok gajah.. buat bunga die keras2.. pasal nanti bile gajah pijak bunga tak rosak..
kan2?
ahahahahahaha
deep~
itu je gua ley kate..
job untuk arkitek mungkin berkurangan la.hehe.
sungguh kuat pengaruh taman dlm kehidupan kita.. sampai hati org pun dipanggil 'hati taman'..
p/s: masyuk la pereka lanskap..haha.
Tahniah!!!hebat sungguh percintaan 4 tahun..semoga kekal lagi sampai bila2..
emm..kat sini kurang taman la..dulu masa kecik2 adala taman.skrg dah ilang tak tau p mana.atau mungkin taman mmg lgsg takdak,sebab nk elak dari masalah sosial kat taman..
sgt sedih sebab dok negeri takdak taman =(
Catat Ulasan