4.9.09

Idea tentang cara kurangkan kenderaan di dunia

Mungkin aku tidak perlu sehingga ke tahap di dunia. Mungkin tahap UIA sahaja. Tapi mungkin boleh diaplikasikan suatu hari nanti, mana tau kan. 


Masalah besar di Kuala lumpur ialah terlampau banyak kereta. Termasuk jugalah di UIA. Kecanggihan dan kecantikan elemen 'urban design'  ditutup oleh kenderaan-kenderaan yang terlampau penuh di tempat letak kereta. Elemen landskap dihancurkan dengan selamba menjadi tempat parking di tepi-tepi pokok, menghalang laluan pejalan kaki, parking atas rumput. Rosak mata dan sakit hati. 

Masalah ini timbul bila orang malas jalan kaki. keadaan terlampau panas, lambat ke kelas dan perkara-perkara yang lebih mudah digunakan menaiki kenderaan persendirian. Bus pula 30-45 minit sekali.

Jadi aku fikir untuk UIA, kita hentikan perkhidmatan bus mengelilingi uia. Jual semua bas tersebut dan gunakan duit yuran pelajar yang mahal dan duit penginapan yang mahal juga untuk membina sistem pengangkutan di uia yang mudah. 

Sistem pengangkutan ini ialah train yang perlahan, tidak mempunyai pintu, kelajuan perlahan sikit dari orang berjogging.  Train ini akan bergerak mengelilingi UIA dengan frekuensi 1 minit. 

Tren ini tidak akan berhenti, ia akan terus berpusing mengelilingi UIA dengan kelajuan yang perlahan tadi. Jadi kalau kita nak guna, kita hanya perlu kejar dan terus lompat masuk dan bila sampai destinasi kita lompat turun. Mudah, senang, laju, tak payah jalan, dan tiada sebab lagi untuk guna kenderaan persendirian.

Kalau mahu dikenakan tambang, mungkin perlu sebulan rm50 dengan penggunaan sesukahati. 

Aku jamin tiada kenderaan persendirian di UIA melainkan kereta pensyarah dan budak yang duduk luar. 

P/s: aku nak basikal. Nak bawak pegi kelas. Jalan kaki lambat sangat, naik kereta tak bagus. Perlu basikal. 

27 carutan balas:

Shemmi 4 September 2009 pada 2:29 PG  

haha...

kelaka tp cute utk idea tren yg bergerak perlahan tu..


* hemh...manusia ini terlalu cerdik sehingga menumbuhkan kebodohan..(kata2 tiada kaitan)

eyena A. James 4 September 2009 pada 2:39 PG  

basikal lah. mmg best tp kalu da keadaan geografi cm fakulti aku, nk kena cr mountain bike lah. insya Allah sakit kaki nk kayuh beskal tiap2 ari.

demang 4 September 2009 pada 4:01 PG  

cube try masuk upnm. trafiik berjalan lancar.
heh

Thumbnail 4 September 2009 pada 4:55 PG  

setuju
dulu selalu fikir
apa salahnya invent jln raya ala2 eskalator
tak perlu bergerak
letak kerusi kalau perlu
kalau rajin berdiri saja
mudahkan? :p

Shamimi 4 September 2009 pada 9:43 PG  

train tu mcm kt klia jew bro.
tp gua sokong dgn pengunaan basikal.

emma songall 4 September 2009 pada 2:22 PTG  

perghh, i like ur idea a lot.
sangat style.

Your Average Mat 4 September 2009 pada 2:44 PTG  

bagus. pemikiran ko macam mahathir. in a good way. aku sokong idea nieh.

lizabaik 4 September 2009 pada 8:29 PTG  

hahahahha lawak r idea ko ni.
tp kalo tren perlahan sgt x efektif gak.
beter nek basikal jela. duit hasil jualan bus tu wat jln tuk basikal.bole bukak bisnes sewe basikal....huuhuhuhu

Pacik Raman 4 September 2009 pada 9:18 PTG  

klo harge petrol naek lg skali, tren ni pasti ade kt UIA.. lg satu, buat la yg laju sikit, bosan syial jd driver tren tu...

chikleen 5 September 2009 pada 9:19 PG  

yup..u shud get one..basikal la of cos..xkan tren plak..
for student..setkt dlm kwsn cam UIA tu..i think basikal is gud enuf..
jadik la trend setter..
erk..ke mmg dh lama org naik basikal g kelas tapi aku je yg tak tau..
haha.

Ahmad Belia 5 September 2009 pada 8:39 PTG  

beli basikal...yang tu gua setuju. tak pun kita jalan kaki kee...cam nee?

AkuBukanLelaki 6 September 2009 pada 7:35 PG  

xyah le nek beskal.Aku ade beskal pun 2,3 bulan je pakai.Pastu stop coz xlarat nk kayuhh...
Much better kalu ade jalan raye yg cam xculator..SANGAT SERONOK..leh tido atas tu..ekekee

Asrulsani 6 September 2009 pada 9:11 PTG  

kalo kat UIA, buat masa ni aku rasa basikal yg paling praktikal utk mengurangkan kesesakan dan penggunaan minyak.. ttg tren ko tu seperti biasa..kos. Hmm..camne plak org yg dlm kecemasan yg mahu bergerak lebih laju dari tren tersebut? ah..aku baru teringat ttg fantasi seorang kenalan, tapi ia melibatkan jalan raya yg bergerak, mnakala kereta sebagai kapsul yg mbawa penumpang..

AkuKopiKauSiapa? 7 September 2009 pada 1:58 PG  

shemmi:
huhu..comel kan??comel kan??haha

aina:
sama la macam uia..tercabut lutut siut.

demang:
aa..bagusnye..jarak dekat ke??

thumbnail:
urm..pergerakan dalam bandar je..dengan tujuan kurangkan kenderaan..bukan nak kasi orang malas.

shamimi:
klia ade eh?

emma:
mari jaga alam sekitar.

karatz:
bagus.

ur average mat:
gile kau melampau ni..

liza:
orang malas naik basikal..penat dan panas.

pacik raman:
kalau laju minah minah pki baju kurung tu camne nak kejar n lompat naik?..mau terkoyak gak ar kain dorang. ahaha

linda:
ramai da orang ade basikal senanye..NAK SATU!!!!hahahaha..apis da usha kat mudah da..2nd hand.haha

ammosham:
jln kaki lambat dowh.

filda:
banyak bukit eh??

asks:
kalau nak cepat tak boleh la..benda ni untuk semua orang..mane boleh penting diri..kereta sebagai kapsul adalah benda yang tak bagus..sebab:

1. bezanya cuma terbalikkan sahaja. apa kelebihan nya?

2. dalam setiap perjalan ada 'origin' dan 'destination'..jadi dalam satu jalan raya tu pasti setiap kereta destinasi dan originnya berbeza-beza..macam mana nak buat?.takkan perlu banyak jalan raya? tanah adalah terhad.

3. pergerakan terhad.

Shamimi 8 September 2009 pada 2:02 PG  

Yup mmg ada train tu mksd gua excalator tu.
Gi ar tgk, apa yg gua nmpk lbh krg mcm idea lorh la.

Asrulsani 8 September 2009 pada 5:07 PTG  

1. rasanya ia tak memerlukan bahan api.

2. idea beliau ialah menggantikan jalan raya yg statik dengan jalan raya yg bergerak, jika kawasan tersebut masih bertanah merah, maka tak perlu buat.

3. jika mahu lebih pergerakan, lebih banyak jalan raya bergerak yg perlu dibuat.

p/s: pernah tengok idea yg lebih kurang mcm idea beliau tapi lebih praktikal, di Nextworld (Ch 551, rabu, 23:00).

AkuKopiKauSiapa? 9 September 2009 pada 1:11 PG  

ask:
banyak sgt jalan raya kene buat...nak letak bangunan kat mane?
sekarang kita nak kurangkan pembinaan jalan..galakkan penggunaan pengangkutan awam..bukan tambah jalan untuk kepentingan kenderaan 'occupancy' rendah.

maaf. cuma aku rasa idea tu aku tolak habis habisan.

malah isi pertama dan kedua kau juga contradict.

Raja Syahrul Helmi 9 September 2009 pada 2:39 PTG  

Oh mcm tram kat San Francisco, Vienna, etc tu la yer? Yg romantik tgk jln pelan je sambil ada bebudak kolej cium2 kat belakang tram lepas main kejar2 sapa dpt naik tram dulu...

AkuKopiKauSiapa? 10 September 2009 pada 7:51 PTG  

shahrul helmi:
tram ade pintu. rupa macam bus. ini bukan tram. ini macam roller coaster yang bergerak perlahan.

olm,  11 September 2009 pada 8:55 PG  

melompat ke dalam train menarik. train bergerak perlahan masalah.nanti lambat sampai.

Asrulsani 12 September 2009 pada 2:30 PG  

oh.. aku hanya ingin berkongsi tentang idea kenalan tersebut (bagiku ada kaitan dengan idea train yg bergerak). Tidak bermakna mengiyakan (atau tidak) idea beliau kerana aku tidak terlalu memikirkan tentang idea tersebut.

p/s: beliau adalah rakan sekelas adik aku yg merupakan calon PMR '09.

hans 12 September 2009 pada 4:43 PG  

hidup skrg kena pantas
motosikal tanpa mengeluarkan asap pilihan terbaik

Amar san 12 September 2009 pada 12:43 PTG  

naik la basikal yg menggunakan solar energy.. sangat2 environmental friendly dan pada masa yg sama amat sesuai dengan situasi kita mahasiswa yg perlu cepat ke kuliah, apatah lagi bila kuliah pukul 8.00 tapi 7.50 baru nak bangun..

masalahnya kat mana aku nak beli basikal tu? kalo ada jual pun, sure harga mahal gila, baik aku beli honda civic type-R.. haha

ringo 16 September 2009 pada 10:43 PG  

haha. bagus idea tersebut.
fac aku pulak berbukit2.
timbul idea mewujudkan gelonsor curam ala2 wetworld

AkuKopiKauSiapa? 16 September 2009 pada 11:22 PG  

ringo:
besla..nanti bebudak sume kene pki bikini

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP