25.12.09

Kat new york pon takde salji, kat KL ade salji

1.Maaf kepada orang yang aku tak list kan blog mereka dekat blog list. Sebab aku dengan bangangnya sudah terbuang layout yang dulu dan terpaksa tukar balik semua.

2.Tadi aku jalan-jalan di pavillion. Aku lupa hari ni krismas jadi orang ramai nak mampos. Ada salji kat pavillion. Gle ar. Tapi tak sempat jejak tanah, salji dah cair. Panas kot. Memang la cair. Aku cakap kat Nabila Farhana, kat new york pon takde salji sebab global warming, kat KL selamba je ade salji keluar daripada tulisan pavillion tu. Huhu

3. Ingat tak aku pernah cakap perempuan sebagai tiang negara? Jadi mereka perlukan kawalan. Apakah cara terbaik untuk mengawal perempuan? ialah dengan perkahwinan. Kurang dosa, institusi keluarga pon makin terkawal. Sebab nak jumpa orang tak respek mak bapak senang, nak jumpa orang tak respek suami memang ada, tapi jarang-jarang.

4. Keluarga yang sihat menjamin kehidupan sosial yang terlebih sihat. Jadi, berkeluargalah dengan baik-baik. Belajar untuk mengawal.

5. Aku kalau ada anak perempuan aku nak suruh kahwin awal. Kurang dosa aku, tak payah tanggung dosa anak perempuan aku pulak.

6. Sebab itu Islam habis mudahkan perkahwinan, adat di Malaysia ni menyusahkan.

7. Aku cakap pasal kahwin ni bukan semata-mata sebab nafsu. Tapi atas sebab cara paling mudah mengawal manusia. Bila lelaki rasa ada tanggungjawab, bila perempuan rasa dikawal.

8. Aku tau mesti ramai yang tak berpuashati, atas sebab nanti banyak isu penceraian bila kahwin awal, keluarga jadi lebih rosak. Dan mungkin pelbagai lagi bantahan yang aku tak terfikir.

9. Akhirnya semua berdasarkan kematangan seseorang. Sama ada bersedia atau tidak.

10. Budak UIA banyak kahwin awal, sebab dalam kelas UNGS ada belajar pasal kahwin dan betapa kahwin awal ni bagus. haha. Aku lepas keluar dari kelas tu, aku lepak borak-borak semua nak kahwin. Gile kelakar. haha

11. Jadi, tahniah untuk ridzuan atau duan atau apekzer atas perkahwinan anda dengan mira. Aku suka dan teruja member aku sorang dah kawin. Gile rock.

15 carutan balas:

::cdot the dot:: 25 Disember 2009 pada 3:39 PTG  

aku sutuju ngan ko...kwin awal ni bgus...mcm aku...xnyempat2 meronggeng tyrus laki ajak kwin, aku pelagi zupppp angguk kpala...yeeee haaaa

[z@ck] 25 Disember 2009 pada 6:28 PTG  

btol..lagi satu trend skang kalau anak perempuan study kat mesir or belah2 Arab sana, selalu mak bapak bg kawin terus..supaya ada org yang blh lindungi si perempuan tu..

kenanga,  25 Disember 2009 pada 6:53 PTG  

kahwin awal bagus.x boleh kahwin,usah berpacaran.

Tanpa Nama,  25 Disember 2009 pada 8:29 PTG  

ye..kahwin awal is rockkkkkkkk!!!!

Aisyah 25 Disember 2009 pada 8:30 PTG  

wow, ape lagi. bilakah tarikhnya mushi?

apekzer 25 Disember 2009 pada 9:50 PTG  

terima kasih kepada mushi, disebabkan itu, aku up jemputan bagi ko dua kali. orang lain dapat sekali je..

jadi ntok kali keduanya..
jemput datang kenduri aku untok akukopi dan awek akukopi.

nah..

AkuBukanLelaki 25 Disember 2009 pada 10:08 PTG  

nak kawen awal boleh tp yg xbleh nyer ko kawen sebab tgk org lain syok kawen...haippppp,pantang bapak aku tuuu

emma songall 26 Disember 2009 pada 5:16 PG  

uwaaaaaa.
smlm trun pavi jugak tapi sbb jln jam gila terlepas snow moment.
rugi-rugi!

Tanpa Nama,  27 Disember 2009 pada 8:34 PG  

then what ur say of urself, ur very POV..kalau kau..kau akan kahwin awal? u really think u're ready? serba serbi kena cukup kan.. and statement tu termasuk student2 uni? financially stable? that'll be a LOT to deal with, no?

-wani

AkuKopiKauSiapa? 27 Disember 2009 pada 5:56 PTG  

tanpa nama atau wani:

Seriously aku nak kahwin awal, sebab tu lah aku cakap.

Financially memang tak stable..tapi tak semestinya terus ada anak.

Kalau takde anak aku rasa takde problem.

Seriously, aku cuma tanak banyak dosa je.

balqissy 28 Disember 2009 pada 1:06 PG  

haha aku pon rase nk kahwen awal dulu, tapi skang mcm asek kena tunda je =(

Tanpa Nama,  30 Disember 2009 pada 9:12 PTG  

kawan aku dah kahwin
masa kitorang first year
and dapat anak waktu final exam end of first year tu, steady je hidup dgn ptptn... added up both dia n bini dia student.

haha.. tp aku sure there was indeed ade the family support kot.

slmt maju jaya kalau kau seberani kwn aku =)

-wani


ps: maybe anak tu boleh buat kau success dgn study, end up dgn first class honour.. terus dpt taja utk future, a guaranteed career..motivasi the baby tanpa sedar..for good (that ws how he did, the fren of mine)

=))

Dak Wan® 30 Disember 2009 pada 11:28 PTG  

Yup, tanggungjawap tu penting. Janji boleh sara anak bini, ok dah.

a . i . n 4 Januari 2010 pada 12:38 PTG  

kuasa mengawal sebelum dan selepas berkahwin. sama sahaja berat kerana manusia hidup sentiasa memegang tanggungjawab.

Tanpa Nama,  12 Januari 2010 pada 11:51 PTG  

ade sorg mamat neh. ktorg teman mesra.mmg niat nak kahwin dan hidup bersama.kenal dari sek.die pergi study kt uia.then die ajak kawen awal altho die pun x abes study.aku terkedu.aku dah abes study.die tgl lg stu sem.aku x bg jawapan.coz bg aku biarla die abes study.bile die dah abes study, tibe2 die nak jadi kawan biase.die kate die nak kawen lambat.dan kawen ngn perempuan lg muda.

perghhh perit.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP