6.4.11

hari ini 52 : hidup kamu dan saya

hari ini aku exam.

ye betul, kejap lagi pukul 9.

Macam biasa, aku bab-bab exam ni memang malas. Malahan aku terlebih malas. Malas gile. Fuhh.

Tapi macam biasa jugak, result gua lagi gempak dari result lu. macam sial.

ok, bukan itu yang mahu dicerita,

Macam ni,

Sejujurnya, bagi aku, aku mesti dapat apa yang aku nak. Bukan aku cakap macam aku begitu bernasib baik sampai apa sahaja yang aku dapat mesti nak.

Kira aku seorang yang betul-betul ada hala tuju. Kira kalau aku cakap aku nak jadi perokok tegar, aku mesti berusaha sampai tahap orang kata aku perokok tegar, kalau aku kata aku nak try amik gambar orang, aku mesti amik gambar orang sampai dapat duit, kalau aku cakap aku nak kumpul RM20k dalam tahun ni, aku mesti akan usaha untuk dapat duit banyak tu. Kalau aku kata aku nak project paper yang pasal bas sekolah tu dapat present kat Perth, aku mesti buat sampai dapat present kat sana.

Dan aku takkan stop fikir setiap hari, setiap hari aku tak stop fikir benda yang aku nak dan strategi-strategi bagaimana untuk aku dapat benda-benda yang aku nak.

Aku jarang ambil mudah untuk benda yang aku mahu.

Dulu aku ingat, lecturer studio aku selalu gelakkan kami masa presentation. Kononnya idea kami terlampau mentah. Masa tu aku bernekad untuk membaca buku sebanyak yang boleh supaya dia tak gelakkan kami lagi. Supaya nanti bila dia tanya aku akan dapat jawab.

Tapi malangnya memang dia tanya tak terjawab lah, dia lecturer, research dah melambak gila, dah dapat Dr. Memang lah tak terjawab. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat tambah ilmu pengetahuan. Malahan tak pernah menyesal. Sekurang-kurangnya dia tak gelakkan lagi.

Malangnya,

ada benda yang bagaimana kita nak pon, takkan dapat. Sesuatu yang dah ditakdirkan tuhan. Kalau aku bersungguh-sungguh untuk kahwin tahun depan pon, bekerja sngguh-sungguh, kalau tuhan mahu aku mati kejap lagi, mati juga lah, kalau tuhan kata aku dibenci perempuan, aku dibenci juga dan tak kahwin sepanjang hidup.

Tapi cuma, jangan berhenti usaha, jangan berhenti fikir dan buat apa yang kau nak.

Rasanya dulu aku pernah cakap, apa yang kau nak, mesti kau dapat, tapi, sama ada senang atau susah, cepat atau lama.



*malangnya aku tak anggap serius exam yang kejap lagi aku akan amik ni. hahaha.

3 carutan balas:

Azza Azman 6 April 2011 pada 11:37 PTG  

Baiklah, aku akan bersungguh juga selepas ini. Tak akan cepat berputus asa dan tak akan cepat rasa down.

Ze_Mhis 14 April 2011 pada 2:22 PG  

oh. semangat jap bace entri.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP