15.4.11

sekali sekala aku cerita pasal gambar






1. Bagi aku, bila ambil gambar, kau tak boleh fikir gambar tu di dalam kamera sahaja. Macam aku, aku mesti fikir dulu gambar tu akan jadi macam mana dalam album nanti. Contohnya aku ambil gambar macam kat atas ni. Mesti aku kena fikir, "nanti gambar ni aku nak letak kat bahagian atas dalam satu page, then nanti gambar yang lelaki kat bawah pulak, then nanti aku flipkan gambar tu. Jadi, dia akan jadi sebelah2 lepastu nampak macam muka dia bersambung". Mesti kau tak paham kan apa outputnya nanti? haha.

Point yang sebenarnya ialah kau mesti dah plan kau nak susun macam mana dalam album atau dalam blog kau nanti. Setakat cantik dalam kamera nak buat apa.

2. Bukan semua gambar boleh hitam putih. Gambar hitam putih ni bagi aku, selalunya aku aplikasikan dekat gambar yang tiada meaning, tapi konon macam banyak meaning.

Contohnya macam gambar yang out focus, gambar blur, gambar sedang jalan-jalan tiba-tiba tertekan shutter. Gambar yang macam tu sangat sesuai untuk hitam putih.

biar kasi contoh sikit. Gambar ni aku tersilap control white balance sebenarnya, lepastu aku patut pakai f/2.8. Sebab macam terlebih blur pulak. Jadi untuk cover, aku tukar kepada hitam putih.

sebelum(WB silap dan terlebih bokeh)

selepas(cover silap)

ok. Sekarang mana satu lagi macam feel? pastinya yang hitam putih kan?

Tapi sebenarnya kalau boleh jangan tersilap lah. Kalau macam tu abis semua gambar kau hitam putih je. susah lah pulak. Aku selalu mengalami masalah ni sebab dari indoor terus ke outdoor. Cahaya matahri pulak sangat terang sampai tak nampak skrin kat kamera. Nak baca histogram tak reti.


Ok,


Selamat beramal.

2 carutan balas:

Kap 15 April 2011 pada 8:05 PG  

ok ok.
aku catatkan.
minta lebihkan tips lagi.
ringkas padat macam ni sudah.
bravo, penulis.

kizzy t.fauzi 17 April 2011 pada 9:25 PG  

" nak baca histogram tak reti". hehehe samalah kita ;p

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP