14.9.09

Benda-benda aku nak, takkan pernah dapat, takkan berguna

Kau biasa tak? benda-benda yang kau bernekad nak gila babi, atas alasan mengarut, kau sendiri tak tau macam mana nak guna atau tak penting lansung tapi kau rasa benda tu sangat cool kalau ada. Aku banyak. Ini semua hal masa kecik-kecik akibat terlampau kuat berangan.


1. Turntable. Aku patut cakap. Ini benda yang aku sangat nak, mungkin aku perlu cakap dari darjah 6. Aku rasa macam nak pergi kelas belajar benda alah ni je. Bapak best. Tapi aku rasa aku takkan pernah tau main, tapi kalau ada kat rumah buat hiasan cool gile.


2. Mesin coke. first time aku pergi genting highland. Aku rasa time awal-awal sekolah menengah. Dekat game yang ada masuk air tuh, aku nampak mesin ni coke ni. Sumpah terus jatuh cinta. Tapi yang kat genting tu rupa dia macam lagi lama. Aku tak jumpa gambarnya. Tapi lebih kurang la. Best sial.


3. Nunchuck. Dulu aku sentiasa rasa aku sebenarnya bruce lee. Dan . Aku nak tau macam mana main benda ni dari kecik-kecik lagi, tapi mesti sakit-sakit gila badan. Kalau kena kepala pasti pengsan.

4. Pop art potret gambar aku sendiri sebesar-besar dinding. Aku bernekad. Kalau aku ada rumah sendiri. Aku nak buat wallpaper kat umah aku gamabr pop art potret aku sendiri sebesar-besar dinding umah aku. Ini semua time form 3 kot. Pegi midvalley, ada kedai sebelah escelator jual barang-barang hiasan, die ada jam gamabr elvis. Lepastu aku terfikir, kalau dinding aku kat umah gambar aku sendiri macam ni gile best. Tapi masa tu tak kenal pop art lagi.

5. Buku tebal-tebal. Ini benda bodoh, masa pegi library dengan shuk dulu dekat UIA. Aku nak study, dan aku amek banyak buku tebal-tebal nak wat reference. Dah abes guna aku susun banyak-banyak atas meja. Lepastu aku dan shuk rasa, betapa coolnya kalau buku-buku ni aku buat hiasan dekat bilik. Berniat untuk curi. Tapi takut kantoi.


Apa yang kau nak dari dulu sampai sekarang tapi memang takkan berguna benda tu?

Mempersembahkan lagu khas untuk Nabila Farhana. Sori sebab suara habis sial. Lirik jiwang sikit-sikit, mungkin ini pertama kali aku letak lagu di blog ini. Aku sendiri nyanyi plak tu. haha


My Song 12 - hafizudin hamdan

7 carutan balas:

shamimi 14 September 2009 11:29 PTG  

sweet ar bro...
tp klu diperbaiki liriknya skt lg.
mesti best.
background music dh cun.

misz benida 15 September 2009 12:05 PG  

slmt hri rya..
ko nk watpe bnda2 cm g2???
hehe

ainisz 15 September 2009 1:56 PG  

oi oi... tergelak aku dgr lagu ko.
aku confirm nabila farhana pun berguling2. ok la lagu ko. ada elemen comel.

I - s Y a 15 September 2009 3:43 PG  

haha ok..sweet la tuh. die dh dgr blum? hahaha

asks 16 September 2009 1:38 PTG  

(tidak mengikut turutan tertentu)

1. Turntable
kebetulan.. antara gajet idamanku sejak sekolah rendah. gara2 terpengaruh ideologi hip hop bawaan Too Phat.

2. X-wing starfighter
bagiku model pesawat paling cool dalam trilogi Star Wars. mainan ni aku nak, aku dapat, tapi tak berguna..kasihan ngan bapak aku yg belikan mainan ni setelah melihat aku memberontak. sekarang ni tersadai berhabuk di atas almari aku. (memerlukan dua bateri AA, hanya untuk mengeluarkan bunyi deruman pesawat..damn)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP