13.4.11

sikit pasal sustainable development

salam 1 malaysia,

Aku baru lepas exam.

Tadi ada satu soalan dia tanya pasal sustainable development. Dia suruh explain.

Macam biasa aku pon jawab la. Aku cakap la sustainable development ini macam pembangunan yang memuaskan kehendak generasi masa kini tapi tidak dilupai generasi masa hadapan. Sustainable development ini berdasarkan kepada keseimbangan sosial, ekonomi dan juga alam sekitar.

Kemudian aku terfikir lagi,

Aku tulis,

sustainable development ini hampir kepada mustahil. Mana boleh logik sustainable development ini.

Akhirnya pasti perlu ada pembangunan. Cuba dibayangkan, dibuat satu kawasan yang kononnya begitu sustainable katanya. Sampai bila-bila pon boleh pakai. Pasti akan ada satu masa populasi akan bertambah, dengan teknologi perubatan yang begitu canggih sekali, kadar kematian pastinya menurun, populasi hasil migrasi dan kelahiran akan memadatkan sesuatu kawasan.

Maka nanti akan wujudlah pembangunan baru di pinggiran kawasan yang kononnya sustainable tadi. Bila wujudnya pembangunan baru, pastinya hutan-hutan dimusnahkan untuk pembangunan, jadi mana sustainablenya? Pasti akhirnya akan wujud pembangunan baru juga.

Maka sustainable development hampir kepada mustahil. Mana boleh satu pembangunan bertahan sampai bila-bila dan sentiasa memuaskan hati generasi masa kini dan masa depan. Maka tidak akan wujud sustainable development ini. Ia tidak akan sustain, kita cuma melambatkan proses kemusnahan bumi sahaja.

Sustainable development yang sebenarnya ialah tiada pembangunan lansung.

Serius aku jawab macam ni, harapnya lecturer aku tak marah.

3 carutan balas:

Tanpa Nama,  13 April 2011 pada 2:15 PG  

kau pernah dengar pasal urban regeneration ? ulas sikit.

AkuKopiKauSiapa? 13 April 2011 pada 3:40 PG  

sama mcm urban renewa.

pembaharuan bandar,

contoh paling klasik ialah midvalley, dulunya kawasan squatters dijadikan bandar,

yang dia nak buat seterusnya dalam perancangan ialah kampung baru.

anyss 15 April 2011 pada 9:56 PG  

Assalamualaikum,
Hu hu hu boleh aje jawab macam tu kalau nak didik diri berfikir. tapi kalau nak markah tinggi...hu hu hu kena nengok juga la cikgu yang bagi markah tu jenis yg macam mana. kalau ikut skima semata2...habislah!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP