Related Posts with Thumbnails

24.9.09

Kelembutan melayu walau dari sudut bodoh

Mula-mula ingat hari ini mahu pergi jalan-jalan beli lampu dengan Nazrul. Atuk dia meninggal pula(al-fatihah). Tak jadi keluar dengan nazrul aku keluar seorang. Beli flourescent, beli mangkuk, beli wayar, beli aluminium foil, beli windshield. Mahu DIY studio light sendiri untuk ambil-ambil gambar. Dan dioperate menggunakan bateri kereta. haha.

Jadi aku keluar aku singgah kedai buku. Aku baca satu buku aku lupa apa tajuk, dia cakap pasal asal-usul perkataan saya ialah 'sahaya' atau maksudnya 'hamba'. Penulis buku itu juga menolak perkataan yang biasa kita gunakan sebagai kata ganti diri iaitu 'i' dan juga 'you'.

Aku terfikir lembutnya bahasa melayu walau dari sudut paling bodoh, iaitu kata ganti diri sahaja.

Mari kita lihat betapa lembutnya bahasa melayu,ok?.

Dalam bahasa melayu ada beberapa kata ganti diri iaitu, saya-awak, aku-engkau, panggilan nama sebagai contoh, hafiz-hana, saya-pakcik atau makcik.

Dalam bahasa inggeris, kalau kita panggil seseorang dengan nama panggilan Uncle sebagai contoh, "Uncle Bond, what do you want?" Kita lihat bahasa inggeris mula-mula pakai uncle, kemudian jadi "you". Maknanya penghormatan dengan penggunaan perkataan 'Uncle' itu pada awal sahaja.

Dalam bahasa Melayu kita cakap,"pakcik bond, pakcik nak apa?" bahasa melayu kata ganti diri pakcik gunakan bagi setiap ayat. Jadi, maknanya memberi satu "sense" atau perasaan hormat dengan panggilan sahaja.

Ambil perkataan saya pula. Perkataan 'saya" asalnya ialah "hamba". Jadi contoh saya bercakap dengan kamu, bila aku gunakan saya, pastinya dijawab dengan saya, jadi saya "hamba" bagi kamu, tapi tidak mengapa kerana kamu juga "hamba" untuk saya. Jadi, sepatutnya timbul perasaan rendah diri, hormat-menghormati, tolong-menolong sesama hamba. Kata ganti diri ini jelas menunjukkan kita semua sama.

Perkataan 'aku-engkau' bunyinya lebih keras dengan kewujudan huruf 'k' ditengah perkataan yang menebalkan bunyi. Kalau ditukar kepada huruf 'w'. bunyinya akan menjadi lembut. sama seperti "saYa" dan "aWak". bunyi lebih lembut.

Jadi perkataan aku-engkau ini lebih bagus diguna bersama rakan yang sudah rapat dan tidak berapa ambil hati satu sama lain. Takkan mahu guna perkata 'aku-engkau' kepada orang yang lebih tua. Maka nampak macam tidak hormat lah. Tak baik.

Lembut kan bahasa melayu?

17 carutan balas:

Akmar Anuar 2009 September 24 08:26  

ah, another great entry..
baru prasan pasal kelembutan bahasa melayu tu sendiri..
thanks mushi sebab mengingatkan semula aku yang semakin alpa dengan keindahan bahasa sendiri ;)

popsoda,  2009 September 24 11:27  

baru aku rasa nikmat baca post ko seperti dulu2.. pas baca post ni. cewah! haha. menarik2. tapi kopi, ada gak kazen aku orang sabah, dia bahasakan diri dia 'aku' kat mak dia. sbb dia kata orang sabah mmg mcm tu. bkn sebab tak hormat. tapi dah terbiasa. macam org indon gak. mereka lbh selesa membahasakan diri 'aku' tanpa ada ambil hati. sbb dah terbiasa camtu..

♥CHU♥ 2009 September 24 16:24  

hah.
make sense la awak.
cehcehceh.
saja nak tunjuk aku lemah lembut.

ainisz 2009 September 24 17:54  

ahahha...xthn tul cnth ko kt awl2 tu hafiz-hana. ko bhsa kn diri cmtu ke dgn nabila farhana?

anyway, aku tu untuk lebih rapat. kalau bckp dgn Tuhan pun kita guna aku instead of saya.

Kap 2009 September 24 20:01  

yeah!
saudara Kopi sudah kembali..

saya yang melaporkan..

سيتي هدايه 2009 September 24 20:46  

waah. pasti bm komunikasi dapat A nie. hehe...

AkuKopiKauSiapa? 2009 September 24 23:01  

akmar:
terima kasih kepada orang yg tulis buku tu sbb buat aku tulis benda ni.

popsoda:
sbb tu mereka ganas. haha..sukahati je.

chu:
boleh la tahan lembut.

ainisz:
terima kasih untuk point yang bagus tu. guna aku untuk rasa rapat. betul-betul.

kap:
saya sudah lama disini.

siti:
bkn semua org dapat A ke?haha

ringo 2009 September 25 02:13  

perkataan terima kasih juga menunjukkan kelembutan bahasa melayu itu sendiri.
tetapi kerana terlampau selalu digunakan masa kini,ianya kedengaran biasa sahaja.
contohnya,kalau kita pinjam pembaris membe,mesti cakap terima kasih.
macam takde pape.
aku macam pernah terbaca,perkataan terima kasih datang dari satu peristiwa dahulu kala di mana seseorang tersebut terlalu terhutang budi kepada orang lain dan menawarkan kasihnya kepada orang tersebut.
he offers his love.
begitulah sedikit sebanyak kisahnya.hahaha

Aa san 2009 September 25 12:51  

satu entry yang mengetuk minda untuk berfikir. terima kasih. :D

.nabilah.owns.me. 2009 September 26 05:36  

hahah .
ye, blog awak ni membuatkan saya lebih menghormati bahasa melayu .
hidup bahasa melayu !
lepas ni taknak ckp bahasa inggeris .
hahaha .

AkuKopiKauSiapa? 2009 September 26 10:01  

nabilah:
jgn..kene pandai bahasa inggeris.penting.

aa san:
pki hammer

ringo:
terima kasih eh?? betul gak tuh..

hans 2009 September 26 22:10  

macam belajar translation plak dah

I - s Y a 2009 September 27 04:21  

wah, bagus. tuan hamba sopan dah skarang.

a . i . n 2009 September 29 02:24  

aku akan guna juga aku kau walaupun baru berjumpa dengan rakan-rakan. lebih mesra bagi aku. terpulang. tapi betul bahasa melayu itu cantik.

fndrocka 2009 Oktober 1 14:53  

bila berbicara dengan tuhan guna aku-engkau...adakah tu maksudnya kita berkasar dengan tuhan?

Diloz 2009 Oktober 1 22:18  

kalau pakai 'dude,bro' pun sama.

fakta yang best.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP