23.9.09

Saya sedang tulis seperti gadis yang tidak puas hati

Hari ni aku tulis pakai "saya".

Saya ingat dulu ada kawan saya cakap, belajar tu tak berapa penting. Yang lagi penting ialah skill. Atau bahasa melayunya kemahiran. Kita tengok orang cina belajar tak tinggi sangat pon. Ada duit banyak, kaya. Bukak bengkel motor aja, sudah kaya.Tengok budak-budak melayu perempuan biasanya dekat universiti dapat sampai 4.00 CGPA. Bila masuk kerja, macam haram, apa kerja pon tak tau buat.

Dia cakap lagi, kalau ilmu banyak, bukan maknanya bijaksana juga. Dia cakap lagi, kalau kita da kemahiran, macam contoh kemahiran bercakap dengan orang, kemahiran memimpin, kemahiran bertukang. Apa sahaja kita boleh buat, belajar ini semua untuk lepas universiti sahaja.

Sejujurnya saya malas membaca, saya hanya mula pandai membaca pada darjah 1 atau 2. Itu pon sebab saya nak baca doraemon. Terpaksa belajar membaca. Sudah masuk sekolah menengah saya terlampau berlagak. Saya rasa saya lebih pandai dari buku. Apa sahaja buku cakap semua saya pernah fikir, saya boleh dapat menyelesaikan masalah tanpa tengok buku. Saya boleh guna kepala saya sahaja, saya dengar, saya guna logik. Tapi sebenarnya saya bodohla kan? baru sekolah menengah sudah berlagak pandai tahu semua benda. Gila ke apa?

Kemudian saya cuba mahu baca. Saya kemudian baru suka baca, saya tengok internet banyak, saya pinjam-pinjam buku orang. Saya baca apa sahaja. Walaupun saya tak berapa suka baca fakta. saya baca jugak. Baca itu ilmu la kan?

Bila baca saya lagi banyak fikirlah, bila saya lagi banyak fikir, baguslah kan? Saya jadi lebih dari apa yang sepatutnya.Apa yang kamu mahu fikir kalau kamu tiada ilmu? Mungkin kamu terfikir telur kamu tu seimbang atau tidak sahaja. Paling lebih pon kamu menganalisa buah dada wanita lalu lalang di depan kamu.

saya mahu cakap kat kawan saya tu saja sebenarnya. Kamu belajarlah, kamu ingat kamu terlampau hebat sangat kah? kamu tahu tak kamu nak mengorat perempuan pon tak reti? Kamu tahu tak kamu hanya cakap besar sahaja? Kamu tahu tak kamu sucks gila babi? Kamu sedar atau tidak kamu perasan sahaja? Kamu cakap pasal kemahiran, kamu tahu tak kemahiran kamu tu berapa ramai orang ada, dan berapa ramai orang yang banyak pengetahuan ada kemahiran?

Sudahlah kawan saya, kamu belajarlah seperti saya. Saya pernah cakap, penyakit terlampau bijak seperti kamu yang terlampau bijak ni ialah kebodohan. Ubatnya rendah diri sahaja.

Ada macam gadis-gadis yang buat blog untuk meluahkan perasaan tak puas hati tak?

ah pegi mampos. blog aku.

9 carutan balas:

Amar san 23 September 2009 pada 11:28 PG  

aku paling suka entry kali nih..

harap org2 yg perasan terlampau insap laa sikit bila baca entry kali ni..

Amar san 23 September 2009 pada 11:30 PG  

owh lupa nak cakap. header baru ko sangat lawa. catchy sungguh.

serius lawa. aku ingat nak buat satu jugak nanti.

Amar san 23 September 2009 pada 12:07 PTG  

haha. jangan risau aku tak tiru.

Tanpa Nama,  23 September 2009 pada 7:37 PTG  

eyh lupa lak nk wish selamat 22 tahun hidup. teruskan membaca. ciou.

Aisyah 23 September 2009 pada 8:16 PTG  

ya Rabbi. tolonglah 'aku' balik.

iyllienaz 23 September 2009 pada 10:33 PTG  

erk..ni ade perli sesape ke??

betty 28 September 2009 pada 12:52 PTG  

kawan saya kata, dpt cgpa 4.0 pun bukan boleh masuk syurga.

p/s:kena bt research lg supaya sound lebih 'gadis' lagi

a . i . n 29 September 2009 pada 2:20 PG  

memajukan diri sendiri itu juga pahala. bagus lah..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP