4.4.11

Tentang bahasa jiwa bangsa

Apa yang aku tulis dan apa yang kau akan bakal baca ini berdasarkan logik. Bukan berdasarkan kajian. Sebarang bantahan boleh dikemukakan di ruang komen.

Dari sekolah dulu kau selalu dengar. Orang kata bahasa jiwa bangsa. Dalam TV iklan melambak-lambak dia cakap bahasa jiwa bangsa. Yang aku faham dari bahasa jiwa bangsa ialah, cara kau menggunakan bahasa kau, menunjukkan bangsa kau. Jadi maknanya cara kau bercakap, samaada kau mencarut, kau bercakap kasar, seorang yang sarkastik menunjukkan bangsa kau. Iaitu bahasa melayu lah.

Jadi bila aku suka mencarut, menunjukkan orang melayu sebenarnya suka mencarut.

Jujurnya aku kurang bersetuju.

Satu sebabnya ialah aku tak percaya dengan ideologi bangsa.

Sebab bagi aku kita tak patut dibezakan melalui bangsa, ia menjadikan kita berpecah. Kita sepatutnya dibezakan melalui tempat tinggal. Jadi katanya aku orang melaka. Aku sepatutnya bukan dipanggil sebagai orang melayu. aku sepatutnya dipanggil sebagai orang Melaka. Untuk lebih besar lagi. Aku dipanggil sebagai orang Malaysia.

Sebab keduanya ialah,

Kalau bahasa jiwa bangsa, menunjukkan sesuatu bangsa menggunakan bahasa bangsanya sebagai pertuturan harian. Sebagai contohnya orang melayu. Maknanya aku akan menggunakan bahasa melayu sebagai pertuturan harian.

Jadi persoalan aku ialah bagaimana dengan orang Melayu di Sarawak? Mengapa mereka bercakap dalam bahasa sarawak? Orang melayu di Indonesia pon bercakap bahasa lain yang bukan bahasa melayu atau bahasa sarawak. Akhir sekali, betulkah bahasa yang kita guna ini sebagai Bahasa Melayu yang asal atau Bahasa yang asalnya dari Malaysia?

Kalau bahasa jiwa bangsa. Mengapa mereka tukar subjek di sekolah dari bahasa melayu menjadi subjek Bahasa Malaysia.

Malaysia itu suatu bangsa kah?

Jadi bagaimana kita boleh cakap bahasa jiwa bangsa?

Aku rasa lebih kepada "bahasa jiwa asal tempat tinggal".

Tak kira bangsa apa. Kalau tempat tinggal lain, dia cakap bahasa lain jugak. Siapa yang buat slogan bahasa jiwa bangsa ni? Mesti dia tak fikir sebelum buat.

9 carutan balas:

Tanpa Nama,  5 April 2011 pada 4:29 PG  

Betol tu!
Seorang melayu, membesar di Germany katakan. Dan bahasa harian adalah German jugak. Kalau ikut kata Bahasa Jiwa bangsa, sepatutnya dia jadi German la kan, bukan melayu?

Aku rasa, bahasa melayu sekarang bukan asal. lebih kepada di olah dari pelbagai bahasa. Contoh: Relevan.

Dan selamat kembali, Kopi. Dah lama tak dengar ideologi kau yang luar kotak! ^_^

AkuKopiKauSiapa? 5 April 2011 pada 4:36 PG  

tanpa nama :
haha. terima kasih kerana masih membaca.

admin@blogdiloz.com 5 April 2011 pada 4:46 PG  

bagi aku,

cara yang paling berkesan belajar sesebuah budaya/bangsa adalah dari bahasa.
mungkin apa yang dimaksudkan 'jiwa' itu adalah asas atau center sesebuah bangsa.

pengalaman sendiri.

AkuKopiKauSiapa? 5 April 2011 pada 5:23 PG  

diloz:

tapi boleh juga jadi jiwa kepada orang yang bertutur dalam bahasa tu.

Jika kau memang lahir di jepun, duduk di jepun, bercakap jepun, berdarah melayu.

Adakah otak kau akan jadi melayu?

pastinya dipengaruh dengan budaya jepun.

Jadi bila kau cakap jiwa bangsa. Aku cuma rasa budaya lebih kepada tempat asal budaya tersebut. Bukan dari bangsa.

karatz 5 April 2011 pada 9:20 PG  

aku orang kelantan.of kos lah aku ckp loghat kelantan.kalau aku duduk kl jumpa member bukan org kelantan aku ckp luar(kl).jadi bahasa tutur semalaysia sebenarnya bahasa kl.bahasa kl bukan bahasa bangsa.kan?tak silap aku bahasa baku baru bahasa bangsa.

bahasa jiwa bangsa betul.tapi kita xde bahasa tutur yang melambangkan bangsa yang sebenarnya.yang ada cuma bahasa kl.aku rasa.haha

ali 5 April 2011 pada 11:50 PTG  

bahasa kebangsaan , wisalah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia, bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa kita yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan.

justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa - bangsa Malaysia.

AkuKopiKauSiapa? 6 April 2011 pada 12:24 PG  

ali :
ulasan yang bagus. terima kasih

encikzamru 9 April 2011 pada 2:24 PG  

ok.

bahasa itu muka pada bangsa.aku setuju yang itu.

Asrulsani 9 April 2011 pada 12:33 PTG  

Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia kerana mereka mahu menjaga hati bangsa lain supaya tidak berasa kecil hati apabila mempelajari bahasa tersebut. kononnya.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP