30.3.11

satu wanita dan dua lelaki

magik kan?


Mungkin penggunaan kata wanita tidak begitu sesuai untuk digunakan di sini. Satu sebabnya ialah wanita digambarkan sebagai seorang yang lembut, elegan, dan matang. Mungkin perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah perempuan. Perempuan bunyinya lebih tidak dewasa, lebih suka main-main dan tidak serius.

Ada sesetengah perempuan yang cepat lupa. Mereka cepat lupa apa yang mereka pernah buat dan apa yang orang pernah buat terhadap mereka.

Mereka juga kadang-kadang lupa apa yang orang buat untuk masa depan mereka, mereka anggap sebagai main-main. Malahan lebih teruk mereka tidak hargai.

Contohnya jika ada orang kumpul duit, perlu kerja bersungguh-sungguh untuk mereka. Jadi kebanyakan masa orang itu akan sibuk, jadi perempuan yang tadi lebih gemar untuk mencari lelaki lain.

Itu perempuan, kurang hargai apa yang orang laku untuk mereka kerana mata mereka buta dan mati rasa.

Kebanyakan masa kita maafkan mereka kerana tak boleh kehilangan mereka. Walaupun secara jujurnya mereka tidak layak dimaafkan.


12 carutan balas:

Tanpa Nama,  30 Mac 2011 pada 2:29 PG  

bagi aku perempuan sebegitu masih belum matang.

Sharifah Fatiha 30 Mac 2011 pada 3:28 PG  

aku pun rasa perempuan yang sebegitu belum matang. kalau student, lg lah xfaham bila bf dah bekerja. sibuk minta perhatian.

perempuan yg sebegini, susah nak dipuaskan. nnti mesti dia xhabis-habis mencari kesalahan si bf.

AkuKopiKauSiapa? 30 Mac 2011 pada 3:38 PG  

tanpa nama :
masalah mungkin bila mereka ingat mereka dah matang

Sharifah fatiha :
tak perlu student. tengok sahaja mak datin yang suka ada gigolo. Laki sibuk cari duit, mak datin carik anak ikan.

Melle Abadi 30 Mac 2011 pada 7:43 PG  

bagi aku, ulasan kau sangat spesifik, jadi kalau aku bantah dengan kata "perempuan tak semua begitu,"; tak perlu kerana ia pandangan peribadi kau berdasarkan pengalaman kau

Tanpa Nama,  31 Mac 2011 pada 2:42 PG  

bagi ak lelaki kena pandailah..be clear..bagitaulah pergi mana buat apa..at least xdelah perempaun rasa terpinggir or anything..ckplah elok2..saya kena keje..nanti nak kawen=p

Naddy 31 Mac 2011 pada 2:48 PG  

perempuan yang kurang mendapat perhatian daripada bapanya akan mendambakan orang lain untuk memberikan perhatian padanya pula, tapi macam aku pulak kadang-kadang terbengang pula bila suami aku tak bagi aku perhatian tatkala aku mahukan dia memerhatikan aku. biasa la bai, mesti nak ngengada dengan apa yang ada depan mata. padahalkan dia sentiasa aje menghargai aku. dan aku amat menghargainya :D

rj Etika 2 April 2011 pada 1:03 PTG  

itu perempuan.
kalau lelaki? -.-"

Linlin 2 April 2011 pada 4:15 PTG  

dh diorg sunyi, luangkan masa. x de masa jgk, kawin. bila dh kawin, busy jgk, tolerate with each other.

afiq 4 April 2011 pada 8:27 PTG  

Pursuit Of Happiness (2006)

Mami Booluck 6 April 2011 pada 7:36 PTG  

encik kopi,
perempuan dan wanita ni yg lebih banyak memaafkan lelaki atau jantan..

masing2 kena sedarkn masing2.sebab tu perlu ada komunikasi dua hala.
penting tu!!!

Tanpa Nama,  2 Jun 2011 pada 3:03 PG  

entry psl dia ke? hehee
ak kesian kat kau.
always cerita psl dia.
nmpk kau syg dia.
tapi pe dia bls kt kau?
lbh baik kau cari perempuan yang betul2 layak dipanggil perempuan. :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP